ALLAH AL-LATHIIF (اللطيف)
YANG MAHA LEMBUT
Allah Maha Lembut membawa erti hasil ciptaanNya maha halus, setiap takdir keatas manusia penuh kebaikan dan hikmah dan Allah melihat sesuatu dengan penuh lembut dan halus. Allah Al-Latif juga melayan hamba-hambaNya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Kelembutannya dapat dirasai ketika dimaafkan segala kesalahan kita ketika kita memohon ampun, dimakbulkan segala keperluan ketika kita memohon, diselamatkan dari bala bencana ketika kita memohon perlindungan, kata-kata yang lembut oleh manusia sekeliling kita apabila dialirkan kelembutanNya.
Penghayatan di dalam diri sebagai seorang khalifah mampu menjadikan seseorang itu bersikap lemah lembut sesama manusia kerana fitrah manusia sukakan kelembutan dan tidak selesa dengan kekasaran. Kelembutan itu dapat digambarkan melalui kata-kata yang sopan, tingkah laku yang sopan dan sikap suka memaafkan, menerima kelemahan dan bertolak ansur.
No comments:
Post a Comment