~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, December 30, 2013

Sifat Mulia 10: ALLAH AL-MUTAKABBIR



Sifat Mulia 10
Sentiasa Berjiwa Besar
Al Mutakabbir


Sifat sentiasa berjiwa besar hasil kurniaan Allah Al Mutakabbir dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa berjiwa besar untuk memulakan initiatif-initiatif baru bagi kemajuan dan kebaikan masyarakat dan ummah

ü Sanggup berkorban apa sahaja untuk menceburi bidang-bidang baru dalam kehidupan

ü Mempunyai jiwa pemimpin yang ingin memimpin dunia bersama Islam-Iman-Ihsan

ü Sentiasa merendah diri kepada Allah Al-Mutakabbir dan sentiasa mengharapkan pertolonganNya

ü Tidak gentar dengan gelaran-gelaran kebesaran manusia dan yakin gelaran itu semua milik Allah

ü Tidak merasa hebat diri sendiri dan manusia lain kerana yakin seluruh kehebatan adalah milik Allah Al-Mutakabbir

ü Mempunyai yakin diri yang tinggi kerana hidup sentiasa bersama Allah Al-Mutakabbir

Monday, December 23, 2013

Sifat mulia 9: ALLAH AL-JABBAR



Sifat Mulia 9
Sentiasa Tegas Menegakkan Kebenaran
Al Jabbar

Sifat sentiasa tegas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan hasil kurniaan Allah Al Jabbar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Berani menegakkan kebenaran dan keadilan berasaskan kebenaran Islam dalam kehidupan seharian
ü Tidak takut dicemuh apabila terpaksa memperkatakan kebenaran walaupun dibenci oleh orang lain
ü Mampu memaksa diri untuk memperjuangkan kebenaran walaupun nafsu sendiri tidak menyukainya
ü Mampu memaksa diri untuk disiplin yang tinggi bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat


ü Sentiasa tegas dan berani bagi mengelak diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang haram dan syubahat
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan amal ibadah dan amal soleh walaupun nafsu sendiri ingin berehat dan bersantai
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan perkara yang sukar demi kejayaan dan kecemerlangan
ü Rela dipaksa untuk sesuatu kebaikan dan usaha demi kejayaan dan kecemerlangan masa depan