Sifat
Mulia 9
Sentiasa
Tegas Menegakkan Kebenaran
Al
Jabbar
Sifat
sentiasa tegas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan hasil kurniaan Allah Al Jabbar
dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
ü Berani menegakkan kebenaran dan keadilan berasaskan
kebenaran Islam dalam kehidupan seharian
ü Tidak takut dicemuh apabila terpaksa memperkatakan
kebenaran walaupun dibenci oleh orang lain
ü Mampu memaksa diri untuk memperjuangkan kebenaran
walaupun nafsu sendiri tidak menyukainya
ü Mampu memaksa diri untuk disiplin yang tinggi bagi
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat
ü Sentiasa tegas dan berani bagi mengelak diri dari
terjebak dengan perkara-perkara yang haram dan syubahat
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan amal ibadah dan
amal soleh walaupun nafsu sendiri ingin berehat dan bersantai
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan perkara yang
sukar demi kejayaan dan kecemerlangan