Sifat
Mulia 12
Sentiasa
Teratur dan Kemas
Al Baari’
Sifat
sentiasa melakukan kerja dengan teratur, terancang, tersusun dan kemas hasil kurniaan
Allah Al Baari’ dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
ü Merancang kehidupan seperti hidup Nabi Muhammad S.A.W
ü Sentiasa merancang sebelum melakukan sebarang kerja
ü Sentiasa teratur dalam mengatur langkah demi langkah
kerja yang sepatutnya dilaksanakan
ü Sentiasa bersedia dengan langkah-langkah awal
sebelum sesuatu kerja dilaksanakan dengan tersusun dan teratur
ü Sentiasa menjaga persekitaran agar sentiasa kemas,
tersusun dan teratur
ü Sentiasa mengatur pasukan kerja mengikut potensi
yang ada pada setiap orang
ü Sentiasa mengatur perkataan yang baik dan tersusun
ketika bercakap
ü Sentiasa membuat jadual kerja setiap hari serta
menyusun mengikut keutamaan dan kepentingan
ü Mengatur hidup untuk melakukan kerja-kerja ibadah,
amal soleh dan mengutamakan kehidupan akhirat daripada dunia
ü Menyusun keutamaan masa untuk menolong anak-anak
yatim, fakir miskin dan orang-orang susah daripada diri sendiri dan orang-orang
yang senang