ALLAH AL-MUTAKABBIR (المتكبر)
YANG MEMILIKI KEBESARAN
Allah Al-Mutakabbir Yang Maha Memiliki Kebesaran, seluruh kebesaran di atas dunia ini adalah milikNya seperti gelaran kemuliaan dan jawatan. KebesaranNYa juga membawa erti Dia zat yang Maha Besar yang kebesaranNya meliputi kebesaran alam ini. Manusia dan alam semesta sangat kerdil berbanding dengan kebesaran Allah.
Menghayati Al-Mutakabbir akan menjadikan manusia sedar akan kekerdilan diri, tidak menyombong diri, sentiasa merendah diri dan menginsafi diri. Hamba Al-Mutakabbir akan bergantung penuh kepada Allah dalam setiap yang dilakukan dengan menyedari akan kedhaifan dan kekurangan diri. Hamba Al-Mutakabbir juga menggunakan kebesaran Allah untuk mencapai kemuliaan dan keyakinan diri dalam kehidupan dalam menjalankan tugas penghambaan dan khalifatullah di dunia ini.