ALLAH AL-KHOBIIRالخبير))
YANG MAHA WASPADA
Allah Al-Khobiir Yang Maha Waspada sentiasa berwaspada terhadap tingkahlaku manusia. Sekiranya manusia terseleweng, maka akan diperbetulkan ke jalan yang benar. Penghayatan kepada sifat Al-Khobir akan melahirkan manusia yang sentiasa berwaspada dengan kehadiran, penglihatan dan kewaspadaan Allah.
Mereka akan mengelakkan diri daripada perkara-perkara dosa, kemaksiatan dan kemarahan Allah. Khalifah Al-Khobir juga akan waspada dengan kemaksiatan anak-anaknya, suaminya, sahabat-sahabatnya dan orang-orang sekelilingnya dengan mengingati serta menasihati mereka agar kembali ke jalan yang benar ketika mereka melakukan kesalahan dan dosa.
No comments:
Post a Comment