Pembentukan Pekerja Bermatlamat Unggul melalui Penghayatan Kalimah Syahadah
Pembentukan matlamat melalui penghayatan Kalimah Syahadah yang akan melahirkan manusia yang mempunyai matlamat yang jelas iaitu berpusatkan kepada pengabdian kepada Allah dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan dalam kehidupan.
Pembentukan Peribadi Pekerja Melalui Penghayatan Solat
Pembentukan peribadi melalui rukun islam kedua iaitu solat yang akan melahirkan manusia berdisiplin, taat, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan
Pembentukan Benteng Diri Pekerja Melalui Penghayatan Puasa
Pembentukan benteng diri melalui rukun Islam ketiga iaitu Puasa yang akan melahirkan manusia yang kuat yang mampu bertahan dengan segala cabaran dan dugaan hidup umpama penciptaan Berlian yang dicipta melalui tekanan yang sangat tinggi.
Pembentukan Keseimbangan Pekerja Melalui Penghayatan Zakat
Mekanisma keempat adalah pembentukan kesatuan melalui nilai zakat yang akan melahirkan manusia yang bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain demi kebenaran dan keadilan.
Pembentukan Pekerja Progresif Melalui Penghayatan Haji
Pembentukan tindakan melalui nilai rukun haji yang akan melahirkan manusia progresif, inovatif dan mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi
l Qurban – melambangkan Sembelihan Cinta kepada Dunia yang akan melahirkan pekerja yang tidak mementingkan wang ringgit, harta, nafsu, kebendaan tetapi lebih mementingkan perintah Allah.
l Tawaf - melambangkan kesatuan dengan Alam dalam sujud dan tasbih kepada Pencipta yang akan melahirkan pekerja yang sentiasa taat kepada Allah s.w.t.
l Jamrah – Melontar segala belenggu, penyakit hati, tuhan-tuhan lain bagi melahirkan pekerja yang berhati suci dan tolong menolong antara satu sama lain.