ALLAH AL-WAHHAB (الوهاب)
YANG MAHA PEMBERI
Allah Al-Wahhab Maha Memberi apa yang diperlukan oleh manusia tanpa meminta balasan dan seringkali Allah memberi tanpa manusia meminta.kebaikanNya tidak putus-putus mengalir kepada manusia. Kadang-kadang pemberianNya dalam bentuk kesusahan/kemiskinan, tetapi kalau itu memberi kebaikan kepada kita, kita kena redha. mungkin kesenangan dan kekayaan akan melalaikan kita, sebab itu dijauhi oleh Allah. Kita hendaklah bersyukur atas setiap pemberianNya.
Al-Wahhab sebagai vitamin jiwa akan membangkitkan semangat sentiasa ingin memberi kepada orang lain, termasuk membahagiakan dan menggembirakan orang lain serta mengurangkan derita orang lain. Manusia perlu bekerja keras memajukan Ummah, membantu orang-orang yang susah dan memerlukan. Walau kita dalam keadaan lapang atau sempit, kita perlu memberi apa sahaja yang kita miliki.