Sifat
Mulia 8
Sentiasa
perkasa jiwa, emosi dan jasmani
Al ‘Aziz
Sifat
sentiasa memperkasa jiwa, emosi dan jasad hasil kurniaan Allah Al ‘Aziz dan
melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
ü Sentiasa memperkasa jiwa dan emosi dengan kemampuan
mengharungi ujian, kegagalan dan kesulitan hidup
ü Sentiasa
berkeupayaan untuk menerima kegagalan-kegagalan sebagai langkah-langkah
kejayaan
ü Sanggup
melalui kehidupan yang sukar demi meraih sebuah kejayaan dan kecemerlangan
dunia dan akhirat
ü Rohaninya
cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah
s.w.t.
ü Rohaninya
cukup kuat untuk melakukan ibadah yang berterusan
ü Tidak
mudah putus asa dan kecewa dalam mengharungi ujian kehidupan
ü Cepat
sembuh sebarang penyakit kerana keperkasaan menerima dan mencari penyembuhan
ü Tidak
mudah kalah dengan kata-kata manusia
ü Sentiasa
berusaha mencari pelbagai jalan hidup tanpa jemu sekiranya tidak Berjaya
ü Sanggup
berhadapan dengan sesiapa sahaja demi untuk mencari kebenaran dan kejayaan