~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Friday, March 8, 2013

YANG MAHA PEMBERI REZEKI



ALLAH AR-ROZZAAQ (الرزاق)
YANG MAHA PEMBERI REZEKI

Allah Ar-Razaq memberi rezekiNya kepada setiap      makhluqNya. Setiap makhluq samada manusia atau      binatang sudah tersedia rezeki masing-masing. Ada rezeki dalam bentuk keperluan duniawi seperti makan-minum, wang ringgit, rumah, kenderaan dan sebagainya. Ada dalam bentuk ukhrawi iaitu ilmu mengenal Allah dan Syurga. Rezeki merupakan ujian daripada Allah. Allah memerintahkan kita menafkahkan sebahagian daripada rezekiNya kepada orang yg memerlukan.
Penghayatan sifat Ar-Razaq akan melahirkan manusia yang bekerja dan berdikari. Manusia yang inovatif, suka membuat perkara-perkara baru dan perubahan dalam   kehidupan tetapi semuanya berlandaskan hukum syariat Allah.Sekiiranya perlu, kita perlu keluar daripada negeri kita mencari rezeki dari seluruh pelusuk dunia. Setiap rezeki yang diterima harus disyukuri setiap masa dan setiap yang hilang harus diredhai juga. Semuanya       pinjaman daripada Allah dan akan diambil kembali oleh Allah dan akan dihisab akan amanah yang diberikan.