ALLAH AS-SAMI' (السميع)
YANG MAHA MENDENGAR
Allah As-sami’ mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya, mendengar keluhan serta puji-pujian kepadaNya. Allah juga mendengar setiap rahsia yang disembunyi oleh hamba-hambaNya. Dia mendengar suara lidah dan suara hati dan menghitungnya.hamba Allah As-Saami’ akan sentiasa berhati-hati dalam bicaranya dan tindakannya kerana Allah mendengar semuanya, tiada suatu pun dapat lari dari pendengaranNya.
Hamba Allah As-Sami’ menjadi pendengar yang baik kepada pandangan dan teguran orang di sekitarnya dan juga keluhan hati mereka.