Sifat
Mulia 3
Merasai
diri bukan pemilik
Al Malik
Sifat
Merasai Diri Bukan Pemilik lahir dari kesedaran sifat Al Malik Allah dari Allah
Al Malik yang melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
ü Sentiasa menyedari yang setiap sesuatu termasuk
harta benda, wang ringgt, suami/isteri, anak, kesihatan, ilmu, jawatan dan
segalanya adalah milik Allah secara mutlak dan kita adalah hanya peminjam
ü Merasai
Allah Al-Malik akan mengambil hakNya yang ada pada kita pada bila-bila masa dan
di mana sahaja
ü Mudah
memberi pinjam kepada orang lain setiap pemberian Allah kepadanya kerana yakin
segala pemberian Allah adalah untuk membuat kebaikan
ü Sentiasa menjaga kurniaan Allah dan amanahNya dengan
sebaik mungkin dan menunai amanahNya dengan tepat
ü Tidak merasai keinginan terhadap apa yang
dikurniakan oleh Allah kepada orang lain
ü Sentiasa Merasa syukur ketika tidak diberi pinjaman
yang banyak dan lama kerana bimbang tidak mampu menyerah kembali ketika Allah
Al-Malik ingin mengambilnya
ü Sentiasa Merasa takut dan bimbang takut tidak
tertunai amanah pemberian Allah