~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 26, 2008

Tips Menjadi anak cemerlang (13)




Ketika Diriku Ingin Mengikut Hawa Nafsuku yang sering membawa kepada kemaksiatan..

Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menahan diri daripada mengikut hawa nafsuku ini. Daku sedar Ya Allah Ya Muntaqim Yang Maha Penyiksa, siksaanMu terlalu pedih tidak tergambar oleh akal fikiranku. Engkau Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan pasti menghitung setiap apa yang daku lakukan. Engkau Ya Sami’ dan Ya Bashir Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat sudah pasti akan sentiasa mendengar setiap tuturkataku dan melihat setiap perbuatanku dan tiada apa yang berlaku di dunia ini tanpa pengetahuanMu. Oleh itu Ya Allah Ya Hafidz Yang Yang Maha Melindungi dan Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara, lindungilah dan peliharalah diriku daripada terjerumus di dalam kemaksiatan dan sentiasalah Ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk memberikan petunjuk kepadaku jalanMu yang lurus dan yang Engkau redhai.

Monday, November 24, 2008

Tips Menjadi anak cemerlang (12)


Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan Hebat..


Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menghadapi segala kegagalan dan tekanan ini dengan penuh sabar dan tabah. Daku sedar sesungguhnya kegagalan dan tekanan merupakan jalan kepada kejayaan. Berikanlah daku ilmuMu Ya Alim agar daku dapat mengambil pengajaran atas setiap kegagalan dan tekanan yang Engkau berikan. Berikanlah juga kepada diriku ini Ya Allah Ya Sobur Yang Maha Penyabar agar dengan kesabaranMu ini daku mampu sabar dan bertahan dengan ujian-ujianMu dan tekanan-tekanan ini dan ya Allah Ya Ba’its Yang maha Pembakar Semangat, bakarkanlah semangatku sentiasa agar daku tidak mengenal erti putus asa dan penat dan akan terus bangkit berjuang mengatasi setiap kegagalanku dan menempa kejayaan demi kejayaan dengan kekuatan dan bantuanMu Ya Allah.


Thursday, November 20, 2008

nOveL uNtUk ReMaJa 99Q

novel ini khas untuk remaja yang ingin mengenali 99Q

Kisah tentang kehidupan remaja yang tidak dapat di nikmati oleh seorang gadis bisu yang bernama Farhani,gadis yang berumur 16tahun kini,dan hanya menetap dirumah,dia langsung tidak dibenarkan keluar dan kemana-mana sahaja,ibunya melarang,

“hari ini…Hani..ada kelas ya…”pesan ibunya, Farhani mengangguk sahaja.

‘umi…hari ini Hani nak keluar jalan…’ tangannya pantas memberi isyarat. Puan Shuhada menggleng sahaja.

Tut…tut…

“baiklah kelas,kita mulakan sekarang..buka buku teks…..dan baca dahulu,nanti saya terangkan….” Kata cikgu Anisah sebagai guru yang mengajar mereka bahasa,guru itu kelihatan ringkas berbaju kurung dan manis bertudung.

“hmm…baiklah…Hani..sila tuliskan pengenalan kepada pemakanan yang seimbang..” dia bangun kapur berhabuk itu di capai dari tangan gurunya. Papan hitam yang berwarna hijau tua it uterus menjadi mangsa untuk di lakar diatasnya. Seusai menulis dia melangkah duduk.

“hari ini cikgu yang hantar awak balik ya……mak awak cakap dia ada seminar…” kata cikgu Anisah.

Farhani senyum.

‘tak perlu Hani akan pulang sendiri,sebab nak pergi kedai buku….’ Tangannya menyampaikan. Cikgu

Anisah agak resah juga, dah lah mak nya Hani telefon dengan nada keras,nanti tak pasal-pasal dia di

marah pula.

Dia berjalan dengan penuh gembira,akhir nya dia berjaya juga memujuk cikgu Anisah.

‘baru kau tahu siapa aku…’kata hatinya senang. Dia duduk sambil memeluk begnya yang hanya berisi buku di perhentian bas itu, hari mula gelap,dia aneh,sedangkan baru sahaja pukul dua petang. Dia menjenguk ke atas langit,awan hitam mula berpusu-pusu memenuhi ruangan angkasa biru. Hani mengeluh, bas yang di tunggu lambat benar, tiba-tiba hujan pun turun. Kedinginan mencengkam tubuhnya.

“Alamak..hujan pulak….” Tiba-tiba satu suara muncul,seorang lelaki yang berpakaian seragam asrama,sambil menjinjing beg pakaiannya. Dia melabuhkan punggung di sisi Hani yang kedinginan itu. Dia bergerak sedikit jauh dari lelaki itu.

‘eleh..siapa nak duduk dengan awak….’

‘tak ingin pun…’

‘habis tu kenapa mengelak?’

‘suka hati saya lah..saya geli tengok awak yang basah tu..’

‘ahhh…’hati mereka bermonolog hanya pandangan mata sahaja yang tajam.

“nak pergi mana hujan-hujan ni kak….”soal lelaki itu.

‘akak? Tua sangat ke aku ni?’

‘dah tua tu sedar je lah…’

“kak?” panggilnya lagi. Hani menggeleng.

‘lah..aku Tanya nak pergi mana…yang kau geleng apesal..’

‘hahha..ini Hani lah..orang bisu mane boleh cakap’

‘kau bisu ea?’

‘kau rasa?’

“maaflah buat akak rasa tak selesa…saya terburu-buru tadi….saya nak balik asrama ni…”katanya. Hani rasa serba salah,dia keluarkan telefon bimbitnya,

‘nombor?’

“oh..nombor saya?013654776…..”

‘pe hal minah ni tiba-tiba saje mintak nombor aku?’

Tut..tut….

1 message receive.

maaf saya bisu..harap faham….Hani…’ Lelaki itu memandangnya, Hani tunduk. Dia juga tidak biasa

kawan dengan lelaki.

“maafkan saya…saya RaDhi..muhammad Radhi Ibnu Kathir….saya nak balik asrama di Sekolah Ladang…”

Tut..tut..

bas pukul berapa?’

“pukul 3 petang..sekarang dah pukul 2.30pm…saya takut tak sempat lah…..”

Tut..tut,…

……”mama….boleh datang sini kejap…?Hani dekat perhentian bas lama….penting ma….Hani.”

apa pulak budak ni?macam mana dia boleh ada kat perhentian bas tuh……”

Tut..tut….

“ya..kejap lagi mama sampai..duduk situ jangan pergi jauh……”

Sebuah kereta berhenti di hadapan mereka berdua

.

‘mama..tolong hantar kawan HAni ni…dia dah lewat naik bas ke Terengganu….’ Tangannya berbicara.

Puan Shuhada menarik nafas lega,ingat kan apelah yang penting sangat tadi.

“jom…”

“eh..tak menyusahkan ke puan??”

“tak adalah..jom masuk..lagipun rumah kita lalu jalan yang sama je….”

“Hani..kan mama pesan…lepas sekolah balik terus..kenapa awak degil sangat?” bebel Puan Shuhadah. Hani diam,malas dia mahu menghayunkan tangannya itu. Radhi diam sahaja.

“terima kasih puan…anak puan memang sangat istimewa….” Kata Radhi. Hani malu sendiri.

“awak..tak dengar cakap mama ye?”

‘mama….Hani nak pergi kedai buku je…’

“alasan awak…sebenarnya nak merayau kan..awak tahu tak…awak tu anak gadis…anak dara….”

‘hisy..mama ni membebel la pulak..terpaksa aku menadah telinga aku yang berasap ni……’ gertak hatinya.

Tut..tut….

thanks for the help,without u…I absolutely late….’

‘not for me…but For Allah…..he was gave u a helped…..with his YA AWAL….’

‘what is that mean Hani?’

‘that is ASMA’ul Husna…I sure dat u know about His name….99 right??’

‘oh..sure..so…How about it uses?’

“u can adapt it onto ur life Radhi…ect Ya Awwal for faster you work…Ya Hakem…to help u to take more

knowkegde easier……trust me…”

tiada lagi balasan mesej, Hani mengagakkan bahawa Radhi pasti sedang memikirkan tentangnya.

“Assalamualaikum…ya shohiby……ape khabar??”sapa Zamarul.

“w’salam…”

“eh..Rad…mu demam ea??”

“tak lah….”

“mu tok soh la..nok nawok ke aku…aku kenal sangak mu…bakpe ea??slalu pah balik cuti..mu happy

Sokmo…ade je cite hangak mu kat atas dapor oor….”kata Zamarul. Radhi mengeluh.

“tadi..sebelum aku naik bas dari terminal kuantan…aku t’jumpa seorang gadis..”

“lorr…bakpo….antu ko….”

“bukan la Zam…dia bisu kau tau…….dia cakap dengan aku pun hantar mesej je…..”

“doh…..bakpe mu jadi gini?memang la orang bisu anto meseh je….tok kang nok ghoyak pulok…”

“macam ni…aku rasa..kalau dia boleh cakap…mesti lagi cun arrhhh….”

“ceh..tu je…konong nye..bapok sangak la masoalah mu tu…doh…jom rr…..nek dorm….”

“mama…papa…good morning…n ASSalamualaikum…semua…”sapa Zahrah ceria.

Semua sambut dengan ceria pagi itu,Zahrah kakaknya Farhani sudah siap berbaju sekolah.

seronoknya jadi kakak…happy boleh bersuara..sedangkan aku?? Bisu..tiada kawan,tak boleh bersekolah bising dan tak boleh jalan-jalan….ya Allah…andainya kau dengar rintihan aku ini..sudikan lah kau makbulkan permintaan aku….boleh kah aku bersuara??Ya Allah…..’

Matanya berkaca,tapi ditahan,takut orang lain perasan.

Tut..tut….

“salam sejahtera sahabatku…..radhi”

“sahabat?”

“ya…kitakan sahabat..”

“sahabat tu..macam kawan ye…atau..pengikut….”

“awak…pengikut tu adalah untuk para nabi saja….kalau kita sahabat ini ibarat macam kawan..tapi

istimewa sikit…”

“istimewa?”

“yup…macam lebih berharga dari kawan biasa,,kira kawan baik la…”

“oo…”

“da breakfast??”

“sudah…awak?”

“tak…saya memang hari isnin dan khamis puasa sunat……”

“oh ya…”

“tambahan pula,,,makanan di asrama ni..kurang enaknya…jadi baik puasa dari tak makan…”

kan itu rezeki juga…pasti kecik hati rezeki dengar…”

“hahah3…ye lah…..tu…rezeki..jangan marah ye…”

HAni ketawa sendiri membaca mesej itu. Terubat juga hatinya ingin berkawan,selama ini dirumah dia hanya menghabiskan masa dengan membca buku agama dan buku cerita sahaja.

“hai..Rad..apa khabar??” sapa AIni. Dikantin itu sangat bingit sekali. Zamarul dan Radhi suka makan di taman sahaja. Radhi tidak memandang gadis tidak bertudung itu. Badannya anggun dan kecil molek.

“Aini…mu ni dok reti bagi salam ke??mu ni islam dok??” sergah Zamarul pula. Aini sengih segan.

“sory la..aku da biase la..tak kasik salam….”katanya,lalu duduk di hadapan Radhi dan Zamarul.

“Radhi….sejak balik dari cuti ni…kau senyap je…ape kes ha??”

“NONE YA…….” Kata Radhi sepatah, kuih dihabiskan terus.

“ha??” hairan Aini.

“NONE YOUR BISNESS”jawab Zamarul,lalu mereka berdua bangkit dan meninggalkannya. Aini binggung.

Mutation is defined as a permanent and spontaneous change of the genes or chromosomes which gaves rise to change in human traits.

“beside mutation is divided into two types,it’s gene mutation and chromosome mutation, “

“gene mutation refers to change in the chemical structure or a gene and causes certain change to the traits of an individual…”

“in addition,the chromosomes mutation which occurs when there is a change in the structure of the chromoseomes or a change in the number of chromosomes “

Khusuk sekali Radhi dan sekelas mendengar penerangan cikgu Siti. Sains bukannya susah sangat just ingat fakta dan buat latihan,senang je. Kali ini topic yang sangat menarik jiwa Radhi untuk tumpukan perhatian.

okey….does any question??”

“er,,miss…excusse me….if someone was born and got mutation on itseft…how we can fixed it??oorr we cannot……..??” Soal Radhi ingin tahu.

“good question Radhi…if the mutation causes the physical change and not harmful or effect on brain,perhaps can be fixed by surgery..but if causes the brain,,,…it got high risic,such as down syndrome….they cannot use their brain correctly……..and it also faith fromm GOD…” Jawab cikgu SITI lancer.

“kalau bisu..it is one part of mutation miss??” satu kelas memandangnya aneh.

Cikgu Siti diam.

“ohh..sorry Radhi…looks like it is the permanent mutation……adakah sejak dari lahir??”

“yup….er…nop…”

“okey,,,kalau sejak lahir,pasti itu mutasi yang melibatkan kecacatan dalam DNA, kalau baru..mybe it just an excident,and perhaps could be treated…..”

“good question Radhi…if the mutation causes the physical change and not harmful or effect on brain,perhaps can be fixed by surgery..but if causes the brain,,,…it got high risic,such as down syndrome….they cannot use their brain correctly……..and it also faith fromm GOD” kata-kata cikgu Siti terngian-ngian di telinga Radhi.

“salamualaikum,…”sapa Zamarul. Radhi sekadar senyum.

“mu ingat ke budok bisu ea??”

“bukan lah..”

“Rad…mu ingat aku bodo ke..dari muke mu aku tahu doh yang mu tu..memang duk ngelamung ke

budok tu..mu ni….nok wak pe agi ingak ke dia…”

“entah lah Zam..aku rasa dia lain macam arr….dia bisu..hati dia tak tau..dia macam bercakap dengan

aku…”

“maksud mu..macam telepati….gitu??weh..untuk pengetahuan mu,telepati untuk saudara kembar

jew..”

“entah lah Zam…aku bingung sangat ni….”

“gini..aku ade care gane mu nok hilang strees mu ni……”

“…..” bermaksud ‘apa’

“meh la ikut aku……..”

Kenapa Allah jadi kan aku bisu?apakah ini nasib aku??apakah selamanya aku akan terus begini Ya Allah,maafkan aku Ya Allah,aku bukan menyesal dan kesal dengan apa yang berlaku, Cuma aku belum melihat kelebihannya Ya Allah ya Haadii,kau buka kanlah pintu hati aku..agar aku bisa menerima dengan ikhlas bahawa Engkau telah menetapkan aku begini, Ya Allah seandainya Engkau jadikan aku begini adalah untuk jalan aku menuju ke syurga,aku terima Ya Allah,aku sedia.

Tafsir di atas meja di pandang jauh. Dia hanya renungi dan bukan membukanya,akhirnya dia buat keputusan untuk tenang kan fikiran,air mata keinsafan juga masih basah di pipi.

Mata Radhi masih menatap tafsir di almari al-quran itu. Suasana di masjid itu semakin lenggang,memang biasa pelajar akan pulang seusai solat maghrib, ada yang masih meratib,solat sunat, dan mengaji,tapi bilangannya sangat sikit.

“ya Allah benarkan apa yang sedang aku fikirkan ini,maafkan aku Ya Allah..aku hanya teringatkan hambaMu itu,dia seorang muslimah yang sangat unik,malah Kau sudah mengujinya dengan dugaan yang hebat,,,masih adakah serikandi seperti itu……??Ya Allah seandainya Kau bisa pertemukan lagi kami..izinkan lah aku mendapatkan ilmuMu darinya…..”

‘bolehkah kami bertemu lagi ya Allah?’ monolog hati Hani.

Berjoging sudah amalan rutin bagi Radhi pada hari minggu, biasanya dia akan sendirian. Tidak mahu di teman sesiapa,katanya berjoging boleh ‘mereleasekan’ tensyen,tensyen ape pun tak tahu.

“Salamualaikum…”sapa Zamarul. Radhi aneh,selalunya hari minggu pag-pagi lagi Zamarul sudah bergegas untuk berlatih bola kerangjang dan tennis. Tiba-tiba hari ini tukar angin pula.

“aku tahu…mu mesti kejut beruk tengok aku dok??” teka Zamarul,Radhi senyum sahaja sambil menogok air mineral yang dibawanya.

“mu tahu dok..sejak bukok cuti ni..mu lain benor..sejak mu kenal ngan pmpuang bisu tu lah…bakpe mu ni…mu seronok ke jadi gini,membe2 nok tego mu takut mu naik angin pulok…..mu masih piker lagi pasal dia?” soal Zamarul,tuala kecil yang diletakkan diatas bahu bergerak ke mukanya,mengelap manik-manik peluh.

“aku rasa biasa je..lain sangat ke aku ni?”

“mu ni…satu skoloh doh perasan mu perangai gini…dalam kelas mu menung sokmo…..makan pun menung….study pung menung gok..jogging pun menung…doh mende mu dok menung ni…mu ni..aku tengok macam korok idup doh…kuruh….kalo gini arr gaye mu kenal ngan pmpuang tu..meh aku gi bomoh…..”kata Zamarul geram.

“……”pandangan mata Radhi membawa maksud ‘gila’

“ginilah Rad….baik mu solat tahhajjud..istikharah..aku tak mo arr diri mu hancur gini….besok luse nok SPM doh…..gane mu nok focus gini….??”

“aku tak apa-apa lah Zam…..” katanya. Zamarul diam

Tut..tut…

1 message receive

“apa patut saya buat…saya bingung…”

“kenapa??”

“sejak kenal dengan awak,saya dah tak kenal siapa diri saya…..”

“Radhi…awak jangan nak mengarut,manusia akan kenal siapa dirinya apabila dia mengenal tuhannya..”

“maksud awak…..??”

“kalau inilah masalah yang awak hadapi,cuba bawak isthkharah, cuba kenal balik siapa tuhan awak…awak tak perlu nak siksa diri memikirkan apa yang awak tidak mampu..sebagai manusia,Allah telah tetapkan bahawa dia mesti mengkaji ala mini,siapa pnciptanya,dan akhirnya kamu akan beriman kerana kekuasaanNya…..”

Allahu akbar……Allahu Akbar…………

Azan berkumandang,menandakan solat waktu maghrib, dengan pantas Hani berjalan menuju ke masjid,bukan selalu dia datang tetapi kerana hari itu adalah hari kHAmis,selalunya tazkirah akan disampaikan oleh ustaz jemputan, pasti Hani tidak lepaskan peluangnya,

Demi zat yang membelah hati dan memasukkan

Cinta ke dalamnya yang tidak pernah putus

Dan orang yang mencintai menerimanya walau dengan kepayahan

Padahal ia lemah dan susah untuk menanggung baju (ditubuhnya)

Kalian yang tinggal di tempat yang jauh dan dekat

Adalah para kekasihku baik saat kalian pergi mahupun hadir,

Shahdu suara ustaz Ibnu Taimiyyah membaca salah satu puisi ulama’.

“para hadirin sekalian,,pada malam yang penuh barakah ini saya ingin menyampaikan tazkirah yang bertajuk wasiat…..”

Semua saling pandang memandang. Wasiat?bukankah ia sudah di terangkan dalam kelas fardhu ain?

“ini adalah wasiat kepada Allah,,”

Semua kini menumpukan perhatian.

Wasiat Ibnu Taimiyyah..

-segala pujian bagi Allah tuhan semesta Alam….

Setiap perkara yang tidak di mulai dengan pujian kepada Allah,dia akan terputus(tidak mendapat keberkatan)

-berbudi pekerti yang luhur,

‘bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada,kerjakanlah amalan yang baik

Setiap kali kamu melakukan amalan yang buruk,nescaya amalan yang baik itu akan menghapus amalan yang buruk dan bergaullah sesame manusia yang berperkerti luhur.

-berbudi pekerti yang luhur juga adalah kamu memberi derma kepada yang tidak memberikan kepadamu, dan kamu memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu,serta kamu menyambung sillaturrahim bagi yang telah memutuskan terhadapmu.

-sebaiknya keburukan itu mesti setara dengan keburukan,kerana hal itu lebih kuat untuk menghapuskannya.

-cara kamu ingin menebus dosa dan kesalahan,

Apabila kamu bertaubat dengan bersungguh-sungguh

Apabila kamu beristighfar dan meminta ampun

Apabila kamu insaf dan menghadiri majlis-majlis soleh dan belajar agama dan menuntut ilmu.

Hanya itu sahaja yang disampaikan oleh ustaz Ibnu Taimiyyah.kali ini bersempena dengan namanya.

“Hani….!!”panggil satu suara. Hani memandang.

“….” Membawa maksud ‘apa’

“mantapkan ustaz tadi…..nama dia ustaz Ibnu Taimiyyah,dia dari petaling Jaya…” Hani tidak menjawab.

“Hani….dia…handsome kan?” puji Azula,ustaz muda itu terus di pujinya.

‘awak ni…suka dia atau ilmu dia?’ tangannya pantas memberitahu. Azula sengih.

“alah kau..ni..sikit pun tak boleh ke??boring la….”

Dia segera berlari kerah perhentian bas berdekatan,

‘macam mana boleh hujan ni……nanti mama marah’ getus hatinya. Hujan semakin lebat. Matanya terpandang akan seorang lelaki yang sedang berlari kearah perhentian bas yang sama,

“alamak..hujan pula…..”ngomel lelaki itu. Hani memandang tingkah lakunya.

“hey…awak..ni…Hani kan…??” tegurnya, Hani juga terkejut, Radhi segera melabuhkan punggungnya diatas bangku tersebut,beg pakaiannya di biar tempias dek air hujan.

Tut..tut..

1 message receive

Dari mana Radhi?”

“saya dari Terengganu,sekarang dah cuti,awak pulak?”

“dari kelas,nak pulang….”

Mereka ambil peluang untuk berborak sebentar.

“Hani..saya dah belajar bahasa awak..jadi awak tak payah hantar mesej lagi kalau kita jumpa///” kata Radhi senang. Hani senyum dan mengangguk tangannya mula menyampaikan.

‘apa awak rasa sekarang?’

‘releas….thank u…’

‘not for me..’

‘ops….thank u Allah…’

Pim..pim…

Satu hon kereta berbunyi, hujan juga semakin reda. Hani terkejut, wajah Ustaz Ibnu Taimiyyah muncul di sebalik cermin tu.

“pak su?”

“apa lagi tercegat tu..bawak barang naik….” Radhi mula bertinda,dia seperti tidak mahu berganjak dari bangku itu.

“er..pak su..boleh kita hantarkan Hani?”

“rumahnya dimana?”

“Gambang///…”

“naiklah….”

Tidak disangka dia akan jumpa lagi dengan Uztaz Taimiyyah. Ustaz yang diminatinya secara diam,apa lagi ustaz ini adalah bapa saudara Radhi.

“adi…awak dah solat asar?”

“jama’ pak su….”

“mana awak kenal dengan budak ni?” Hani hanya mendengar sahaja.

“dah lama..kat sini juga…masa cuti penggal pertama……” ustaz Ibnu Taimiyyah mengangguk,

“apa namanya tadi…..Hani?”

“Farhani pak su..dia bisu…..but have some special knowledge….” Mendengar ‘Bisu’ ustaz Ibnu Taimiyyah diam sebentar,dan mengangguk perlahan.

“what knowledge…..??”

“usess of asma’ul Husna….”

“apa yang special?? Macam sifat 20? Ajaran sesat tu??awak jangan terpengaruh Adi..pak su

bimbang…”tempis Ustaz Ibnu Taimiyyah, Hani tergamam mendengar respon ustaz.

“apa yang pak su cakap? Hani bukan bagi ajaran sesat………”

“awak tahu mana….pak su bimbang je nak gunakan asma’ul Husna……takut sesat….”

Tit….tut…

“jadi kenapa Allah ada 99nama?” Mesej itu dibaca Radhi.

“itu hanya menunjukkan keagungan sifat dan namanya sahaja…”

Allah mempunyai Asma’ul Husna,maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut-nyebut al-Asma’ul Husna itu, al-a’raf: 180”

“Hani Ustaz rasa awak ni obsess sangat dengan ilmu cetek yang awak ada tuh…awak tahu tak kenapa boleh jadi ajaran sesat di Malaysia ni,yang mengamalkan sifat 20 sahaja,mereka mengaku mereka tuhan,kerana menggunakan sifat tersebut,mereka tidak solat dan rasa cukup dengan nama Allah saja…bukan kah itu boleh mengundang awak…..ke jalan yang bahaya…”

“sebaliknya Ustaz yang cetek,kenapa ustaz terus tolak ilmu ini,kerana ini adalah ilmu berkaitan dengan Allah dan semua ilmu itu adalah ilmu Allah,kalau ustaz tidak yakin ustaz boleh kaji dalam kitab-kitab yang lain,dan saya nak pesan,saya bukan pengamal sifat 20,saya pengamal sifat 99….dan saya mengikut semua sunnah nabi,solah dan tahajjud,kalau ustaz rasa saya ni sesat..jadi saya mohon beritahu saya dengan bukti yang kuat dan kembalikan saya kejalan yang benar…saya harap ustaz lebih terbuka selepas ini..terima kasih sudi hantar saya…..”

Kereta berhenti di hadapan rumah Hani, Radhi melambainya,aneh wajah Hani tetap berseri dengan senyuman walaupun dalam mesejnya kelihatan sangat tegas,

‘kalaulah kau boleh bercakap,pasti kau boleh berdebat dengan pak su dengan mantapnya…..’ hati Radhi berbisik. Hani sudah hilang dari pandangan,tetapi kereta nya masih tidak bergerak..

“pak…s….”dia tergamam melihat pak su menangis kerana membaca mesej seorang insane bisu itu.

“pak su,…..jom balik….”kata Radhi perlahan sambil mengusap bahu pak su.

“sebaliknya Ustaz yang cetek,kenapa ustaz terus tolak ilmu ini,kerana ini adalah ilmu berkaitan dengan Allah dan semua ilmu itu adalah ilmu Allah,kalau ustaz tidak yakin ustaz boleh kaji dalam kitab-kitab yang lain,dan saya nak pesan,saya bukan pengamal sifat 20,saya pengamal sifat 99….dan saya mengikut semua sunnah nabi,solah dan tahajjud,kalau ustaz rasa saya ni sesat..jadi saya mohon beritahu saya dengan bukti yang kuat dan kembalikan saya kejalan yang benar…saya harap ustaz lebih terbuka selepas ini..terima kasih sudi hantar saya…..”

Mesej itu di baca berkali-kali oleh pak su,

‘apa benar aku ni pemikiran yang sempit….Astaghfirullah…ya Allah ilmu ku belum cukup untuk ku mematahkan hujahnya tentang ilmu Mu,,,,,’ bisik hatinya sedih.

‘maafkan aku ya Allah…apakah aku ini memang salah?ya Allah tunjjukki aku jalan yang lurus ya Haadi..’rintih Hani sedih

‘memang aku tidak dapat menafikan bahawa ajarannya bukan ajaran yang sesat….’ Rintih Pak su

‘sekiranya ajaran yang Engkau berikan ini sesat…maka tunjukan aku jalan yang sebenarnya laluan’rintih Hani lagi.

Suasana kedai buku Hamed Bros situ masih lengang lagi,waktu masih awal,hari ini Hani tidak ada kelas.,kelasnya hari ahad,selasa,dan khamis sahaja. Selalunya dia akan cari buku-buku agama untuk mendalami agama,suapaya dia tahu kenapa dia memilih islam,dan bukan sekadar mengikut keturunan sahaja, semakin hari dia mendalami ilmu,tetapi dia amat sedih kerana tidak mampu untuk menyampaikan kepada orang lain. Apakh memang dia dilahirkan bukan sebagai khalifah.

“Khalifah ALLAH di MuKA BUmi…..Tok Guru Nik Abdul Aziz” buku itu di capai,belum dia mengerti apa tugas khalifah bagi seseorang sepertinya,tidak mampu melaksanakan nahi mungkar langsung. Tatkala dia melihat pengenalan di belakang buku tersebut, matanya tertarik melihat seorang lelaki yang berbaju melayu biru muda dan berseluar hitam. Gayanya seperti dia kenal. Lalu dia mencapai satu lagi buku,

“99 NAMA-NAMA ALLAH DAN AYAT KERUSI

Sebagai Penawar,pelindung dan Doa Harian

-HARUN ARRASYID HJ. TUSKAN-I…”

Hatinya hanya ingin mencari penerangan tentang apa yang di sampaikan oleh Hani,persoalan itu masih bermain di fikirannya,dimanakah letakmnya ilmu sebegitu? Dimana aku bisa dapat, apabila dia memaling ke belakang dia terkejut sedikit melihat kehibat Hani benar-benar di belakangnya,

‘hisy budak ni..buat aku terkejut beruk je…’

‘haha…ustaz tu yang leka sangat’

‘awak nak apa ni ha?’

‘ustz cari ape??’ seperti tersedari dari lamunan, pak su melemparkan senyuman,

“saya cari buku lah……”

‘buku apa?’

“adalah….er…” pak su menatap Hani. Lama, seolah dia mampu mendengar suara gadis itu, baru sahaja

Dia teringat bahawa Hani itu bisu. Dalam kebingungan itu, dia menyerahkan sebuah buku tebal asma’ul Husna tadi yang di capainya,

‘macam mana dia tahu aku nak cari buku asma’ul husna?’

‘saya tahu lah..ustazkan lagi bingung tentang ajaran yang saya bawa kan?’

‘ada-ada aja awak ni….ni nak belanja atau bagi je suruh tengok?’ kedengaran Hani ketawa.

‘Ustaaz bayar sendiri lah yerk…’ hani meninggalkan pak su sendirian yang termangu-mangu

Helaian buku itu diselak perlahan, bukunya kecil tapi padat,kandungan di tatap dan dia amat tertarik dengan bab4 BERIMAN KEPADA NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH

A.MAKNA BERIMAN KEPADA ASMA DAN SIFAT ALLAH,

Beriman kepada Asma’ dan sifat Allah iaitu menetapkan asma’ dan sifat Allah berdasarkan apa yang di tetapkan oleh Allah untuk Dirinya di dalam Al-Quran mahupun sunah Rasul-Nya,sesuai dengan apa yang layak bagi Allah.

Tiada siapa pun yang menyerupai Allah dalam Asma’ dan sifat-Nya,Allah berfirman,

Surah asy-Syura ayat 11

“(Dia) pencipta langit dan bumi, dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis bintang ternak pasang-pasangan(pula),di jadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun serupa dengan Dia,dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

Dan Allah Maha Suci dari menyerupai salah satu makhluk(ciptaan)Nya dalam semua asma’ dan sifatnya.

B. Buah Iman kepada Asma dan Sifat Allah,

1.mengenal Allah s.w.t

Barang siapa yang beriman kepada Asma’ dan Sifat Allah maka akan bertambah ilmu pengetahuannya tentang Allah , sehingga akan bertambah keimanan mereka kepada Allah.

2. Memuji Allah

Memnuji Allah dengan Asma’ul Husna-Nya. Dan ini adalah bentuk zikir yang PALING UTAMA. Allah berfirman dalam surah Al-Azhab:41

“hai orang-orang yang beriman ,berzikirlah (dengan menyebut nama agung tersebut) Allah,zikir yang sebanyak-banyak”

3. Memohon kepada Allah s.w.t

Memohon kepada Allah dan berdoa kepada-Nya dengan Asma’ dan Sifat-Nya. Allah berfirman dalam surah Al-Araf

Hanya milik Allah asma’ul Husna,maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma’ul Husna ini”

Misalnya seseorang berdoa dengan: “Ya Allah,aku memohon kepada-Mu ,Engkaulah Yang Maha Pemberi Rezeki,maka berikanlah aku rezeki..”

“ramai yang menyalah tafsirkan Hani…ilmu Allah itu luas,jadi tidak mustahil untuk kita mernerima ilmu baru setiap hari,sehaarusnya seseorang itu tidak patut menolak penolak pendapat seseorang,sedangkan ahli sunnah wal jama’ah sendiri akan bersyura dahulu untuk mengeluarkan sesuatu fatwa sama ada ia boleh di terima atau tidak….” Jelas suara ustazah Rabiatul Adawiyah. Hani mengangguk.

“bukannya kita meletakkan taraf kita sama dengan Allah,walaupun kita mengambil sifat dan namanya sebagai panduan,tetapi sebagai satu cara kita mentaati tuhan kita dengan sifat-sifat yang mulia..seperti nabi Muhammad itu bersifat amanah,dan Allah juga memiliki sifat amanah,iaitu AL-MUKMIN.,jadi tidak teragaklah kita mengambil sifat yang baik dan melancarkan perjalanan hidup kita”

“tiada larangan yang mengatakan kita tidak boleh belajar tentang sifat 20,ia termaktub dalam ilmu tauhid dimana kita mengenal Allah melalui itu,,jikalau mereka punya cara lain untuk mengenal ALLAH maka pilihlah jalan itu…asalkan ia mentaqarrubkan diri kita kepada Allah”

‘kalaulah saya boleh bercakap pasti saya akan mematahkan hujah ustaz tersebut’ tangan Hani pantas bergerak

“Hani…awak sudah besar seharusnya awak tahu,tidak patut kita mematahkan hujah seseorang begitu sahaja,ia akan menimbulkan pelbagai fitnah,pertama awak akan di fitnah riak dan berlagak dengan ilmu yang awak ada,kedua awak akan memalukan dia di khalayak ramai,seharusnya muhasabah Hani….mungkin ini hikmahnya awak di jadikan bisu…..Allah lindung awak…..” Hani tergamam mendengar kata-kata itu.

Pintu bilik ustaz Ibnu Taimiyyah terkuak. Kelibat Radhi muncul.

“pak su..ada mesej dari Hani” telefon bimbit Nokia 86N itu bertukar tangan.

“maafkan saya ustaz atas bahasa dalam mesej saya tempoh hari,saya faham saya terlalu terburu-buru dan saya mengaku memang saya ini obsess dengan ilmu yang saya ada……jadi mohon maaf ustaz…” seusai membaca mesej tersebut Paksu jadi bingung, seharusnya dia yang perlu minta maaf.

“Adi…betul awak kenal budak ni kat perhentian situ?”

“ya Pak su..kenapa?”

“nampaknya Allah telah menghadiahkan dia kepada pak su…” Radhi tergamam.

“……”pandangannya membawa maksud ‘maksud pak su?’

“ya Pak Su rasa dah bertemu dengan satu ilmu yang amat hebat sekali,selama ini pak su takut dengan asma’ul Husna ni…tetapi ternyata ia adalah satu ilmu dan nama-nama yang agung sekali..kita boleh gunakan dalam kehidupan seharian kita..” Radhi tersenyum,akhirnya Allah buka kan juga pintu hati Pak su.

‘berapa orang ya di rumah ni…?’ soal hatinya sendirian, rumah Radhi itu di pandang sekeliling,dua tingkat dan mewah sekali. Dia khusus di jemput oleh Ustaz Ibnu Taimiyyah dan Radhi sekeluarga, dan akhirnya dia membuat keputusan untuk membawa sekali,Ustazah Rabiatul Adwiyah dan Azula.

“Assalamualaikum…”sapa Ustaz Ibnu Taimiyyah lalu melabuhkan punggung di sofa itu.

“Er..Ustaz saya Azula temanya Hani dan ini ustazah Rabiatul Adawiyah guru kami dan merangkap ibu angkat kami,” kata Azula, ustaz Ibnu Taimiyyah memandang ustazah Rabiatul Adawiyah, hatinya bergetar,

‘astaghfirullah’ Ustazah Rabiatul Adawiyah tunduk. Hani tersenyum.

‘er..ustaz…apa hal jemput kami kemari?’ tangannya berbicara.

“tanda terima kasih Hani…”

‘….’ Pandangan Hani membawa maksud “untuk apa”

“Assalamualaikum…

Sapaan Radhi mengendurkan suasana yang tegang tadi.

“Ustazah Adawiyah?” Radhi terkejut, Ustazah memandangnya.

“Adi??awak….”

“subhanallah..kecilnya dunia ini….Ustazah ni,,,gurunya Hani juga….”

“Adi…ustazah awak?” soal Ustaz Ibnu Taimiyyah pula.

“ya Pak Su…ni Ustazah Adi,masa Adi ke kelas Fardhu Ain…” mata pak su dan Ustazah bertentangan, akhirnya mereka masing-masing beristighfar dan tundukkan pandangan.

‘Ustaz,ini lah ustazah yang banyak terangkan kepada saya tentang Ilmu yang dimilikinya…’ ustaz Ibnu Taimiyyah masih kebingungan.

“Adi sekolah di mana sekarang?” soal Ustazah Rabiatul Adawiyah.

“saya di Sekolah Sheikh Abdul Malek ustazah…”

“ape yang mu tengok tu?” sapa Zamarul tiba-tiba, Radhi yang sedang melihat telefon bimbitnya terus bergegas sembunyi, lalu tersengih.

“mesti ade mende kat nset mu tuh,,,,kasi aku tengok……”pinta Zamarul sambil cuba meraba poket Radhi,Radhi mengelak,akhirnya handset Radhi terjatuh di atas rumput. Zamarul tergamam,begitu juga dengan Radhi.

“weh..Rad…piye ni?” Zamarul masih tergamam melihat gambar seorang gadis dalam handset sahabatnya itu.

“er….Zam..kau jangan salah faham …dia ni…”

“sejak bile mu jadi gini?ni yang aku malas bersubahat lagi mu bawok nset..aku ingat mu wak mende baik…”

“zam….zamm…..!!” panggil Radhi kuat apabila Zamarul meniggalkannya sendirian dengan wajah yang mencuka.

‘alamak…macam mane ni…zam da salah paham pulak…’

Air Horlics coklat di letakkan disisinya, Zamarul memandang,

“mu tak yah lah nok amik hati aku ngan air Holik mu ni…..” protes Zamarul,helaian demi helaian buku Mathematic moden di selak. Radhi duduk diatas katil Zamarul.

“Zam…ni bukan seperti yang kau sangka….aku..”

“sudoh la…mu tak yah nak terang kat aku…..”

“tapi Zam..tu Ustazah aku…..” Zamarul senyap,

‘ustazah?’ pandangan matanya tajam kepada Radhi,Radhi tulus mengangguk.

“doh…bakpe mu sorok ke aku bile aku mari kat mu…”

“mestilah…dah aku ingat orang lain…kalau aku tak hati-hatikan naya aku…”

“ye la….bagi aku tengok……mu ni bukan leh caye….” Telefon bimbit itu bertukar tangan.

“Hani,…awak ada peluang untuk bersuara semula….”

“cepatlah datang sini….”

“di hospital besar CHICAGO……”

“jangan buang masa mu …ayuh…..”

Suara itu terus menerus bermain di mindanya…

“ah,,,,” dia beristighfar berkali-kali dalam hati, mimpi rupanya, tapi aneh,sudah dua bulan dia mimpi yang sama, ‘ahh….hanya mainan mimpi sahaja….’

“APA…!! AWAK NAK PERGI CHICAGO??” suara lantang keluar dari mulut puan Shuhada. Hani mengangguk.

‘ya umi…..sebab dalam internet ada portal tentang kesembuhan bisu….’ Tangannya laju di hayun.

“awak ni…ini bukan main-mainlah Hani…..umi tak setuju,,,,…”

‘umi…bila Allah dah tunjukkan jalan,apa yang kamu tunggu lagi,ikut firasat mu….’ Puan Shuhadah diam,

Setelah tahjud berkali-kali, gambaran yang sama tetap keluar. Hani semakin bingung.

Diam masih teringat dalam umurnya 12 tahun,sewaktu dia sedang giat dalam arena perdebatan tiba-tiba dia bisu, entah kenapa, hospital seluruh negeri mengesahkan perkara yang sama,mereka tidak tahu apa puncanya,katanya seperti ia terjadi secara semula jadi. Sejak daripada itu, 3 tahun dia merintih dengan penuh pengharapan kepada Allah agar mengembalikan kepadanya, walaupun suara itu bukan miliknya,dia juga malu untuk meminta kepada Allah dan akhirnya memang tidak di nafikan bahawa, selama itu dia hanya membikin hari orang lain sakit,bahkan ibu bapanya sendiri di tinggikan suara, dia sedar itu.

“ya anda yang bernama Farhani?” Hani mengangguk aneh kepada doctor berkacukan arab itu.

“saya doctor Ibnu Kathir…” Hani tergamam,seperti dia pernah dengar nama itu.

“Allah sudah lama meminta saya memanggil awak,maaf sekiranya awak terpaksa berjalan jauh….sudah lama saya telefon awak,,baru sekarang awak datang?” soal Doktor aneh itu. Hani semakin bingung.

“saya tahu apa masalah awak…ingatlah ini hanya ujian sementara..bagi orang yang bersabar dan ikhlas….saya nak Tanya……..adakah awak sudah Ikhlas dengan Allah atas nasib awak ni?” soalnya. Hani tunduk lalu mengangguk.

‘sebenarnya sudah lama aku terima dengan Ikhlas….’

“syukurlah begitu” doctor bangkit lalu memberikan segelas air kosong kepada Hani.

‘….’ Pandanganya membawa maksud ‘untuk apa?’

“minumlah…jangan lupa zikir dan selawat….”pintanya Hani meneguk air itu.

‘air apa ini..lain macam je….’ Bisik hatinya

“ini adalah air yang telah di bacakan asma’ul Husna dan ayat quran,…mulanya saya ingin mengirimkan air ini tapi hati saya masih mushkil akan tempat yang di laluinya…”

jangan lupa untuk terus ikhlas dan bersabar,ini adalah ilham dari Allah untuk kamu Hani..mungkin sudah tiba masanya untuk Allah ‘pinjamkan’ kembali suara anda….”

Suara doctor Ibnu Kathir masih lagi terngian-ngian di telinganya,dalam pesawat itu, dia mengerling uminya yang sedang nyenyak tiduk, tangannya memeluk botol kaca yang mempunyai air yang telah disucikan itu.

Bibirnya kumat-kumit berzikir kepada Allah,dia yakin jika bukan kuasa Allah….air ini pasti tidak mampu menyembuhkan apa-apa…dia bukan letak kepercayaan kepada Air…tetapi pada kuasa Allah yang di berikan kepada air itu,dan air itu adalah perantaraan penyampaian Allah.

‘hani….Haniii…..” kejut umi Hani itu. Sepertinya mereka sudah sampai ke KLIA.

“alah..kacau aje umi ni…”katanya. Puan Shuhadah tergamam. Hani menonyoh-tonyoh matanya.

“umi…kepada??macam tengok hantu je…?” soal Hani hairan.

“alhamdulilah….Ha…Ha..ni…awak …..suara …awak….” Mata Hani terbeliak. Dia memegang lehernya.

“umi…??Hani..??” suaranya keluar.

Akhirnya pesawat itu menjadi saksi mereka mengucapkan syukur kepada ALLAH, di dalam pesawat itu juga mereka sujud syukur dan menangis syukur seta gembira. Tidak terbayang betapa hebatnya kuasa Dia..yang menghendaki sesuatu., bukan sebentar mereka sujud,malah lama sekali,dalam jangka masa lima belas minit.

“ohh.,..jadi macam tu ya kisahnya Umi?” soal Hamzah,bibir kecil itu sudah pandai bicara laju.

“ya sayang….itu tandanya kuasa Allah..pada umi……….Allah hebat tak Hamzah…”

“hebatlah Umi………”sampuk Asma’ kanak-kanak berumur 9 tahun itu baru sahaja habis menyiapkan kerja sekolahnya.

“umi…..umi pernah cakap pada Asma’ kalau Asma’ dah umur 9tahun..umi nak cerita macam mana umi kahwin dengan Abi…” Hani ketawa sambil mendakap dua cahaya matanya.

“yaa..umi janji akan cerita sebelum tidur nanti…ya….”

“Hani…oh…Hani…..”

“ya Abang?”

cuba tolong tengokkan leptop abang ni…”bergegas Hani merapati suaminya.

“ohh…abang ni..ni kan tengah jem…abang..jangan lupa minta dengan Allah tau….”

“ya sayang…abang tak lupa……”

“abi…..abi…..umi…..umi…….”panggil dua anaknya serentak. Mereka berpaling.

“ada tetamu kat depan…..”

“asslamualaikum…..”

“waalaikummussalam…..Pak su…Mak su….masuk lah….”

“ustaz? Ustazah..jemput masuk…..”

“macam mana honeymoon kalian yang ke9 ni…” soal Radhi girang.

“macam biasa lah Adi…..”kata Ustaz Ibnu Taimiyyah,

“mana Hamzah dan Asma’ Adi?” selalunya mereka akan berkeliaran berlari di ruang tamu,ini tiada pula,makin sepi.

“pak su ni..macam tak biasa pula..mereka sedang bertungkus lumus hafal surah Al-Luqman dan Sajdah…..” Ustaz Ibnu Taimiyyah amat kagum dengan didikan Radhi dan Farhano dalam mendidik anak mereka.

“sudah berapa surah mereka hafal?” soal Ustazah Rabiatul Adawiyah.

“alhamdulillah. Dua surah sudah,masuk kini empatlah jadinya…surah Yassin dan Al-Mulk tu mereka ambil masa yang lama untuk betulkan makhraj bacaan……”

“oh..pak su…Humaira’ dan Abu Bakar macam mana sekarang?”

“Abu Bakar baru sahaja dapat tawaran pergi Mesir, sebulan dua,pergi lah tu….Humaira’ pula masih lagi dengan kelompok usrah dia di UKM…..”

“abang…tadi…Asma’ Tanya tentang perkahwinan kita…..”kata Hani,

“,???” membawa maksud ‘apa?’

“hmm…Hani tak tahu nak cerita apa…”

“Hani….mereka itu sudah matang….pasti mereka akan sangka kisah kita dongeng……”

Mereka ketawa bahagia.

“terima kasih Ya Allah,Engkau memberikan kami sekeluarga hidup di atas landasan syariat Mu,Engkau permudahkan kami mendidik anak kami dengan YA QOHAR Mu…Engkau tanamkan ilmu di dada keluarga kami dengan YA HAKIM DAN YA ALIM Mu….sesungguhnya tiada keraguan PadaMu…Ya Allah….Engkau kuatkah hati kami agar kami terus melangkah ke medan jihad Mu…tanpa putus asa……kami bersumpah atas namaMU…akan terus berkorban demi Mu dan Agama MU….dan Demi..menyambung perjuangan Rasul-MU….”