ALLAH AL-HAKAM (الحكم)
YANG MAHA MENETAPKAN
Allah Al-Hakam mempunyai ketetapan hukum terhadap manusia. Allah menetapkan hukum untuk kebaikan manusia dan agar manusia mengikut jalan yang benar. Tiada siapa yang boleh menghalang dan mengengkari hukuman Allah. Manusia harus menerima apa sahaja hukum Allah sebagai anugerah dan nikmat, bukan bencana.
Manusia harus membaca keputusan Hukuman Allah sebagai satu ujian sebagai proses pembersihan dosa-dosa manusia, menerima penderitaan sebagai pengubatan dan redha di atas segala ketentuan Allah. Penghayatan kepada sifat
Allah Al-Hakam akan melahirkan manusia yang redha, tenang dan berusaha tanpa putus asa bagi mengatasi segala kesulitan dan bencana yang dikurniakan oleh Allah Al-Hakam.