~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, January 27, 2014

Sifat Mulia 17 : ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI



Sifat Mulia 17
Sentiasa Bekerja Mencari Rezeki
Ar Rozzaq

Sifat sentiasa suka bekerja mencari rezeki kurniaan Allah Ar Rozzaq dan menyebarkan rezeki itu kepada orang yang memerlukan hasil kurniaan Allah Ar Rozzaq dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Suka bekerja untuk mencari rezeki dan menyebarkan rezeki Allah Ar-Rozzaq kepada orang yang memerlukan

ü Tidak suka berehat dan bersantai tanpa kerja kerana yakin hidup untuk bekerja, bukan untuk berehat

ü Suka mengeluarkan seluruh potensi diri bagi menolong orang sekeliling dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan

ü Suka membuka peluang pekerjaan kepada orang lain yang memerlukan

ü Suka memberi motivasi kepada orang yang tidak suka bekerja agar sentiasa bekerja demi untuk kebaikan manusia

ü Suka mengembangkan perniagaan dan pekerjaan bagi membuka peluang rezeki kepada mereka yang memerlukan

ü Sangat yakin sekiranya kita bekerja dengan ikhlas kepada Allah, Allah Ar-Rozzaq akan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah

ü Sangat yakin sekiranya kita mengurniakan sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk menolong orang lain, Allah Ar-Rozzaq akan menambahkan rezeki kita

Friday, January 24, 2014

Sifat Mulia 16: ALLAH YANG MAHA PEMBERI



Sifat Mulia 16
Sentiasa Menolong Orang Lain
AlWahhab

Sifat sentiasa suka menolong orang lain hasil kurniaan Allah Al Wahhab dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain

ü Sentiasa menolong orang yang memerlukan mengikut kemampuan yang dikurniakan Allah kepada kita

ü Sentiasa membawa orang yang memerlukan pertolongan kepada orang yang boleh memberi pertolongan sekiranya kita tidak mampu

ü Sentiasa menolong orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah

ü Sentiasa menolong orang lain dalam menjauhi larangan, dosa dan kejahatan

ü Sentiasa menolong orang lain agar mereka tidak leka dengan keduniaan sehingga melupakan Allah dan hari akhirat

ü Sentiasa menolong orang lain untuk mengingatkan mereka kepada kematian

ü Berkorban kepentingan diri demi kepentingan orang lain  yang lebih memerlukan pertolongan

Monday, January 20, 2014

Sifat Mulia 15 : ALLAH AL-QOHHAR...



Sifat Mulia 15
Sentiasa Merendahkan Ego Diri
Al Qohhar

Sifat sentiasa merendahkan ego diri hasil kurniaan Allah Al Qohhar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa mengalah dalam keadaan yang tegang bagi mengelakkan pergaduhan dan perpecahan

ü Sentiasa menerima teguran orang lain dengan hati dan fikiran terbuka

ü Merasakan yang menegur itu adalah Allah Al-Qohhar yang ingin menundukkan kita kepadaNya demi kebaikan kita jua

ü Bercakap tidak meninggi diri malahan sentiasa dalam keadaan merendah diri demi menjaga keharmonian dan persahabatan

ü Sentiasa mendengar teguran dari Allah melalui suara hati agar kita sentiasa menjadi orang yang sentiasa sedar kesilapan diri tanpa memerlukan teguran manusia

ü Mampu menegur orang lain dengan berhemah dengan bantuan Allah Al-Qohhar

Thursday, January 16, 2014

Sifat Mulia 14: Al-Ghoffar



Sifat Mulia 14
Sentiasa Memaafkan Orang Lain
Al Ghoffar

Sifat sentiasa memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan kepada kita hasil kurniaan Allah Al Ghoffar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita

ü Mudah menerima manusia seadanya terutama ketika mereka melakukan kesilapan-kesilapan kerana kelemahan dan kekurangan mereka

ü Yakin bahawa manusia seringkali melakukan kesalahan atau kesilapan bukan kerana disengajakan, maka mereka perlu diberi maaf dan peluang kedua

ü Sentiasa memberi peluang orang sekeliling kita untuk berubah kerana untuk berubah memerlukan masa yang lama dan sokongan  orang sekeliling

ü Pemaaf menjadikan hidup tanpa dendam dan benci menjadikan jiwa dan fikiran tenang dan bahagia