~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Friday, August 29, 2008

DOA MUNAJAT RAMADHAN

Sahabatku, adik2 ku dan anak2 ku.. Semperna Ramadhan yang melambai umpama lambaian kasih Allah Yang Maha Pengasih khusus bagi hambaNya yang ingin bersungguh2 mendekatkan diri kepada Yang Maha Agong dan Maha Suci.. inilah munajat ramadhan semoga jiwa2 yang membaca akan mencapai tenang dan damai..

DOA MUNAJAT RAMADHAN
(Rintihan Jiwa yang tergelincir)

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, ampunilah dosa2ku selama ini, ketelanjuranku selama ini, kesilapanku samada yang aku sedar atau tidak, kejahilan dan keengkaranku ya Allah. Ya Allah, aku sedar aku hanyalah hambaMu dan khalifahMu didunia ini ya Allah.

Sesungguhnya apa yang ada pada diriku ini adalah milikMu ya Allah, Kau hanya pinjamkan dan amanahkan kepada aku untuk membolehkan aku mengabdikan diri kepadaMu dan melaksanakan amanah khalifahMu di dunia ini. Ampunilah aku atas kelalaianku selama ini ya Allah. Ya Allah, aku ingin kembali kepada fitrah kejadianku sebagai hambaMu ya Allah, hamba kepada Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya, Maha Pemberi dan Maha Adil.

Ya Allah. Aku sedar selama ini jiwaku tergelincir dari landasan fitrah kejadianku yang Engkau ciptakanku ya Allah. Ampunilah aku kerana tidak mampu menahan diriku dan nafsuku daripada tetap berada di jalanMu. Sesungguhnya aku sering kalah, aku sering lemah dan gagal dalam perjuanganku melawan nafsuku dan aku sering tidak mampu untuk kembali kepada diriku yang sebenarnya.

Ya Allah, lemahnya jiwaku, lemahnya imanku, jiwa ini ingin melakukan kebaikan dan mengabdikan diri kepadaMu tapi jiwaku tiada daya ya Allah, terlalu rapuh, sangat mudah lupa dan lalai dengan cubaan dunia yang sementara yang akan aku tinggalkan ya Allah

Ya Allah ya Maha Perkasa lagi Maha Kuat, bantulah aku ya Allah di bulan yang mulia ini bulan anugerahMu ya Allah kepada hamba2Mu yang ingin mencari kebahagiaan dan damai di dunia dan akhirat, untuk mencari satu kekuatan dan ketahanan jiwa agar jiwaku ini kuat dan mampu tetap berada di atas landasan dan jalanMu ya Allah. Aku merayu kepadaMu ya Ilahi Ya Rahman Ya Rahim, berikanlah aku peluang untuk membersihkan jiwaku yang selama ini aku kotori dengan dosa2, kelalaian kepadaMu, kesilapan dan keengkaran serta kesombongan kepadaMu ya Allah. Janganlah ya Allah Engkau memalingkan wajahMu dariku ya Allah, aku sesungguhnya sangat2 memerlukanMu ya Allah. Jiwa ini ingin kembali sujud kepadaMu ya Allah, yang menciptakanKu dan mengasihiku selama ini.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Suci, aku seringkali membaca ‘Laailaha illallah’ yang membawa erti ‘Tiada Tuhan Yang Layak di Sembah Melainkan Engkau Ya Allah’, namun aku sedar ianya hanya di bibir mulutku sahaja, ianya tidak mampu ku ucapkan dengan hatiku kerana sesungguhnya dalam hatiku ini masih banyak lagi tuhan2 lain selain Engkau Ya Allah.

Aku selama ini bertuhankan nafsuku kerana aku lebih menurutkan nafsuku daripadaMu ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Selama ini aku bertuhankan dunia, wangringgit dan hartabenda ya Allah dan seringkali aku mengabaikan perintahMu dan melanggar laranganMu ya Allah. Aku juga ya Allah lebih mengutamakan kata-kata manusia, kehendak manusia, makhluq ciptaanMu jua ya Allah dan tidak mengutamakan Engkau ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah ya Allah segala dosa2 aku selama ini kerana bertuhankan lain daripadaMu ya Allah.

Ya Allah, kuatkanlah jiwaku ini bersama puasa yang akan ku lalui agar kekuatan jiwa ini mampu memerdekakan jiwaku daripada menjadi hamba kepada dunia, manusia dan nafsu ya Allah.

Wassalam
Berjumpa lagi dilain ruangan insya Allah.

DOA MUNAJAT KEMERDEKAAN JIWA

Assalamualaikum insan2 yang ingin merdeka jiwa..
Ruangan masa yang diberikan Allah hari ini ingin saya mencoretkan sejenak sedikit doa munajat semoga kita mendapat hidayah dan pertolongan Allah Yang Maha Penolong...

DOA MUNAJAT KEMERDEKAAN JIWA
(Rintihan Jiwa yang Terpenjara)

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, Ya Malik, Tuhan Yang Maha Memiliki segala apa yang ada di antara langit dan bumi, hatta diriku, diri suami/isteriku, diri anak2ku, diri ibubapaku, diri kawan2ku dan diri jiran tetanggaku, aku sedar ya Allah, aku hanya ciptaanMu, yang Kau ciptakan dari tanah yang hina dan kemudian kau pinjamkan kepadaku ilmuMu, hartaMu, wang ringgitMu, rumahMu, keretaMu serta suamu/isteri, anak2, kawan2 yang semuanya adalah ciptaanMu sebagai amanah dan pinjaman kepada aku agar aku dapat mengabdikan diri kepadaMu dan juga melaksanakan amanah KhalifahMu di dunia ini.

Ampunilah aku kerana selama ini sering lupa asal usulku ya Allah, aku lupa aku dicipta dari tanah dan tiada apa2 kecuali apa yang diamanah dan dianugerahkan olehMu ya Allah. Ampunilah aku ya Allah kerana aku sering mengaku semuanya itu hakku, sedangkan semuanya itu hakMu semata-mata ya Allah.

Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Suci, aku seringkali membaca ‘Laailaha illallah’ yang membawa erti ‘Tiada Tuhan Yang Layak di Sembah Melainkan Engkau Ya Allah’, namun aku sedar ianya hanya di bibir mulutku sahaja, ianya tidak mampu ku ucapkan dengan hatiku kerana sesungguhnya dalam hatiku ini masih banyak lagi tuhan2 lain selain Engkau Ya Allah.

Aku selama ini bertuhankan nafsuku kerana aku lebih menurutkan nafsuku daripadaMu ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Selama ini aku bertuhankan dunia, wangringgit dan hartabenda ya Allah dan seringkali aku mengabaikan perintahMu dan melanggar laranganMu ya Allah. Aku juga ya Allah lebih mengutamakan kata-kata manusia, kehendak manusia, makhluq ciptaanMu jua ya Allah dan tidak mengutamakan Engkau ya Allah.

Ampunilah, ampunilah, ampunilah ya Allah segala dosa2 aku selama ini kerana bertuhankan lain daripadaMu ya Allah. Sesungguhnya jiwaku selama ini menjadi hamba nafsu, hamba dunia dan hamba manusia ya Allah. Jiwaku tersepit, terpenjara dan menderita kerana mengabdikan dan menghambakan diri kepada mahkluqMu yang lemah dan tidak kekal ya Allah.

Selama ini jiwaku dikurung, tidak bebas melakukan apa yang jiwaku inginkan iaitu mengabdikan diri semata-mata kepadaMu ya Allah. Aku sering melakukan sesuatu untuk manusia dan mengharapkan ganjaran dan pujian manusia, tetapi sebaliknya ya Allah aku hanya mendapat kekecewaan dan penderitaan. Sesungguhnya kasih dan cinta manusia itu tidak kekal, tidak abadi dan tidak suci.

Ya Allah, kini kami sedar cintaMu ya Allah Ya Waddud, Allah Yang Maha Pencinta, cintaMu kekal abadi, tak pernah padam dan Engkau sentiasa mengasihiku dan memeliharaku serta memberi rezeki kepadaku. Engkau sentiasa berada disampingku ketika orang lain meninggalkanku, Engkau sentiasa memberi kepadaku ketika orang lain tidak mempedulikanku, Engkau sentiasa melindungiku ketika orang lain sering menyakitiku. Ya Allah, kini jiwaku tenang dengan kesedaran dan hidayahMu ini ya Allah. Bimbinglah aku ya Allah ke jalanMu, kejalan taqwaMu ya Allah.

Ya Allah, merdekakan jiwaku daripada menjadi hamba kepada dunia, manusia dan nafsu ya Allah. Sesungguhnya jiwaku ingin kembali kepada fitrah kejadianku yang sebenar iaitu menjadi hamba kepadaMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pencinta. Semoga kemerdekaan jiwaku ini akan membuahkan satu kehidupan yang berlandaskan kehendakMu dan semoga jiwaku merdeka dan damai serta bahagia dunia dan akhirat.

Thursday, August 28, 2008

Kemana akhirnya kehidupan ini?

Assalamualaikum, salam pertemuan kembali rakan2, anak2 dan adik2 yang ingin terus mencari erti sebuah kehidupan ini..

Alhamdulillah, hati kita makin dibuka oleh Allah untuk melihat dan mengenali diri kita, mengenali Allah dan mengenali erti kehidupan ini..

Soalan seterusnya yang harus sentiasa bermain di hati kita ialah kemana akhirnya hidup ini?

#Daripada kanak2, kita dewasa, kemudian mengejar dunia yang tidak kenal erti cukup, dan kemudian sedar atau tidak usia semakin lanjut, dan marilah persoalan di hati, apa sebenarnya yang aku kejar ini? Kemana sebenarnya aku ingin pergi? untuk apa semua ini? Seringkali fikiran menjadi buntu kerana jawapan2 yang diberikan tidak sedikitpun membawa kepada ketenangan jiwa.

#Makin dikejar dunia, makin jauh ia, makin dijaga tubuh badan ini, makin datang kesakitan dan kehancuran fizikal sedikit demi sedikit, ianya tidak mampu untuk dielakkan walaupu sesaat. Strok, jantung, kencing manis, darah tinggi semuanya datang menghampiri. Duit dan wang ringgit yang penat dikumpul selama berpuluh2 tahun dengan sekelip mata habis di hospital, dukun, ubatan2 dan sebagainya. Kenapa begini jadinya? Segala penat lelah berpuluh2 tahun mengumpul harta sering kali hilang begitu sahaja. Begitu juga ketaatan dan kasihsayang kepada suami yang tidak pernah berbelah bagi, tiba2 dicincang halus2 oleh seorang yang bergelar suami.

#Dimana belas kasihanmu suami ku kepada kesetiaanku selama ini? Inikah balasanmu kepada pengorbananku selama ini? Sia-sia sahaja kesetiaan dan pengorbanan selama berpuluh2 tahun, seringkali diakhiri dengan perpisahan, perceraian, ditinggalkan begitu sahaja tanpa rasa belas ihsan sedikitpun.

#Akhirnya jiwa bertanya kemana aku selepas ini? setelah kesihatanku diambil, orang yang ku sayangi diambil, anak2 yang sudah mula melupakanku? Haruskah aku mengakhiri sahaja hidup ini kerana semua sudah hilang daripadaku, semua sudah tidak memerlukanku, semua sudah tidak mempedulikanku..

#Jiwa merintih, merayu, meronta.. Kemudian, barulah jiwa teringatkan ..Oh Ya Allah, dimana kebahagian itu, dimana Engkau Ya Allah. Engkaulah sesungguhnya yang abadi itu, yang tidak pernah pernah meninggalkanku, yang sentiasa menyayangiku samada aku muda atau tua, samada aku cantik atau hodoh, samaada aku sihat atau sakit.

#Ya Allah, ampunilah aku, aku lupa rupanya Engkaulah yang selayaknya aku cintai, bergantung dan mohon perlindungan. Sesungguhnya manusia itu lemah dan akan hancur, tapi kasihsayangMu, CintaMu, rezekiMu, keperihatinanMu tidak pernah padam dari diriku. Ampunilah aku ya Allah, aku tidak sedar selama ini ya Allah. Engkaulah Ya Razak sesungguhnya yang memberiku rezeki itu, bukan suamiku, Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim yang memberiku kasih sayang tidak berbelah bagi.

#Ya Allah, aku sedar kepada Engkaulah aku akan kembali. Engkau memanggil2ku untuk berjumpaMu di syurgaMu ya Allah. Ampunilah aku, aku tidak sedar dan dengar panggilanMu ya Allah, aku tidak nampak kasihMu dan abadiMu ya Allah, aku sesungguhnya buta dan pekak ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah...

Kita bersambung lagi insyaAllah...

Wednesday, August 27, 2008

Bagaimana sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Agung?

Assalamualaikum sahabat, adik2 dan anak2 yang masih mencari2 erti kehidupan..


Alhamdulillah setelah kita mengetahui untuk apa kita diwujudkan disini dan siapa kita sebenar-benarnya, iaitu kita ini hanya hamba kepada Allah Azzawajalla, Tuhan yang Maha Agong dan Maha Suci. Dan sesungguhnya kita ini bukan hamba kepada suami, bukan hamba kepada anak2, bukan hamba kepada nafsu, bukan hamba kepada dunia...

**Marilah sahabat2 kita menjadi hamba kepada Yang Maha Pengasih, Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Kaya. Sesungguhnya menjadi hamba kepada dunia dan manusia, kita akan dihina, dilekehkan, dizalimi dan dianiayai, tetapi hamba kepada Allah sesungguhnya akan mendapat kasih sayang yang melimpah ruah, perlindunganNya, CintaNya yang tidak pernah padam, rezeki yang yang tidak mengenal siapa.

Tetapi bagaimana untuk menjadi hamba Allah dan bagaimana yang dikatakan pengabdian itu sebenarnya? Selama ini kita disempitkan dengan pengabdian yang terlalu sempit seperti solat, puasa, zakat dan haji, tetapi sesungguhnya insan2 yang ku sayangi sekalian, pengabdian yang sebenarnya adalah apabila kita melakukan tugas khalifah di atas muka bumi ini, seperti dalam firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah : 30

Khalifah bukan hanya beerti raja atau pemimpin negara, tetapi semua kita manusia ciptaan Allah merupakan khalifah apabila kita melaksanakan tugas yang telah diberikan kepada kita oleh Allah termasuk tugas sebagai seorang isteri, ibu, jiran, pekerja, ahli keluarga dan ahli masyarakat dengan landasan atau panduan yang Allah tetapkan yang berteraskan IHSAN, berprinsipkan RUKUN IMAN dan melaksanakan RUKUN ISLAM.

Sesungguhnya sahabat2 yang sedang mencari hakikat siapa kita dan apa erti kehidupan ini, tujuan apa yang kita lakukan adalah kerana Allah s.w.t semata2, mengharapkan balasan dari Yang Maha Kaya. Sekiranya kita melayan suami, kita sesungguhnya melakukannya kerana Allah, kerana taat kepadanya dan tanda pengabdian kita kepadaNya.

Kita sesungguhnya bukan melayan suami demi untuk mendapat balasan dari suami, bukan kerana suami. Sekiranya apa yang kita lakukan kerana suami dan mengharapkan balasan suami, tentulah kita akan kecewa kerana suami tidak mampu memberikan semua itu kepada kita, suami kita tidak punya apa kecuali apa yang dipinjamkan oleh Allah, hatta cinta, kasih, wang ringgit dan harta, bukan milik suami, tetapi sesungguhnya semuanya itu milik Allah Yang Maha Kaya. Tetapi sekiranya kita melayan suami kerana Allah dan untuk Allah semata2, Allah yang Maha Memiliki dan Kaya lagi Maha Pengasih akan mengurniakan kita kasih sayang dan harta benda serta ketenangan dan kebahagiaan melalui suami dan orang2 disekeliling kita.

Sedarlah!! sahabat2, adik2 dan anak2, kebaikan, kasihsayang dan harta yang kita perolehi dari suami, rakan2, majikan dan sesiapa sahaja dari kalangan makhluq adalah datangnya dari Allah Yang Maha Pemberi. Sesungguhnya semua itu bukan datang dari manusia kerana manusia itu lemah dan tidak punya apa, asal dari tanah yang hina.

Nah! insan2 yang mencari, jawapannya telah dijumpai. Pasti jiwamu mengatakan ya.. aku ini khalifah Allah, ya.. semua yang aku kecapi ini adalah anugerah Allah, bukan anugerah manusia, jiwa pasti berkata "ALHAMDULILLAH" terima kasih Ya Allah dan jiwa pasti ingin terus sujud kepada Yang Maha Pengasih yang selama ini dilupakan, dilalaikan dan tidak diendahkan.

Manusia yang menjadi perantara itu yang dipuja2 dan dipuji2 dan diminta2, namun kecewa demi kecewa. Jiwa merasa sakit dan tertekan kerana bukan itu yang jiwa kehendaki, jiwa ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemberi yang sebenarnya.

Alhamdulillah, semoga dengan kefahaman dan kesedaran ini insan2 sekalian dapat merasakan ketenangan jiwa yang tidak pernah dirasakan selama ini. Saya ingin mengajak insan2 yang dhaif dan lemah bersama2 saya yang juga sangat dhaif dan lemah agar lihatlah dengan MATA HATI, janganlah hanya melihat apa yang nampak dimata kepala, tetapi lihatlah makna sebenar, hakikat sesuatu dengan memikirkan, merenung dan memohon petunjuk dan hidayah Allah.

Kita berjumpa lagi insyaAllah di lain ruangan, saya perlu meneruskan kerja2 khalifah yang diamanah Allah..
Wassalam.

Untuk apa kita dicipta didunia ini?

Assalamualaikum insan2 yang sedang mencari kedamaian..

Berjumpa kembali di ruangan blog wanita3i. Alhamdulillah saya doakan semuanya sudah sedikit sebanyak mula mendapat damai di hati apabila kita mula mengerta asal usul kita.

Sekarang persoalan ke2 yang harus kita dapat jawapannya iaitu untuk apa kita wujud didunia ini?

~Sekiranya kita seorang isteri, apabila kita sudah menjalankan tanggungjawab dirumah seperti memasak, membasuh, menjaga anak, melayan suami setiap hari, adalah kita mengecapi kebahagiaan?

~Sedarlah insan2 sekalian, berapa ramai di luar sana yang menderita walaupun sudah melaksanakan tugas2 seorang isteri dan ibu. Ketika kita melayan suami dengan sepenuh jiwa raga, tetapi sebaliknya mendapat cemuhan, tidak menghargai, pandangan kita tidak diendahkan, nilai diri seorang isteri ibarat dipijak2 sehingga ada sesetengah isteri merasakan dirinya seperti hamba kepada suami, tiada hak untuk berbicara, mengeluarkan pandangan. Apabila kita dilayan sebegini, adakah kita bahagia? Ketika anak2 tidak mendengar kata, meninggikan suara, melakukan maksiat di depan mata, adakah kita bahagia?

~Sekiranya kita seorang pekerja, apabila kita melangkah tangga2 kerja kita, dapatkah kebahagiaan itu? ketika kita menjadi orang bawahan, bos selalu memeningkan kepala, ketika kita menjadi bos, orang bawahan sering memeningkan kepala bukan.. Jadi sahabat2 dimanakah kebahagiaan itu sebenar? Adakah kita diwujudkan di dunia ini hanya untuk menerima kesakitan, penderitaan2 yang tidak pernah habis ini?

Tentulah tidak, Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil dan Maha Bijaksana.. Dia tidak menjadikan manusia hanya untuk menjadi isteri, ibu, pekerja semata2 dan hidup di dalam penderitaan selama2nya. Ada tugas yang sangat penting yang perlu ditunaikan iaitu seperti diterangkan Allah didalam Surah Ad-zariyat: 56 yang bermaksud " Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu".

Renunglah insan2 sekalian.. Nah! ketika kau mendapat jawapan ini, adakah jiwamu merasa tenang. Oh rupanya inilah dia tugas mu yang sebenar. Jiwamu pasti tenang ketika kau sedar tujuan sebenar kehidupan ini.

Kita sambung lagi selepas ini insya Allah...

Tuesday, August 26, 2008

Dari mana kamu datang? Kenapa Kamu dicipta? Kemana Akhir kamu?

Salam kasih sayang dan bertemu kembali insan2 yang sedang mencari...



Marilah kita merenung sejenak dari mana asal usul kita?

Sesungguhnya kita dulunya tiada, tetapi diadakan dan dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Renungi ayat ini semoga kita sedar dari mana asal usul kita...








Sedarkah insan2 sekalian, kita ini tidak kira siapa samada ketua, menteri, raja, doktor, peguam, surirumah, anak2 semuanya berasal dari tanah yang hina yang kita pijak setiap hari. Itulah dia tempat asal kita, yang semua kita akan kembali kesana. Jiwa sesungguhnya sering ingin kembali ketempat asalnya. Nah! insan semua, kita sudah berjumpa jawapan kepada pencarian kita yang pertama..


Semoga dengan berjumpanya jawapan ini, jiwamu akan tenang. Jiwamu mengatakan ya, disitulah tempat asalku, dan aku ingin balik kesana, bersemadi disana kerana melalui kematianlah aku akan dapat berjumpa dengan Tuhanku yang sentiasa mencintai dan melindungiku didunia sehingga keakhirat.


Jiwa yang sudah sedar asalnya dari tanah tidak akan mengenal erti kesombongan, tidak mampu untuk mengaku harta dunia ini miliknya, tidak mampu untuk mendongak kelangit ketika berjalan, dan tidak mampu mengherdik insan2 lain kerana kita semua sama, asal usul kita sama, kita datang dengan tiada apa2.

Semua yang ada bersama kita adalah pemberian dan pinjaman dari Tuhan Yang Maha Pemberi dan akan dipulangkan kembali kepada tuanNya bila sampai masa dan ketika yang kitapun tidak ketahui...

Pengenalan kepada Blog Wanita3i

Assalamualaikum semua wanita, anak2 dan adik2 yang sedang dalam pencarian...

Blog ini direka khas untuk insan yang ingin mencari erti cinta Allah, rindu Allah, kasih dan sayang Allah dan ingin meletakkan cinta Allah di hati dan memerdekakan diri daripada menjadi hamba kepada dunia, hamba kepada nafsu dan hamba kepada manusia.

Semoga sesiapa sahaja yang sudi singgah di blog ini akan dapat kebahagiaan yang dicari-cari, yang dikejar2 dan yang diimpi2kan selama ini.

Pereka blog ini telah dicipta oleh Allah untuk tunduk dan sujud kepadaNya dengan seluruh jiwa dan raga, telah dicipta oleh Allah sebagai khalifahNya dibumi ini untuk memegang tangan insan2 yang gelisah, yang resah dan menderita kepada ketenangan, keheningan dan kebahagian yang berlindung dan bermanja dengan cinta dan kasih Allah yang Maha Memberi Perlindungan, Maha Pencinta dan Maha Pengasih.

Sesungguhnya kasih dan cinta Allah tidak ada bandingannya didunia ini. Kita sering mencari cinta manusia yang sangat rapuh, tidak kekal dan banyak berpura2. Kita sering lupa akan Allah yang sentiasa mendampingi kita, curahkan seluruh cintaNya, perlindunganNya dan kasihanbelasNya kepada kita. Dan kita sering kali lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah kepada Nya yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Memberi Kesejahteraan.

Marilah insan2 yang sedang tenggelam didalam kegelapan, marilah hulurkan tanganmu untuk kita sama2 menuju ke destinasi yang sangat indah yang akan membuatkan kita lupa kesakitan dan kesusahan didunia yang sangat singkat dan fana' ini.

Wassalam.
Wanita3i