~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Thursday, August 28, 2008

Kemana akhirnya kehidupan ini?

Assalamualaikum, salam pertemuan kembali rakan2, anak2 dan adik2 yang ingin terus mencari erti sebuah kehidupan ini..

Alhamdulillah, hati kita makin dibuka oleh Allah untuk melihat dan mengenali diri kita, mengenali Allah dan mengenali erti kehidupan ini..

Soalan seterusnya yang harus sentiasa bermain di hati kita ialah kemana akhirnya hidup ini?

#Daripada kanak2, kita dewasa, kemudian mengejar dunia yang tidak kenal erti cukup, dan kemudian sedar atau tidak usia semakin lanjut, dan marilah persoalan di hati, apa sebenarnya yang aku kejar ini? Kemana sebenarnya aku ingin pergi? untuk apa semua ini? Seringkali fikiran menjadi buntu kerana jawapan2 yang diberikan tidak sedikitpun membawa kepada ketenangan jiwa.

#Makin dikejar dunia, makin jauh ia, makin dijaga tubuh badan ini, makin datang kesakitan dan kehancuran fizikal sedikit demi sedikit, ianya tidak mampu untuk dielakkan walaupu sesaat. Strok, jantung, kencing manis, darah tinggi semuanya datang menghampiri. Duit dan wang ringgit yang penat dikumpul selama berpuluh2 tahun dengan sekelip mata habis di hospital, dukun, ubatan2 dan sebagainya. Kenapa begini jadinya? Segala penat lelah berpuluh2 tahun mengumpul harta sering kali hilang begitu sahaja. Begitu juga ketaatan dan kasihsayang kepada suami yang tidak pernah berbelah bagi, tiba2 dicincang halus2 oleh seorang yang bergelar suami.

#Dimana belas kasihanmu suami ku kepada kesetiaanku selama ini? Inikah balasanmu kepada pengorbananku selama ini? Sia-sia sahaja kesetiaan dan pengorbanan selama berpuluh2 tahun, seringkali diakhiri dengan perpisahan, perceraian, ditinggalkan begitu sahaja tanpa rasa belas ihsan sedikitpun.

#Akhirnya jiwa bertanya kemana aku selepas ini? setelah kesihatanku diambil, orang yang ku sayangi diambil, anak2 yang sudah mula melupakanku? Haruskah aku mengakhiri sahaja hidup ini kerana semua sudah hilang daripadaku, semua sudah tidak memerlukanku, semua sudah tidak mempedulikanku..

#Jiwa merintih, merayu, meronta.. Kemudian, barulah jiwa teringatkan ..Oh Ya Allah, dimana kebahagian itu, dimana Engkau Ya Allah. Engkaulah sesungguhnya yang abadi itu, yang tidak pernah pernah meninggalkanku, yang sentiasa menyayangiku samada aku muda atau tua, samada aku cantik atau hodoh, samaada aku sihat atau sakit.

#Ya Allah, ampunilah aku, aku lupa rupanya Engkaulah yang selayaknya aku cintai, bergantung dan mohon perlindungan. Sesungguhnya manusia itu lemah dan akan hancur, tapi kasihsayangMu, CintaMu, rezekiMu, keperihatinanMu tidak pernah padam dari diriku. Ampunilah aku ya Allah, aku tidak sedar selama ini ya Allah. Engkaulah Ya Razak sesungguhnya yang memberiku rezeki itu, bukan suamiku, Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim yang memberiku kasih sayang tidak berbelah bagi.

#Ya Allah, aku sedar kepada Engkaulah aku akan kembali. Engkau memanggil2ku untuk berjumpaMu di syurgaMu ya Allah. Ampunilah aku, aku tidak sedar dan dengar panggilanMu ya Allah, aku tidak nampak kasihMu dan abadiMu ya Allah, aku sesungguhnya buta dan pekak ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah...

Kita bersambung lagi insyaAllah...

2 comments:

Sufi Intelek said...

Renungan Bersama...

kadang2, tarbiyah buat kita lemah..tapi tarbiyah juga buat kita kuat..kdg2 trbyh buat kita penat..malah trbyh juga yg buat kita puas..'hmm'..kenapa dikeluh kesah?knp dinaungi lemah? bknkah ALLAH menjanjikan syurga sbgai tukaran sgl perit? bersyukurlah kita diberi peluang utk bkerja dgn BOSS yg paling PEMURAH..sering kali langkah lemah krn rengekan nafsu..seringkali hati jemu krn culas ikhlas..seringkali air mata mgalir krn tekanan derita jiwa yg keletihan & jiwa lemah krn tapak hati yang kian haus dari rahmat ALLAH..duhai ansorullah..jgn mudah mengalah..jangan biar karat2 jemu menghitami orak mindamu..jangn benarkan girang kemalasan melabuhi hatimu..jgn izinkan raja nafsu memerintahi jiwamu..teruslah melangkah..teruslah bermujahadah..teruslah berjuang..dalam sebuah 'kemenangan'..sehingga dirimu lemas dalam lautan syahid..senyumlah pada mehnah yang datang..TAKBIRR!...

***Jom sucikan hati sebelum Ramadhan menjelang..

Permata Hati said...

Cuba hayati surah ini, semoga mereka yang bermasalah akan terungkai segala yang berselirat difikiran;

Surah Ali ‘Imran, Ayat 126:
"Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia memberi ampun kepada siapa yang Dia kehendaki; Dia menyiksa siapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Surah Ali ‘Imran, Ayat 186:
"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan".

Surah Ali ‘Imran, Ayat 190:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tandanya bagi orang-orang yang berakal