Sifat
Mulia 16
Sentiasa
Menolong Orang Lain
AlWahhab
Sifat
sentiasa suka menolong orang lain hasil kurniaan Allah Al Wahhab dan melahirkan
seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
ü Sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain
ü Sentiasa menolong orang yang memerlukan mengikut
kemampuan yang dikurniakan Allah kepada kita
ü Sentiasa membawa orang yang memerlukan pertolongan kepada
orang yang boleh memberi pertolongan sekiranya kita tidak mampu
ü Sentiasa menolong orang lain dalam mendekatkan diri
kepada Allah
ü Sentiasa menolong orang lain dalam menjauhi
larangan, dosa dan kejahatan
ü Sentiasa menolong orang lain agar mereka tidak leka
dengan keduniaan sehingga melupakan Allah dan hari akhirat
ü Sentiasa menolong orang lain untuk mengingatkan
mereka kepada kematian
ü Berkorban kepentingan diri demi kepentingan orang
lain yang lebih memerlukan pertolongan
No comments:
Post a Comment