ALLAH AL-MALIK (الملك)
YANG MAHA BERKUASA
Allah Al-Malik Yang Maha Memiliki. Dia memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak. Dan Dia memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak-anak kita, suami/isteri kita. Dia boleh memberi dan mengambil apa sahaja daripada manusia pada bila-bila masa.Tiada siapa yang mampu menghalang sekiranya Allah Al-Malik ingin memberi atau mengambil, Setiap pemberian adalah amanah dan pinjaman dan akan ditanyai semuanya.
Menghayati sifat Al-Malik membuatkan seseorang sedar dirinya bukan pemilik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan Allah dan menjaga anugerah Allah sebaik mungkin. Tidak ada seorang pun yang dapat mendakwa diri sebagai penguasa tertinggi. Tugas pemerintah mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara-saudaranya.
No comments:
Post a Comment