ALLAH AL-MUHAIMIN (المهيمن)
YANG MAHA MEMELIHARA
Allah Al-Muhaimin Yang Maha Memelihara. Dia memelihara hidup manusia daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta memelihara hamba-hamba yang beriman daripada api neraka. Menghayati sifat Al-muhaimin akan menjadikan seseorang cuba sedaya upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan akhirat. Memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan kerja-kerja da’wah.
Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah daripada bencana dunia dan akhirat, makhluq tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan izin Allah Al-Muhaimin. Manusia harus bergantung penuh kepada Allah Al-Muhaimin demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment