ALLAH AJ-JABBAAR (الجبار)
YANG KEHENDAKNYA TAK DAPAT DIINGKARI
Allah Aj-Jabbar Yang Maha Memaksa yang kehendakNya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. PemaksaanNya tanda kasihsayangNya kepada hamba-hamba pilihanNya kerana manusia sering lupa dan lalai. Hanya dengan pemaksaan dan kehendakNya manusia akan ingat kepada Allah ketika diri lalai.
Menghayati Aj-Jabbar akan menjadikan manusia syukur dan redha atas setiap kehendakNya dan pemaksaanNya kerana kehendak Allah itu tanda kasihsayangNya dan kerana ingin menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kemurkaan Allah. Seringkali manusia disempitkan rezekiNya atau diberikan ujian kesakitan dan kehinaan kerana ingin manusia ingat dan insaf setiap kesalahannya dan kembali ke jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment