ALLAH AL-FATTAH (الفتاح)
YANG MAHA MEMBUKA
Allah Al-Fattah membuka setiap yang tertutup. Dia membuka pintu rezeki, pintu penyelesaian segala malasah hidup, membuka pintu kasih sayang yang hati tertutup, membuka minda dan pemikiran yang buntu dan tertutup dan membuka setiap sesuatu yang tertutup yang diperlukan oleh manusia. Dia juga mampu membuka jalan ke arahNya dengan membuka pintu misteri dan keajaiban untuk menusia lebih dekat denganNya dengan membuka pintu hati dan akal.
Kekuatan Al-Fattah yang ada dalam diri manusia mampu menjadikan manusia yang sentiasa berusaha memecah pelbagai kesulitan yang dihadapi. Hamba kepada Al-Fattah mempunyai hati dan fikiran yang jernih yang mampu menerima pandangan orang lain. Potensi ini juga mampu melahirkan orang yang sentiasa positif kerana yakin Al-Fattah akan sentiasa membuka jalan bagi hamba-hambaNya yang menyerah diri dan bersandar kepadNya dan tidak pernah mengenal erti putus asa.
No comments:
Post a Comment