ALLAH AL-QOOBIDH (القابض)
YANG MAHA MENYEMPITKAN
Allah Al-Qoobidh mampu menggenggam, menyempitkan, menghalang. Dia mampu menyempitkan rezeki seseorang sekiranya Dia merasakan perlu sebagai peringatan dan hukuman kepada hambaNya. Dia juga mampu menghalang atau menangguhkan seseorang daripada mendapat sesuatu seperti jawatan, harta, kasih Sayang dan sebagainya. Tetapi setiap ketentuan Allah Al-Qoobidh mempunyai Kebaikan yang seringkali tidak mampu difikirkan oleh manusia dan dia juga menutup dosa hamba-hambaNya dengan menyempitkanNya.
Hamba Allah Al-Qoobidh adalah seorang yang redha atas setiap ketentuanNya dan mengambil pengajaran atas setiap yang berlaku, memohon ampun diatas setiap kesalahan yang disedarinya. Ketika diuji oleh Allah Al-Qoobidh, haruslah memerah tenaga dan aqal untuk menghadapinya dengan usaha dan tawakkal. Setiap ujian yang diberikan untuk membuktikan nilai seseorang di sisi Allah. Dalam menghadapi ujian Al-Qoobidh, hendaklah redha dan tunjukkan kesenangan dengan ketentuanNya dan memohon pertolonganNya dan mengharapkan semata-mata dariNya.
No comments:
Post a Comment