ALLAH AR-ROOFI' (الرافع)
YANG MAHA MENINGGIKAN
Allah Ar-Roofi’ mampu meninggikan seseorang ikut pilihanNya. Dia mampu meninggikan seseorang samada semasa hidup atau selepas mati. Perjuangan manusia semasa hidup akan dinikmati oleh generasi akan datang dan kemaksiatan akan menghinakan generasi akan datang.
Hamba Ar-Roofi’ sentiasa sedar bahawa ada kuasa yang sentiasa mengendalikan hidup kita dan apabila diuji yakin bahawa selepas kesukaran pasti ada kemudahan. Apabila dihina oleh manusia, yakin bahawa Allah Ar-Roofi’ akan meninggikan derjat selagi kita bertaqwa kepadaNya.
No comments:
Post a Comment