~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 5, 2008

Tips menjadi anak cemerlang (5)


Siapakah Adik-adikku?



Adik-adikku sayang, sesungguhnya kakakmu ini bersama ibu dan ayah diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi agar kami boleh melindungi dan mencegahmu daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungimu daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat dan teguran kami sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar adik-adik tidak tergelincir daripada jalanNya. Adik-adik sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.



Adik-adik yang disayangi, kakak dan abangmu ini diciptakan oleh Ya Barr Yang Maha Baik, Ya Latif Yang Maha Lembut, Ya Halim Yang Maha Penyantun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji Budi Pekerti, yang dengan sifat-sifat inilah kami mampu membina diri kami menjadi seorang abang dan kakak yang baik, penyantun, lemah lembut dan mempunyai akhlaq tepuji yang akan menjadi contoh tauladan dan panduan buat dirimu dik.



Walaupun begitu adik-adikku, ketika dikau tidak mempedulikan nasihatku, Dia Ya Syakur akan tetap menghargai apa yang kami lakukan dan sentiasa menghitung setiap kebaikan kami kepadamu dik. Walaupun adik-adik tidak merasa kasih dan sayang kepada kami, Dia dengan penuh sifat Pengasih dan Penyayang akan tetap menyayangi kami kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim.



No comments: