Ampunlah dosa-dosaku selama ini kerana lalai kepadaMu Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dan tunjukilah aku yang yang benar Ya Haadi. Ya Allah Ya Qahhar, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Menundukkan, tundukkan ego dan sifat kejahatan pensihir yang mensihirkan ku agar pensihir mampu keluar daripada genggaman sihir dan syaitan. Ya Allah Ya Latif, Sesungguhnya Engkau Maha Lembut yang mampu melembutkan hati yang keras, lembutkan hati pensihir yang mensihirkanku agar dia mampu mengeluarkan sihir tersebut. Ya Allah ya Malik, yang maha Membalik-balikkan hati manusia, balik-balikkan hati pensihir agar menarik balik sihir ini. Ya Allah ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk, berilah petunjukMu kepada pensihir itu agar kembali ke jalan yang benar dan bertaubat kepadaMu. Sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi ujian ini dan keluar dari penyakit ini melainkan izin dan pertolonganMu. Engkaulah Ya Salam yang maha menyembuhkan, sembuhkanlah penyakit ini kerana aku ini beribadat kepadaMu dan menyembahMu.
Ya Allah yang Maha Mulia dan maha Agung, sesungguhnya Engkaulah yang Maha sempurna itu yang menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan memberikan kami nikmat iman yang sesungguhnya mampu menjadi benteng diri kepada segala permasalahan kami hari ini. Ya Allah, kami amat yakin Engkau sentiasa melihat apa yang kami lakukan, malaikat Mu sentiasa mencatit perbuatan baik dan jahat kami ya Allah. Tiada apa pun yang terjadi didunia ini tanpa pengetahuan dan perancanganMu ya Allah. Sesungguhnya Engkau sentiasa hidup, Tuhan yang tidak pernah tidur atau terlalai menguruskan makhluqMu ya Allah.
Ya Allah kami sedar Rasullullah kekasihMu banyak berkorban untuk memastikan kami menikmati Islam dan iman pada hari ini. Tanpa pengorbanan Junjungan Rasullullah yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah serta sanggup berkorban nyawa, tentulah kami tidak mengenal Mu ya Allah. Ya Allah, Engkau izinkanlah kami untuk mendapat syafaat baginda dihari pembalasan nanti, kerana harta dan kekayaan dunia ini sesungguhnya tidak mampu menyelamatkan kami ya Allah, hatta ibu dan bapa kami juga tidak mampu menyelamatkan kami ya Allah, hanya dengan syafaat nabi Mu dan rahmat serta belas ihsanMu ya Allah, yang mampu menyelamatkan kami dari azab Mu ya Allah yang tidak terperi. Ya Allah, bantulah kami menjadikan Rasullullah, kekasihMu sebagai idola dan contoh tauladan hidup kami ya Allah. Sifat penyayang baginda, sifat prihatin baginda, sifat bijaksana baginda, sifat hormat menghormati baginda, sifat pengorbanan dan kesabaran, sifat jujur dan bertanggungjawab baginda sesungguhnya melayakkan baginda menjadi kekasihMu dan kekasih hamba2 Mu ya Allah. Oleh itu ya Allah, himpunkanlah kami bersama2 para nabiMu dan hamba2Muyang soleh yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka.
Ya Allah, kami juga sedar Al-quran yang Kau turunkan adalah petunjuk dan panduan dariMu yang sekiranya kami menjadikannya sebagai pedoman kami, tentulah kami tidak akan sesat dan rugi. Ya Allah, jadikanlah kami ini orang yang cinta dan suka membaca ayat-ayatMu ya Allah yang penuh dengan peringatan dan iktibar. Jadikanlah kami ini hambaMu yang menjadikan al-quran sebagai pedoman hidup kami.
Ya Allah, kami juga sedar akan ketentuan qada’ dan qadarMu. Sesungguhnya apa sahaja yang Engkau takdirkan kepada kami adalah baik untuk kami. Jadikanlah kami hamba yang bilamana Engkau memberi nikmat kepada kami, kami menjadi hambaMu yang bersyukur dan bilamana Engkau memberi kesakitan, kesusahan, kemiskinan, kegagalan dan keperitan hidup, kami menjadi hambaMu yang redha diatas segala ketetapanMu yang mempunyai seribu hikmat dan kebaikan itu. Janganlah kami menjadi orang yang lupa diri dengan kekayaan hidup ini dan menyesal dan kesal dengan kesulitan dan dugaan hidup ini ya Allah. Kami sedar segala kemewahan dan kebaikan yg Engkau berikan adalah amanah yang perlu kami berikan dan sampaikan kepada orang lain, dan Kesusahan, kegagalan dan dugaan hidup ini Engkau berikan kepada kami agar kami sentiasa dekat kepadaMu, memohon bantuan dan kasihsayangMu ya Allah. Ampunilah dosa2 kami selama ini sekiranya kami lupa diri atas nikmatMu dan sekiranya kami mengeluh kesah dan kecewa atas ujian kesusahan dari Mu ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa syukur dan redha dan sentiasa merendahkan diri sujud kepada Mu ya Allah, serta merendahkan diri sesama manusia.
Ya Alah ya Affuw Yang Mana Pemaaf, Ya Ghafur Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat, maafkan, ampuni dan terimalah taubat kami yang sentiasa merasa bangga dengan amalan kami padahal dosa dosa kamibagai lautan tak kami sedari,hanya rahmatMu ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang akan menyelamatkan kami kerana manusia selalu lalai dan lupa kepadaMu sedangkan Engkau tidak pernah lupa, Kau Ya Roqib sentiasa mengawasi kami dan Engkau Ya Muhsyi Yang Maha Menghitung sentiasa menghitung setiap perbuatan kami, janganlah Kau menghukum kami ya Allah Ya Muntaqim Yang Maha Menyiksa kerana siksaanMu terlalu keras dan kami tak akan sanggup menghadapi nerakaMu yang siksaan paling ringan apabila menggelegak otak manusia apabila dipakaikan seliper neraka.
Bangkitlah sahabatku dengan bantuan ya Basith ya maha membangkitkan semangat. Serahkan dirimu untuk diagendakan oleh ya Bari’ yang maha mengatur agenda manusia. Terangi jiwamu dengan AnnUrAllah agar mampu melihat petunjuk dari ya Haaadi yang maha memberi hidayah dan petunjuk agar diri sentiasa berada diatas orbit ihsan-iman-islam.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Rahmatilah ibuku serta semua ahli keluarganya yang tercinta..satukanlah kami di syurga. Janganlah Kau pisahkan kami ya Allah, Ya Allah semoga kejayaan yang Kua berikan kepada hambaMu akan menjadikannya hampa lebih bersyukur..ya Allah Ya Wahhab, berilah kamu kejayaan dunia dan akhirat..amin ya Robbal Alamin.
Ya Allah Ya Rahman ya Rahim,alirkan rasa kasih sayang sesama kami kerana kami ingin menyintai kebenaran dan berbuat baik di jalanMu,wahai sebaik-baik pemberi ganjaran, berkatilah setiap kebaikan kami sebagai ‘ibadah’, rahmatilah kami semua dengan syurgaMu. Ya Wasi’. Limpahi kami dengan kurniaan Mu yang meluas kemudahan dan kesenangandunia kerana kami akan meninggikan syiarMu. Makbulkan lah sega doa-doa dan hajat kami, berkati hidup kami semua agar sentiasa dalam ihsan-iman-islam, Jadikanlah amal kami cahaya,di hari pertemuan denganMu Ya Allah. Ya Allah Ya ‘Aliy yang Maha Tinggi, tinggikanlah darjat kami di sisiMu dan kumpulkan kami juga bersama seluruh insan yang kami sayangi bersama kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh AbidMu dan orang-orang yang mendapat kecintaanMu serta pejuangMu. PadaMu kami berserah dan bakalkembali.'
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kami mula membaca, segala Rahmat bagi Tuhan kami, Rahmat dan Keselamatan, bagi Nabi Kekasih kami.
Wahai Yang Maha Pencipta yang Mengadakan dari yang tiada, Sesungguhnya Engkau yang menciptakan Kami, dan kami sedar yang sesungguhnya kami dahulunya tiada, dan Engkaulah menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan mengajarkan kami sesuatu yang kami tidak mengetahui dan Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pembuka, Engkau memberikan kami segala jenis rezeki dengan yang kami sendiri tidak mampu untuk mengadakannya untuk kami gunakan didunia ini sebagai pengabdian kepadaMu dan menjalankan amanah sebagai Khalifah di bumi ini.
Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami sedar kami adalah hambaMu yang diwujudkan didunia ini hanyalah untuk taat dan patuh kepadaMu sepertimana taat dan patuhnya matahari, bulan dan bintang yang tidak pernah mengerti erti keengkaran dan kemungkaran. Namun Wahai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Suci, selama ini kami seringkali engkar dan lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu walaupun Engkau telah memberi kesempurnaan didalam penciptaan kami ini. Wahai Yang Maha Melindungi dan Maha Terpuji, kini kami sedar yang kami wajib taat kepada perintahMu, kami sedar terlalu banyak dosa dan kemungkaran yang telah kami lakukan sehingga hari ini, namun Wahai Yang Maha Pemberi dan Maha Pengampun, bukanlah kami tidak mahu menyembahMu, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyantun selama ini kami tidak mengetahui dan sering lalai kepadaMu. Kami sedar Sesungguhnya Engkau Yang Maha Agong lagi Maha Pengampun, oleh itu ampunilah dosa-dosa kami kerana ketelanjuran kami dan kejahilan kami. Wahai Yang Maha Memberi Petunjuk , berilah kami petunjukMu dan ilmuMu, agar kami mampu mendekatiMu, MencintaiMu dan Taat sepenuhnya kepadaMu.
Wahai yang Maha Mematikan dan Maha Hidup, kami sedar dan yakin kematian itu amat benar dan dekat. Wahai Yang Maha Membangkitkan lagi Maha Menyaksikan, sesungguhnya hari kebangkitan itu benar. Wahai yang Maha Melihat dan Maha Memutuskan Hukuman, sesungguhnya kami sedar bahawa balasan kubur itu benar, timbangan amal itu benar, syurga dan nerakaMu adalah benar sekali, tidak ada sedikit keraguan sekalipun ya Allah.
Wahai yang Maha Memberi Manafaat dan Maha Memberi Cahaya, kami sedar kebaikan dan kebajikan kami terlalu sedikit untuk melayakkan kami kesyurgaMu, namun Wahai yang Maha Mencegah dan Maha Memberi Derita,, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azab nerakaMu yang tidak terperi yang mana azab paling ringan adalah apabila dipakaikan selipar neraka, maka menggelegak otak kami. Wahai Yang Maha Agong lagi Maha Pengampun, ampunilah, ampunilah, ampunilah, kurniakanlah kami rahmat dan kasihsayangMu dan izinkanlah kami berjumpa dengan Mu disyurgaMu ya Allah kerana itulah saat-saat yang paling bahagia yang dikurniakan kepada seorang hamba apabila kami dapat dipertemukan dengan Engkau, Wahai Yang Maha Esa dan Maha Diperlukan, Yang Maha Luhur lagi Maha Mulia, Yang Maha Besar lagi Maha Memelihara, Yang Maha Mencintai lagi Maha Mulia, Yang Maha Melimpahkan Kasih dan Maha Menguasai.
Wahai Yang Maha Pencipta, sesungguhnya segala yang berada dilangit dan dibumi adalah milikMu, hatta kami juga adalah milikMu, ibubapa kami adalah milikMu, rakan-rakan kami adalah milikMu, segala apa yg ada pada tubuh badan kami adalah milikMu semuanya Ya Allah, kepandaian yang Engkau anugerahkan, udara yang kami sedut, bumi yg teguh tempat kami berpijak, matahari yg sentiasa bersinar memberikan tenaga cahaya, buah-buahan yang lazat, wang ringgit yang Engkau berikan dan rumah serta kenderaan yang telah Engkau sediakan buat kami sebagai amanah yang seharusnya kami gunakan untuk beribadat kepadaMu, menjadi hambaMu yang taat, semuanya milikMu dan hakMu semata-mata.
Wahai Yang Maha Menghitung lagi Maha Memulakan, kadang-kadang kami terlanjur kerana mengikut hawa nafsu kami, kami tertipu dengan bisikan syaitan yang berupa jin dan manusia yang banyak membuatkan kami lupa dan lalai, lupa dari mana kami datang, siapa yang menciptakan kami, untuk apa kami dicipta oleh Mu ya Allah dan kemana kesudahan kehidupan ini. Sesungguhnya ya Allah, kami sedar kami hanya hambaMu yang tidak punya apa kecuali yang Engkau kurniakan kepada kami untuk kami taat kepada perintah Mu dan menjauhi daripada larangan Mu. Wahai Yang Maha Kuat lagi Maha Kukuh, sesungguhnya kami amat lemah dan selalu lalai dan memerlukan bantuan dan bimbinganMu, maka bimbinglah kami Wahai Yang Memberi Petunjuk, tunjuki kami jalanMu, tolonglah kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang taat, anak yang soleh, pekerja yang cemerlang, guru yang bertanggungjawab dan cemerlang dunia dan akhirat dan manusia yang berguna dan beramanah.
Wahai Yang Maha Mengembalikan lagi Maha Menghidupkan, sesungguhnya kami semua akan kembali mengadap Mu satu hari nanti dan sesungguhnya pertemuan dengan Mu adalah benar, syurga dan neraka itu benar, hari kiamat itu benar, kematian dan siksa kubur itu benar. Wahai Yang Maha Cepat Tindakannya, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azab Mu yang amat pedih dan kami juga sedar kami tidak layak menjadi ahli syurga Mu, tetapi kami yakin kepadaMu Wahai Yang Maha Dermawan dan Penerima Taubat, lagi Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ampunkanlah dosa-dosa kami dan sesungguhnya kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah juga dosa kedua ibubapa kami, adikberadik kami, sanak saudara kami, guru-guru kami dan sabahat andai kami dan rahmatilah kami semua. Kami inginmengucapkan terima kasih kami kepada Nabi kami kekasih kami yang telah berkorban agar kami dapat menikmati nikmat Islam dan Iman ini pada hari ini.
Wahai Yang Maha Melihat lagi Maha Memutuskan Hukuman, hari ini kami benar-benar insaf dan sedar akan siapa diri kami, kenapa kami berada disini dan kemana akhirnya kehidupan ini. Oleh itu Wahai Yang Maha Memberi Petunjuk lagi Maha Perkasa dan Maha Pemberi, berilah kekuatan kepada kami agar kami dapat menjadi hambaMu yang sejati serta melaksanakan perintahMu sebagai wanita/lelaki yang solehah/soleh yang menghormati suami/isteri kami, anak yang soleh yang menghormati ibubapa kami dan guru-guru kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara kami, rakan-rakan kami dan masyarakat kami. AMIN.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kasihanilah hambaMu ini ya Allah. HambaMu ini merayu dan merintih, berikanlah ketentuan yang baik buatku, ampunilah segala dosa-dosaku dan aku bertaubat kepadaMu atas segala dosa2ku, sesungguhnya Engkau Ya Affuw Ya Maha Memaafkan, Ya Ghoffur Yang maha Pengampun dan Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat.
Ya Allah Ya Aziz, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Engkaulah Yang Maha Kuat dan Ya Matin Engkaulah Yang Maha Teguh dan Mantap, hanya kekuatanMu sahajalah yang mampu aku gunakan untuk melawan kesakitan ini dan dengan kekuatanMu sahajalah aku mampu melawan musuh yang sedang menyerangku ini. Berikanlah kekuatanMu kepadaku Ya Allah agar hambaMu yang sedang menderita ini mampu melawan kesakitan ini. Sesungguhnya tipu daya syaitan dan manusia itu sangat lemah dan palsu. KekuatanMu yang Maha Hebat itu sudah tentu tidak tergambar olehku dan aku yakin Engkau Ya Aziz mampu mengalahkan pensihir yang sedang mensihirkanku ini. Ya Allah Ya Qahhar, Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menundukkan, hambaMu ini merintih dan merayu agar Kau tundukkanlah kekuatan sihir ini agar ia mampu keluar daripada tubuhku ini, sesungguhnya Ya Malik, semuanya adalah milikMu, Kau mampu melakukan apa sahaja yang Engkau mahu kerana sesungguhnya Engkau Ya Muqtadir Yang Maha Menentukan.
Ya Allah Ya Wahhab Yang Maha Pemberi, berikanlah hambaMu ini kesihatan dan kesejahteraan agar aku mampu menyembahMu dan menjalankan tugas Khalifah yang Engkau amanahkan kepadaku, Ya Allah Ya Mujib, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah doa, rayuan dan rintihan hambaMu ini yang sedang menderita. Sesungguhnya Engkau Ya Rahman Ya Rahim.
Ya Allah ya Khaliq yang menciptakan Kami, sesungguhnya kami sedar yang sesungguhnya kami dahulunya tiada, dan Engkaulah menciptakan kami dengan penuh kesempurnaan dan mengajarkan kami sesuatu yang kami tidak mengetahui dan memberikan kami segala jenis rezeki dengan sifat ya RazzakMu, yang kami sendiri tidak mampu untuk mengadakannya untuk kami gunakan didunia ini sebagai pengabdian kepadaMu dan menjalankan amanah Khalifah di bumi ini.
Ya Allah kami sedar kami adalah hambaMu yang diwujudkan didunia ini hanyalah untuk taat dan patuh kepadaMu sepertimana taat dan patuhnya matahari, bulan dan bintang yang tidak pernah mengerti erti keengkaran dan kemungkaran. Namun kami ya Allah selama ini seringkali engkar dan lalai dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu walaupun Engkau telah memberi kesempurnaan didalam penciptaan kami ini ya Allah. Ya Allah, kini kami sedar yang kami wajib taat kepada perintahMu, kami sedar terlalu banyak dosa dan kemungkaran yang telah kami lakukan sehingga hari ini, namun Ya Allah, bukanlah kami tidak mahu menyembahMu ya Allah, tetapi selama ini kami tidak mengetahui ya Allah dan sering lalai ya Allah. Kami sedar Sesungguhnya Engkau Ya Affuw, Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, oleh itu ampunilah dosa-dosa kami, ketelanjuran kami dan kejahilan kami. Berilah kami ilmuMu ya Alim, Yang Maha Berilmu agar kami mampu mendekati Mu, Mencintai Mu dan Taat sepenuhnya kepada Mu.
Ya Allah, Ya Mumit, Tuhan yang Maha Mematikan, kami sedar dan yakin kematian itu amat benar dan dekat, Ya Ba’its, Yang Maha Membangkitkan, sesungguhnya hari kebangkitan itu benar, Ya Hakam, Yang Maha Menghukum, balasan kubur itu benar, timbangan amal itu benar, syurga dan nerakaMu adalah benar sekali, tidak ada sedikit keraguan sekalipun ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami sedar kebaikan dan kebajikan kami terlalu sedikit untuk melayakkan kami kesyurga Mu, namun Ya Allah Ya Muntaqim yang Maha Keras SiksaanNya, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azab neraka Mu yang tidak terperi yang mana azab paling ringan adalah apabila dipakaikan selipar neraka, maka menggelegak otak kami ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah ya Allah, ya Affuw, Tuhan yang Maha Pengampun. Berilah kami rahmat dan kasihsayangMu dan izinkanlah kami berjumpa dengan Mu disyurgaMu ya Allah kerana itulah saat-saat yang paling bahagia yang dikurniakan kepada seorang hamba apabila kami dapat dipertemukan dengan Engkau ya Allah, Ya Majid, Tuhan yang Maha Mulia, ya Aziz, Yang Maha Berkuasa, Ya Hafiz, Yang Maha Pelindung, lagi Ya Rahman, Maha Pengasih, Ya Rahim, Yang Maha Penyayang dan Ya Ghofur, MahaPengampun.
Ya Allah Ya Malik, Ya Hakim, Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, sesungguhnya segala yang berada dilangit dan dibumi adalah milikMu, hatta kami juga adalah milikMu, ibubapa kami adalah milikMu, rakan-rakan kami adalah milikMu, segala apa yg ada pada tubuh badan kami adalah milikMu semuanya Ya Allah, kepandaian yang Engkau anugerahkan, udara yang kami sedut, bumi yg teguh tempat kami berpijak, matahari yg sentiasa bersinar memberikan tenaga cahaya, buah-buahan yang lazat, wang ringgit yang Engkau berikan dan kemudahan yang telah Engkau sediakan buat kami sebagai amanah yang seharusnya kami gunakan untuk beribadat kepada Mu, menjadi hamba Mu yang taat, semuanya milik Mu dan hakMu semata-mata.
Namun ya Allah, kadang-kadang kami terlanjur kerana mengikut hawa nafsu kami, kami tertipu dengan bisikan syaitan yang berupa jin dan manusia yang banyak membuatkan kami lupa dan lalai, lupa dari mana kami datang, siapa yang menciptakan kami, untuk apa kami dicipta oleh Mu ya Allah dan kemana kesudahan kehidupan ini. Sesungguhnya ya Allah, kami sedar kami hanya hambaMu yang tidak punya apa kecuali yang Engkau kurniakan kepada kami untuk kami taat kepada perintah Mu dan menjauhi daripada larangan Mu. Ya Allah, Ya Qowiy, Ya Matin, Tuhan Yang Maha Kuat dan Sempurna KekuatanNya, sesungguhnya kami amat lemah dan selalu lalai dan memerlukan bantuan dan bimbingan Mu, maka bimbinglah kami ya Allah, Ya Basith, Ya Nafi’, Tuhan yang Maha Melapangkan, Yang Maha Pembimbing dan Penolong, tolonglah kami ya Allah, jadikanlah kami ini hamba Mu yang taat, anak yang soleh, pekerja yang cemerlang, guru yang bertanggungjawab dan cemerlang dunia dan akhirat dan manusia yang berguna dan beramanah.
Ya Allah, sesungguhnya kami semua akan kembali mengadap Mu satu hari nanti dan sesungguhnya pertemuan dengan Mu adalah benar, syurga dan neraka itu benar, hari kiamat itu benar, kematian dan siksa kubur itu benar. Dan Ya Allah, sesungguhnya kami tidak mampu menanggung siksa azab Mu yang amat pedih dan kami juga sedar kami tidak layak menjadi ahli syurga Mu ya Allah, tetapi kami yakin dengan sifat Ya Ghofur dan Ya Rahman, Maha Pengampun dan Maha Penyayang Mu Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan sesungguhnya kami bertaubat kepada Mu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah juga dosa kedua ibubapa kami, adikberadik kami, sanak saudara kami dan sabahat andai kami dan rahmatilah kami semua. Kami inginmengucapkan terima kasih kami kepada Rasulullah yang telah berkorban agar kami dapat menikmati nikmat Islam dan Iman ini pada hari ini.
Ya Allah, Ya sami’, Ya Bashir, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, hari ini kami benar-benar insaf dan sedar akan siapa diri kami, kenapa kami berada disini dan kemana akhirnya kehidupan ini. Oleh itu ya Allah, Ya Haadi, Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Engkau kekalkanlah hidayah dan petunjuk Mu ini didalam hatiku sehingga Akhir hayat kami, dan Engkau berilah kekuatan kepada kami untuk kembali melaksanakan ketaatan kepadaMu dan menjadi hambaMu yang sejati serta melaksanakan perintahMu sebagai anak yang soleh/solehah yang menghormati ibubapa kami, pelajar yang baik yang menghormati guru-guru kami, mengasihi adik-beradik kami, saudara mara kami, rakan-rakan kami dan masyarakat kami.
Ya Allah..Ya Quddus kau yang Maha Suci, Kau sahaja yang mampu menyucikan jiwa yang dikotori dengan sifat2 kebinatangan yang sering menghinggapi jiwaku. Sucikan dan bersihkan Ya Quddus sifat tamak berlumba-lumba inginkan dunia, ingin mendapatkan sesuatu walau apa cara sekalipun sama ada haram atau halal. Sehingga seringkali daku mengambil hak orang lain menindas orang lain dan menzalimi orang lain demi kepentingan diri ku. Umpama lembu yang sedang disembelih di hadapanku. Hidupnya hanya tahu makan dan minum tanpa mengira sama ada ianya haknya atau tidak. Yang ia tahu hanya kekenyangan perut dan nafsu. Tiada akal untuk memikirkan haram dan halal. Hak orang atau hak sendiri. Tiada perasaan untuk belas kasihan atas penderitaan orang lain.
Ampunilah daku Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab..Kau lah Yang Maha Mengampuni. KeampunanMu sangat bererti buatku, tanpa keampunanMu sia-sialah hidupku di dunia ini. Umpama lembu dan kerbau, yang tidak tahu arah dan tuju. Berjalan tanpa arah mengikut kaki dan tuannya. Sempena sembelihan ni daku ingin berikrar kepadaMu Ya Allah Ya Mutakabbir Yang Maha Besar dan Hebat. KepunyaanMu lah seluruh isi langit dan bumi. Ya Malik, Pada hari ini daku ingin menyembelih bantulah daku menyembelih sifat-sifat kebinatangan yang menghinggapi jiwaku. Yang disebabkan oleh bisikan syaitan dan hawa nafsuku. Sembelihlah juga cintaku kepada manusia dan dunia sepertimana nabi Allah Ibrahim sanggup menyembelih cinta terhadap anaknya. Demi perjuangan menegakkan agamaMu.
Daku sedar, cinta terhadapMu Ya Wadud yang layak bertakhta dijiwaku. Begitu juga cinta terhadap kekasihMu, Habibullah, Rasulullah S.A.W. seharusnya yang ku utamakan lebih daripada cintaku terhadap ibubapa, anak, suami/ isteri, rakan-rakan, saudara-mara dan kata-kata manusia yang kadang-kadang sering melalaikan daku kepada tanggungjawabku sebenar terhadapMu Ya Allah. Bantulah daku Ya Wahhab agar daku sentiasa didampingi oleh pejuang-pejuang agamaMu yang sentiasa akan mengingatkanku dari mana ku datang, siapakah diriku, untuk apa ku ada di dunia ini dan ke manakah akhirnya perjalanan hidupku ini.
Aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku Ya Barii. Agar Kau agendakan dengan agendaMu kerana diriku tidak layak untuk menagendakan hidupku. Kerana daku hanya hamba dan ciptaanMu. Jadikanlah aku orang yang sentiasa memohon petunjukMu Ya Haadi dalam melakukan setiap perkara di dunia ini dan cukupkanlah keperluanku Ya Hasiib agar dapat aku laksanakan arahanmu dengan cara terbaikMu. Kekalkan hidayah ini sehingga ke akhirn hayatku dan kurniakanlah hidayahMu Ya Haadi kepada ibubapa, anak, suami/ isteri, rakan-rakan, saudara-mara.