~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Tuesday, February 11, 2014

Sifat Mulia 20 : ALLAH AL QOOBIDH



Sifat Mulia 20
Sentiasa Redha Dengan KetentuanNya &
Berdisiplin Tinggi
Al Qoobidh

Sifat sentiasa redha atas ketentuan Allah dan berdisiplin tinggi hasil kurniaan Allah Al-Qoobidh dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
 
ü Sentiasa mengikut disiplin yang ditetapkan oleh Allah, Rasulullah dan pemimpin walaupun terpaksa melalui kesempitan dan kesusahan
ü Sentiasa sabar dalam menempuh kesulitan, kesempitan dan kesusahan demi disiplin diri bagi menghasilkan kerja mengikut masa yang ditetapkan
ü Yakin bahawa selepas kesempitan akan ada kelapangan dan yakin bahawa Setiap ujian yang diberikan untuk membuktikan nilai seseorang di sisi Allah.
ü Yakin bahawa dengan kepayahan disiplin yang tinggi, kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dicapai dengan bantuan Allah Al Qoobidh
ü Sentiasa redha dengan kesempitan yang Allah Al-Qobidh tentukan kerana sudah pasti ada hikmah dan kebaikan disebalik kesempitan itu
ü Sedar bahawa nafsu tidak sukakan disiplin yang tinggi, maka ia akan sentiasa cuba memberontak dan memprotes, oleh itu, bersabarlah dan tekunlah sehingga tercapai apa yang diingini
ü Mengambil pengajaran atas setiap yang berlaku, memohon ampun diatas setiap Kesalahan yang disedarinya.
ü Ketika diuji oleh Allah Al-Qoobidh, haruslah memerah tenaga dan aqal untuk menghadapinya dengan usaha dan tawakkal.

Tuesday, February 4, 2014

Sifat Mulia 19 HANYA DIA YANG MENGETAHUI



Sifat Mulia 19
Sentiasa Mencari Ilmu
Al ‘ALiim
Sifat sentiasa suka mencari ilmu demi untuk mengenal Allah, melakukan amal ibadat dan menolong manusia hasil kurniaan Allah Al-‘Aliim dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa mencari ilmu tentang makrifatullah agar mengenal Allah, Nama-namaNya, sifat-sifatNya, KalamNya dan ciptaan-ciptaanNya, dan dengan itu dapat sentiasa memujiNya, membesarkanNya dan gerun kepadaNya.
ü Sentiasa mencari ilmu untuk melakukan kebaikan kepada manusia sekeliling
ü Sentiasa menyebarkan ilmu yang diperolehi agar manusia lain juga menjadi berilmu
ü Memperbaiki amalan kepada yang lebih baik dengan penambahan ilmu yang diperolehi
ü Mencari ilmu tentang cara hidup Islam-Iman-Ihsan agar dapat hidup di atas orbit ciptaan manusia dan melaksanakan tugas dan fungsinya sebagai hamba Allah.
ü Mencari ilmu tentang batas-batas kufur dan tipu daya syaitan agar dapat mengelakkannya
ü Mencari llmu tentang jalan ke neraka agar dapat mengelakkannya
ü Mencari ilmu tentang jalan ke syurga agar dapat mengikutinya
ü Dalam mencari ilmu, kita harus merenungi, mengkaji, menganalisis
dan mengamati serta mengambil pengajaran dari semua itu dan seterusnya sujud Kepada Allah apabila dapat melihat kehebatan dan keagonganNya melalui penciptaanNya.

Monday, February 3, 2014

Sifat Mulia 18 : YANG MAHA MEMBUKA SEGALANYA...



Sifat Mulia 18
Sentiasa Membuka Jalan
AlFattah

Sifat sentiasa suka membuka jalan orang yang buntu dalam kehidupan hasil kurniaan Allah Al Fattah dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa suka membuka jalan bagi kesusahan orang lain
ü Sentiasa prihatin kepada kebuntuan orang lain
ü Bekorban kepentingan peribadi demi membuka jalan orang lain yang lebih memerlukan
ü Sentiasa membuka peluang pekerjaan kepada orang yang memerlukan
ü Sentiasa membuka peluang kepada orang untuk berubah dan memperbaiki diri
ü Sentiasa berjumpa dengan orang-orang lain yang boleh membuka jalan bagi memudahkan penyelesaian masalah orang lain
ü Sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima teguran yang baik dari orang sekeliling
ü Sentiasa mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah
ü Berhati terbuka dengan menerima kesilapan orang lain dan menerima mereka seadanya
ü Sentiasa membuka peluang bagi membimbing orang yang memerlukan bimbingan