~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Friday, September 27, 2013

SIFAT MULIA 4: AL-QUDDUS



Sifat Mulia 4
Suci/Bersih Hati dan Fikiran
Al Quddus

Sifat suci dan bersih hati serta fikiran lahir dari kesucian kurniaan Allah Al Quddus yang melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain

ü Sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan dan kematian

ü Sentiasa berfikiran positif terhada cubaan dan halangan hidup

ü Sentiasa berfikiran postif terhadap kesakitan dan musibah

ü Sentiasa memikirkan hikmah di sebalik ujian dan musibah

ü Sentiasa redha di atas setiap ketentuan Allah

ü Sentiasa memberi peluang kepada setiap orang untuk berubah dan menerima mereka seadanya

ü Sentiasa memberi maaf dan peluang untuk kembali kepangkal jalan
ü Tidak berburuk sangka terhadap sesiapapun

ü Fikiran dan hati yang bersih melahirkan ketenangan pada wajah, perbuatan dan perkataan

ü Yakin bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan

ü Memikirkan bahawa setiap perbuatan manusia merupakan ujian, ketentuan dan takdir Allah yang memerlukan rasa redha dan syukur.

ü Bebas dari perasaan benci dan dendam serta berburuk sangka

Monday, September 23, 2013

AL-MAALIK ADALAH PEMILIK SEBENAR SEGALA SESUATU...



Sifat Mulia 3
Merasai diri bukan pemilik
Al Malik

Sifat Merasai Diri Bukan Pemilik lahir dari kesedaran sifat Al Malik Allah dari Allah Al Malik yang melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa menyedari yang setiap sesuatu termasuk harta benda, wang ringgt, suami/isteri, anak, kesihatan, ilmu, jawatan dan segalanya adalah milik Allah secara mutlak dan kita adalah hanya peminjam

ü Merasai Allah Al-Malik akan mengambil hakNya yang ada pada kita pada bila-bila masa dan di mana sahaja

ü Mudah memberi pinjam kepada orang lain setiap pemberian Allah kepadanya kerana yakin segala pemberian Allah adalah untuk membuat kebaikan

ü Sentiasa menjaga kurniaan Allah dan amanahNya dengan sebaik mungkin dan menunai amanahNya dengan tepat

ü Tidak merasai keinginan terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang lain

ü Sentiasa Merasa syukur ketika tidak diberi pinjaman yang banyak dan lama kerana bimbang tidak mampu menyerah kembali ketika Allah Al-Malik ingin mengambilnya

ü Sentiasa Merasa takut dan bimbang takut tidak tertunai amanah pemberian Allah