~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Saturday, August 24, 2013

99 SIFAT MULIA: AR-RAHIIM



Sifat Mulia 2
Penyayang
Ar Rahiim


Sifat Penyayang Ar Rahiim lahir dari aliran kasih sayang dari Allah Ar Rahiim yang melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Mengajar orang lain tentang Allah dan hakikat kehidupan

ü Membimbing diatas jalan Islam-Iman-Ihsan (3i)

ü Membimbing ketika dia tersilap

ü Mengingatkannya agar sentiasa bersolat dan bersedeqah

ü Mengingatkannya tentang kematian dan persiapannya

ü Menegur ketika dia membuat salah atau leka dengan keduniaan

ü Bertegas dengan kebenaran

ü Memberi pengajaran ketika dia melalui pengalaman kehidupan

ü Memimpin kepada kehidupan sederhana, zuhud dan wara’

ü Memimpin ke Jalan Allah ketika dia masih bersamamu

ü Membangkitkannya di dinihari untuk bermunajat kepada Allah

ü Sentiasa memberi peringatan dan tazkirah tentang Allah

ü Sentiasa mendoakannya untuk kebahagian dunia dan akhirat

Thursday, August 22, 2013

99 Sifat Mulia: Ar-RAHMAN




Sifat Mulia 1
Pengasih & Pemurah
Ar Rahman

Sifat Pengasih dan Pemurah Ar-Rahman lahir dari aliran kasih sayang dari Allah Ar-Rahman yang melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:


ü Menolong orang lain ketika mereka susah tanpa mengira siapa pun mereka

ü Memberi pinjam barang/duit ketika mereka memerlukan

ü Memberinya makan ketika dia lapar

ü Mencarikan pekerjaan untuknya ketika dia tiada pekerjaan

ü Menziarahi dan merawat ketika mereka sakit

ü Membelai, mencium dan memeluk ketika dia memerlukan kasih sayang

ü Menemaninya ketika dia kesunyian

ü Bermesra dengannya ketika dia memerlukan dan merinduimu

ü Bercakap dengan lemah lembut dan kasih sayang

ü Sentiasa senyum dan berwajah ceria

ü Menghargai kebaikan dan kebolehannya

ü Mengasah kebolehan dan minatnya

ü Membela ketika orang lain menfitnahnya

ü Membakar semangatnya ketika dia lemah atau gagal

ü Membuka jalan ketika dia kebuntuan

ü Mendahulu kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri

Monday, August 19, 2013

DIALAH YANG MAHA PENYAYANG...



ALLAH AR-ROHIIM  (الرحيم)
YANG MAHA PENYAYANG

Allah Ar-Rahim Maha Penyayang. Allah penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dengan sayangNya Dia memelihara hamba pilihanNya untuk tetap berada di dalam redhaNya. Sayang Allah akan berakhir dengan balasan    syurga di akhirat.

Sifat Ar-Rahim yang ada pada manus membolehkan manusia mendidik, membimbing untuk membawa manusia lain kepada Allah Ar-Rahim., menegur sekiranya tersilap, memberika perhatian dan sokongan didalam apa yang    diperjuangkan.

Menunjukkan sifat Rahim pada orang yg lalai  melalui teguran dan nasihat  secara lembut dan     bukannya kasar. Orang derhaka dipandang dengan penuh kasih dan bukan dengan pandangan hina.