~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, December 30, 2013

Sifat Mulia 10: ALLAH AL-MUTAKABBIR



Sifat Mulia 10
Sentiasa Berjiwa Besar
Al Mutakabbir


Sifat sentiasa berjiwa besar hasil kurniaan Allah Al Mutakabbir dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa berjiwa besar untuk memulakan initiatif-initiatif baru bagi kemajuan dan kebaikan masyarakat dan ummah

ü Sanggup berkorban apa sahaja untuk menceburi bidang-bidang baru dalam kehidupan

ü Mempunyai jiwa pemimpin yang ingin memimpin dunia bersama Islam-Iman-Ihsan

ü Sentiasa merendah diri kepada Allah Al-Mutakabbir dan sentiasa mengharapkan pertolonganNya

ü Tidak gentar dengan gelaran-gelaran kebesaran manusia dan yakin gelaran itu semua milik Allah

ü Tidak merasa hebat diri sendiri dan manusia lain kerana yakin seluruh kehebatan adalah milik Allah Al-Mutakabbir

ü Mempunyai yakin diri yang tinggi kerana hidup sentiasa bersama Allah Al-Mutakabbir

Monday, December 23, 2013

Sifat mulia 9: ALLAH AL-JABBAR



Sifat Mulia 9
Sentiasa Tegas Menegakkan Kebenaran
Al Jabbar

Sifat sentiasa tegas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan hasil kurniaan Allah Al Jabbar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Berani menegakkan kebenaran dan keadilan berasaskan kebenaran Islam dalam kehidupan seharian
ü Tidak takut dicemuh apabila terpaksa memperkatakan kebenaran walaupun dibenci oleh orang lain
ü Mampu memaksa diri untuk memperjuangkan kebenaran walaupun nafsu sendiri tidak menyukainya
ü Mampu memaksa diri untuk disiplin yang tinggi bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat


ü Sentiasa tegas dan berani bagi mengelak diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang haram dan syubahat
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan amal ibadah dan amal soleh walaupun nafsu sendiri ingin berehat dan bersantai
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan perkara yang sukar demi kejayaan dan kecemerlangan
ü Rela dipaksa untuk sesuatu kebaikan dan usaha demi kejayaan dan kecemerlangan masa depan

Saturday, November 16, 2013

Sifat mulia 8: kurniaan Allah Yang Maha Perkasa



Sifat Mulia 8
Sentiasa perkasa jiwa, emosi dan jasmani
Al ‘Aziz


Sifat sentiasa memperkasa jiwa, emosi dan jasad hasil kurniaan Allah Al ‘Aziz dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa memperkasa jiwa dan emosi dengan kemampuan mengharungi ujian, kegagalan dan kesulitan hidup

ü Sentiasa berkeupayaan untuk menerima kegagalan-kegagalan sebagai langkah-langkah kejayaan

ü Sanggup melalui kehidupan yang sukar demi meraih sebuah kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat

ü Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

ü Rohaninya cukup kuat untuk melakukan ibadah yang berterusan
ü Tidak mudah putus asa dan kecewa dalam mengharungi ujian kehidupan

ü Cepat sembuh sebarang penyakit kerana keperkasaan menerima dan mencari penyembuhan

ü Tidak mudah kalah dengan kata-kata manusia

ü Sentiasa berusaha mencari pelbagai jalan hidup tanpa jemu sekiranya tidak Berjaya

ü Sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja demi untuk mencari kebenaran dan kejayaan

Monday, November 4, 2013

Allah lah sebaik-baik pemelihara: AL MUHAIMIN



Sifat Mulia 7
Sentiasa memelihara hati, fikiran, emosi dan jasad dari kejahatan dan dosa
Al Muhaimin

Sifat sentiasa memelihara hati, fikiran, emosi dan jasad dari kejahatan dan dosa hasil kurniaan Allah Al Muhaimin dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa memelihara hati dan fikiran daripada dosa dan niat-niat kejahatan dan kerosakan

ü Sentiasa memelihara diri dari kejahatan mulut, telinga, tangan, kaki dan anggota tubuh yang lain

ü Sentiasa memelihara harta benda diri sendiri dan orang-orang sekeliling

ü Sentiasa memelihara diri dari bisikan nafsu dan syaitan dengan membanyak mujahadah melawan nafsu

ü Sentiasa memelihara akhlaq dan kata-kata yang baik dengan manusia sekeliling

ü Sentiasa memelihara diri dari kehidupan dunia yang melalaikan dan melekakan

ü Sentiasa memelihara diri dari kejahatan manusia dengan membina sistem-sistem perlindungan dan kawalan