~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Friday, January 24, 2014

Sifat Mulia 16: ALLAH YANG MAHA PEMBERI



Sifat Mulia 16
Sentiasa Menolong Orang Lain
AlWahhab

Sifat sentiasa suka menolong orang lain hasil kurniaan Allah Al Wahhab dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain

ü Sentiasa menolong orang yang memerlukan mengikut kemampuan yang dikurniakan Allah kepada kita

ü Sentiasa membawa orang yang memerlukan pertolongan kepada orang yang boleh memberi pertolongan sekiranya kita tidak mampu

ü Sentiasa menolong orang lain dalam mendekatkan diri kepada Allah

ü Sentiasa menolong orang lain dalam menjauhi larangan, dosa dan kejahatan

ü Sentiasa menolong orang lain agar mereka tidak leka dengan keduniaan sehingga melupakan Allah dan hari akhirat

ü Sentiasa menolong orang lain untuk mengingatkan mereka kepada kematian

ü Berkorban kepentingan diri demi kepentingan orang lain  yang lebih memerlukan pertolongan

Monday, January 20, 2014

Sifat Mulia 15 : ALLAH AL-QOHHAR...



Sifat Mulia 15
Sentiasa Merendahkan Ego Diri
Al Qohhar

Sifat sentiasa merendahkan ego diri hasil kurniaan Allah Al Qohhar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa mengalah dalam keadaan yang tegang bagi mengelakkan pergaduhan dan perpecahan

ü Sentiasa menerima teguran orang lain dengan hati dan fikiran terbuka

ü Merasakan yang menegur itu adalah Allah Al-Qohhar yang ingin menundukkan kita kepadaNya demi kebaikan kita jua

ü Bercakap tidak meninggi diri malahan sentiasa dalam keadaan merendah diri demi menjaga keharmonian dan persahabatan

ü Sentiasa mendengar teguran dari Allah melalui suara hati agar kita sentiasa menjadi orang yang sentiasa sedar kesilapan diri tanpa memerlukan teguran manusia

ü Mampu menegur orang lain dengan berhemah dengan bantuan Allah Al-Qohhar

Thursday, January 16, 2014

Sifat Mulia 14: Al-Ghoffar



Sifat Mulia 14
Sentiasa Memaafkan Orang Lain
Al Ghoffar

Sifat sentiasa memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan kepada kita hasil kurniaan Allah Al Ghoffar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita

ü Mudah menerima manusia seadanya terutama ketika mereka melakukan kesilapan-kesilapan kerana kelemahan dan kekurangan mereka

ü Yakin bahawa manusia seringkali melakukan kesalahan atau kesilapan bukan kerana disengajakan, maka mereka perlu diberi maaf dan peluang kedua

ü Sentiasa memberi peluang orang sekeliling kita untuk berubah kerana untuk berubah memerlukan masa yang lama dan sokongan  orang sekeliling

ü Pemaaf menjadikan hidup tanpa dendam dan benci menjadikan jiwa dan fikiran tenang dan bahagia

Wednesday, January 8, 2014

SIFAT MULIA 13: ALLAH AL-MUSOWWIR



Sifat Mulia 13
Sentiasa Kreatif
AlMusowwir

Sifat sentiasa kreatif dalam melakukan kerja agar dapat menghasil kan kerja yang lebih baik hasil kurniaan Allah Al Musowwir dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Melaksanakan kerja yang lebih baik dari yang sebelumnya dengan sifat kreativiti Allah Al-Musowwir

ü Sentiasa memikirkan cara yang tak pernah dilakukan oleh orang lain bagi menghasilkan kerja yang lebih cepat, lebih jimat dengan produktiviti yang tinggi

ü Bersifat kreatif dalam menggunakan sumber yang dicipta oleh Allah untuk kesejahteraan manusia sejagat

ü Sentiasa kreatif dalam mencari penyelesaian kepada masalah manusia

ü Sentiasa kreatif dalam mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah

ü Sentiasa kreatif untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan dosa dan kemaksiatan

ü Sentiasa kreatif dalam membantu orang-orang sudah dan memerlukan bantuan