~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, December 15, 2014

HASIL KENAL ALLAH AL-BAASITH



Sifat Mulia 21
Sentiasa Berlapang Dada &
Suka Melapangkan Orang Lain
Al Baasith
Sifat sentiasa berlapang dada dan suka melapangkan orang lain hasil kurniaan Allah Al-Baasith dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Mereka berusaha tanpa henti mengejar cita-cita, cekal dan sabar kerana yakin Allah Al-Baasith sentiasa melapangkan hamba-hambaNya. 

ü Sentiasa berlapang dada dalam menerima kehendak dan takdir Allah samada baik atau buruk

ü Sentiasa bersedia menerima nasihat dan pandangan orang sekeliling demi kebaikan dan kemajuan diri

ü Sentiasa menerima orang-orang sekeliling seadanya mengikut keupayaan dan kemampuan mereka

ü Sentiasa berlapang dada menerima kegagalan dan kesilapan dalam menempuh perjalanan kehidupan sebagai satu proses pembelajaran

ü Sentiasa suka melapangkan orang lain yang dalam kesempitan samada dari segi harta, wang ringgit dan sebagainya

ü Mampu berkorban kepentingan diri demi membuatkan orang lain merasa lapang dan senang

ü Suka melapangkan tempat duduk untuk tetamu yang baru datang

ü Suka memberi ruang kenderaan kepada orang yang memerlukan