~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Saturday, November 1, 2008

Tips anak cemerlang (4)


  Siapakah Abang dan Kakakku?

 

Abang dan Kakak sayang, kalian bersama ibu dan ayah diciptakan oleh Allah Yang Maha Pencegah, Maha Melindungi dan Maha Mengawasi agar kalian boleh melindungi dan mencegahku daripada melakukan dosa dan mendapat kemarahan Allah Yang Maha Berkuasa dan melindungiku daripada bahaya dunia dan akhirat. Segala nasihat dan teguran kalian sesungguhnya adalah nasihat dan teguran Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ingin agar aku tidak tergelincir daripada jalanNya. Aku sebagai hamba kepadaNya sewajarnya mengambil segala teguran dan nasihat Allah ini sebagai panduan hidup.

 

Abang dan kakak yang disayangi, kalian diciptakan oleh Ya Barr Yang Maha Baik, Ya Latif Yang Maha Lembut, Ya Halim Yang Maha Penyantun, Ya Hamid Yang Maha Terpuji Budi Pekerti, yang dengan sifat-sifat inilah kalian mampu membina diri kalian menjadi seorang abang dan kakak yang baik, penyantun, lemah lembut dan mempunyai akhlaq tepuji yang akan menjadi contoh tauladan dan panduan buat diriku.

 

 

Walaupun begitu kakak dan abangku, ketika dikau tidak mempedulikanku, tidak lagi melindungiku, Dia Ya Hafiz Yang Maha Pelindung dan Ya Muhaimin Yang Maha Pemelihara akan tetap melindungi dan memeliharaku dengan penuh sifat Pengasih dan Penyayang kerana Dia Ya Rahman dan Ya Rahim. Aku tetap akan bergantung sepenuhnya dengan Tuhanku kerana Dia Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiy Yang Maha Mempunyai Kekuatan dan Ya Matin yang Maha Sempurna KekuatanNya yang denganNya daku tidak akan kecewa dan hatiku akan sentiasa tenteram.