~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Wednesday, January 8, 2014

SIFAT MULIA 13: ALLAH AL-MUSOWWIR



Sifat Mulia 13
Sentiasa Kreatif
AlMusowwir

Sifat sentiasa kreatif dalam melakukan kerja agar dapat menghasil kan kerja yang lebih baik hasil kurniaan Allah Al Musowwir dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Melaksanakan kerja yang lebih baik dari yang sebelumnya dengan sifat kreativiti Allah Al-Musowwir

ü Sentiasa memikirkan cara yang tak pernah dilakukan oleh orang lain bagi menghasilkan kerja yang lebih cepat, lebih jimat dengan produktiviti yang tinggi

ü Bersifat kreatif dalam menggunakan sumber yang dicipta oleh Allah untuk kesejahteraan manusia sejagat

ü Sentiasa kreatif dalam mencari penyelesaian kepada masalah manusia

ü Sentiasa kreatif dalam mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah

ü Sentiasa kreatif untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan dosa dan kemaksiatan

ü Sentiasa kreatif dalam membantu orang-orang sudah dan memerlukan bantuan

Monday, January 6, 2014

Sifat Mulia 12: Allah Al Baari'



Sifat Mulia 12
Sentiasa Teratur dan Kemas
Al Baari’

Sifat sentiasa melakukan kerja dengan teratur, terancang, tersusun dan kemas hasil kurniaan Allah Al Baari’ dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Merancang kehidupan seperti hidup Nabi Muhammad S.A.W

ü Sentiasa merancang sebelum melakukan sebarang kerja

ü Sentiasa teratur dalam mengatur langkah demi langkah kerja yang sepatutnya dilaksanakan

ü Sentiasa bersedia dengan langkah-langkah awal sebelum sesuatu kerja dilaksanakan dengan tersusun dan teratur

ü Sentiasa menjaga persekitaran agar sentiasa kemas, tersusun dan teratur

ü Sentiasa mengatur pasukan kerja mengikut potensi yang ada pada setiap orang

ü Sentiasa mengatur perkataan yang baik dan tersusun ketika bercakap

ü Sentiasa membuat jadual kerja setiap hari serta menyusun mengikut keutamaan dan kepentingan

ü Mengatur hidup untuk melakukan kerja-kerja ibadah, amal soleh dan mengutamakan kehidupan akhirat daripada dunia

ü Menyusun keutamaan masa untuk menolong anak-anak yatim, fakir miskin dan orang-orang susah daripada diri sendiri dan orang-orang yang senang

Friday, January 3, 2014

Sifat mulia 11: ALLAH MAHA PENCIPTA



Sifat Mulia 11
Sentiasa mencipta perkara/idea baru
(Inovatif)
Al Khooliq

Sifat sentiasa mencipta perkara/idea/pendekatan baru hasil kurniaan Allah Al Khooliq dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa mencipta perkara/idea baru/pendekatan baru bagi memudahkan urusan manusia, menyelesaikan masalah manusia serta mendekatkan diri kepada Allah.

ü Sentiasa mencipta perkara/idea baru/pendekatan baru bagi menjalankan kerja-kerja amal makruf nahi mungkar.

ü Sentiasa mencipta imaginasi bagi perkara-perkara baru untuk kebaikan manusia

ü Sentiasa berusaha menghasilkan produk baru dari produk-produk lama dan terpakai

ü Sentiasa mencari usaha untuk menjimatkan harga barang, kos operasi dan meningkatkan produktiviti

ü Sentiasa mencari usaha untuk mempercepatkan sesuatu kerja dan meningkatkan kualiti kerja

Monday, December 30, 2013

Sifat Mulia 10: ALLAH AL-MUTAKABBIR



Sifat Mulia 10
Sentiasa Berjiwa Besar
Al Mutakabbir


Sifat sentiasa berjiwa besar hasil kurniaan Allah Al Mutakabbir dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa berjiwa besar untuk memulakan initiatif-initiatif baru bagi kemajuan dan kebaikan masyarakat dan ummah

ü Sanggup berkorban apa sahaja untuk menceburi bidang-bidang baru dalam kehidupan

ü Mempunyai jiwa pemimpin yang ingin memimpin dunia bersama Islam-Iman-Ihsan

ü Sentiasa merendah diri kepada Allah Al-Mutakabbir dan sentiasa mengharapkan pertolonganNya

ü Tidak gentar dengan gelaran-gelaran kebesaran manusia dan yakin gelaran itu semua milik Allah

ü Tidak merasa hebat diri sendiri dan manusia lain kerana yakin seluruh kehebatan adalah milik Allah Al-Mutakabbir

ü Mempunyai yakin diri yang tinggi kerana hidup sentiasa bersama Allah Al-Mutakabbir