~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Wednesday, April 10, 2013

PENGATUR AGENDA TERBAIK!


ALLAH AL-BAARI' (البارئ)
YANG MAHA MENGATUR


Menghayati Al-Baari juga akan melahirkan manusia yang berperancangan, tidak terburu-buru dan tergesa-gesa. Sentiasa merancang untuk kebaikan dan perubahan kearah kebaikan dan                    kecemerlangan, tidak putus asa dan mudah kecewa.

Allah jualah Yang menjadikan langit terangkat tinggi Dengan tiada bertiang sebagaimana Yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa Yang telah ditetapkan. Allah jualah Yang mentadbirkan Segala urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada          pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).  (Surah Ar-Ra’d : 2)

Tuesday, April 2, 2013

Pereka bentuk Terangung!



ALLAH AL-MUSOWWIR (المصور)
YANG PEMBENTUK RUPA MAKHLUK

Allah Al-Musowwir Yang Maha Merekabentuk, merekabentuk alam semesta dan semua             makhluqNya dengan cantik dan sempurna serta     penuh keunikan dan kreatif. Setiap kreativiti       manusia merupakan sifat Allah Al-Musowwir, bukan kehebatan kreativiti dan merekabentuk manusia. Dia mengalirkan sifat Al-Musowwir kepada manusia     sehingga manusia menjadi kreatif dalam             perbuatannya.

Menghayati sifat Al-Musowwir akan melahirkan manusia yang kreatif dalam tindakannya seperti dalam merekabentuk bangunan, mencipta teknik dan kaedah baru yang kreatif dan menghasilkan idea2 baru yang tak pernah difikirkan manusia lain.


Allah Yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu, dan langit sebagai bumbung Yang kukuh binaannya; dan ia membentuk kamu lalu memperelokkan rupa kamu, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda Yang baik lagi     halal. Yang demikian (kekuasaanNya dan             kemurahanNya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. (Surah Al-Mukmin : 64)

 

Wednesday, March 20, 2013

ALLAH Memang MAHA PENGAMPUN..Alhamdulillah..


ALLAH AL-GHOFFAAR (الغفار)
YANG MAHA PENGAMPUN

Allah Al-Ghoffar Yang Maha Pengampun mengampun dosa hambaNya walaupun dosa itu seluas buih di    lautan. Dia mengampunkan kesalahan hambaNya walaupun setiap kali melakukan kesalahan, memohon ampun dan diulangi balik kesalahan dan memohon ampun lagi dan seterusnya. Walau banyak kali         melakukan kesalahan tapi setiap kali melakukan       kesalahan akan memohon ampun dan bertaubat dan              meninggalkan kesalahan tersebut pasti akan         diampunikan oleh Allah Al-Ghoffar

Menghayati sifat Al-Ghoffar akan melahirkan manusia pemaaf yang mudah Memaafkan manusia lain. Hamba Al-Ghoffar akan mudah menerima kelemahan dan    kekurangan orang lain dan bersedia memaafkan       kesalahan dan kelemahan tersebut. Ini akan          membuatkan seseorang tidak mudah putus asa dan merasa rendah diri dalam menjalani kehidupan         seharian.

Wednesday, March 13, 2013

YANG MAHA PERKASA


ALLAH AL-QOHHAAR (القهار)
YANG MAHA PERKASA

Dia yang  menundukkan orang kafir dengan           kejelasan tanda-tanda kebesaranNya, menundukkan para pembangkang Dengan kekuasaanNya,         menjinakkan para pencintaNya sehingga bergembira di hadapan pintu RahmatNya, menundukkan panas dengan dingin, menggabung kering dgn basah,    mengalahkan besi dengan api, memadamkan api dgn air, memberi manusia apa yg tidak diinginkan dan menghalangi nya daripada apa yang diingini ketika manusia    berdegil tidak mematuhi perintah Allah, Allah Al-Qohhar akan menghukum agar manusia kembali ke jalan Allah.

Orang yg Menghayati sifat Al-Qohhar akan aktif, produktif & Inovatif dalam hidupnya, tak pernah menyusahkan orang lain kerana mereka yakin     suntikan vitamin Al-Qohhar dalam jiwa mereka adalah sumber luar biasa bagi mengharungi hidup yang   sukar di dunia ini, dan mereka bertawakkal kepadaNya kerana yakin Allah akan membantu & menolongnya.

Monday, March 11, 2013

ALLAH AL-WAHHAB


ALLAH AL-WAHHAB (الوهاب)
YANG MAHA PEMBERI

Allah Al-Wahhab Maha Memberi apa yang diperlukan oleh manusia tanpa meminta balasan dan seringkali   Allah memberi tanpa manusia meminta.kebaikanNya  tidak putus-putus mengalir kepada manusia. Kadang-kadang pemberianNya dalam bentuk kesusahan/kemiskinan, tetapi kalau itu memberi kebaikan kepada kita, kita kena redha. mungkin kesenangan dan kekayaan akan melalaikan kita, sebab itu dijauhi oleh Allah. Kita hendaklah bersyukur atas setiap              pemberianNya.

Al-Wahhab sebagai vitamin jiwa akan membangkitkan semangat sentiasa ingin memberi kepada orang lain,   termasuk membahagiakan dan menggembirakan orang lain serta mengurangkan derita orang lain. Manusia perlu bekerja keras memajukan Ummah, membantu orang-orang yang susah dan memerlukan. Walau kita dalam keadaan lapang atau sempit, kita perlu memberi apa sahaja yang kita miliki.

Friday, March 8, 2013

YANG MAHA PEMBERI REZEKI



ALLAH AR-ROZZAAQ (الرزاق)
YANG MAHA PEMBERI REZEKI

Allah Ar-Razaq memberi rezekiNya kepada setiap      makhluqNya. Setiap makhluq samada manusia atau      binatang sudah tersedia rezeki masing-masing. Ada rezeki dalam bentuk keperluan duniawi seperti makan-minum, wang ringgit, rumah, kenderaan dan sebagainya. Ada dalam bentuk ukhrawi iaitu ilmu mengenal Allah dan Syurga. Rezeki merupakan ujian daripada Allah. Allah memerintahkan kita menafkahkan sebahagian daripada rezekiNya kepada orang yg memerlukan.
Penghayatan sifat Ar-Razaq akan melahirkan manusia yang bekerja dan berdikari. Manusia yang inovatif, suka membuat perkara-perkara baru dan perubahan dalam   kehidupan tetapi semuanya berlandaskan hukum syariat Allah.Sekiiranya perlu, kita perlu keluar daripada negeri kita mencari rezeki dari seluruh pelusuk dunia. Setiap rezeki yang diterima harus disyukuri setiap masa dan setiap yang hilang harus diredhai juga. Semuanya       pinjaman daripada Allah dan akan diambil kembali oleh Allah dan akan dihisab akan amanah yang diberikan.

Thursday, March 7, 2013

Kunci bagi segala yang tertutup



ALLAH AL-FATTAH (الفتاح)
YANG MAHA MEMBUKA

Allah Al-Fattah membuka setiap yang tertutup. Dia membuka pintu rezeki, pintu penyelesaian segala malasah hidup, membuka pintu kasih sayang yang hati tertutup, membuka minda dan pemikiran yang buntu dan tertutup dan membuka setiap sesuatu yang tertutup yang diperlukan oleh manusia. Dia juga mampu membuka jalan ke arahNya dengan membuka pintu misteri dan keajaiban untuk menusia lebih dekat denganNya dengan membuka pintu hati dan akal.

Kekuatan Al-Fattah yang ada dalam diri manusia mampu menjadikan manusia yang sentiasa berusaha memecah pelbagai kesulitan yang dihadapi. Hamba kepada Al-Fattah mempunyai hati dan fikiran yang jernih yang mampu menerima pandangan orang lain. Potensi ini juga mampu melahirkan orang yang       sentiasa positif kerana yakin Al-Fattah akan sentiasa membuka jalan bagi hamba-hambaNya yang        menyerah diri dan bersandar kepadNya dan tidak    pernah mengenal erti putus asa.