~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, March 11, 2013

ALLAH AL-WAHHAB


ALLAH AL-WAHHAB (الوهاب)
YANG MAHA PEMBERI

Allah Al-Wahhab Maha Memberi apa yang diperlukan oleh manusia tanpa meminta balasan dan seringkali   Allah memberi tanpa manusia meminta.kebaikanNya  tidak putus-putus mengalir kepada manusia. Kadang-kadang pemberianNya dalam bentuk kesusahan/kemiskinan, tetapi kalau itu memberi kebaikan kepada kita, kita kena redha. mungkin kesenangan dan kekayaan akan melalaikan kita, sebab itu dijauhi oleh Allah. Kita hendaklah bersyukur atas setiap              pemberianNya.

Al-Wahhab sebagai vitamin jiwa akan membangkitkan semangat sentiasa ingin memberi kepada orang lain,   termasuk membahagiakan dan menggembirakan orang lain serta mengurangkan derita orang lain. Manusia perlu bekerja keras memajukan Ummah, membantu orang-orang yang susah dan memerlukan. Walau kita dalam keadaan lapang atau sempit, kita perlu memberi apa sahaja yang kita miliki.

Friday, March 8, 2013

YANG MAHA PEMBERI REZEKI



ALLAH AR-ROZZAAQ (الرزاق)
YANG MAHA PEMBERI REZEKI

Allah Ar-Razaq memberi rezekiNya kepada setiap      makhluqNya. Setiap makhluq samada manusia atau      binatang sudah tersedia rezeki masing-masing. Ada rezeki dalam bentuk keperluan duniawi seperti makan-minum, wang ringgit, rumah, kenderaan dan sebagainya. Ada dalam bentuk ukhrawi iaitu ilmu mengenal Allah dan Syurga. Rezeki merupakan ujian daripada Allah. Allah memerintahkan kita menafkahkan sebahagian daripada rezekiNya kepada orang yg memerlukan.
Penghayatan sifat Ar-Razaq akan melahirkan manusia yang bekerja dan berdikari. Manusia yang inovatif, suka membuat perkara-perkara baru dan perubahan dalam   kehidupan tetapi semuanya berlandaskan hukum syariat Allah.Sekiiranya perlu, kita perlu keluar daripada negeri kita mencari rezeki dari seluruh pelusuk dunia. Setiap rezeki yang diterima harus disyukuri setiap masa dan setiap yang hilang harus diredhai juga. Semuanya       pinjaman daripada Allah dan akan diambil kembali oleh Allah dan akan dihisab akan amanah yang diberikan.

Thursday, March 7, 2013

Kunci bagi segala yang tertutup



ALLAH AL-FATTAH (الفتاح)
YANG MAHA MEMBUKA

Allah Al-Fattah membuka setiap yang tertutup. Dia membuka pintu rezeki, pintu penyelesaian segala malasah hidup, membuka pintu kasih sayang yang hati tertutup, membuka minda dan pemikiran yang buntu dan tertutup dan membuka setiap sesuatu yang tertutup yang diperlukan oleh manusia. Dia juga mampu membuka jalan ke arahNya dengan membuka pintu misteri dan keajaiban untuk menusia lebih dekat denganNya dengan membuka pintu hati dan akal.

Kekuatan Al-Fattah yang ada dalam diri manusia mampu menjadikan manusia yang sentiasa berusaha memecah pelbagai kesulitan yang dihadapi. Hamba kepada Al-Fattah mempunyai hati dan fikiran yang jernih yang mampu menerima pandangan orang lain. Potensi ini juga mampu melahirkan orang yang       sentiasa positif kerana yakin Al-Fattah akan sentiasa membuka jalan bagi hamba-hambaNya yang        menyerah diri dan bersandar kepadNya dan tidak    pernah mengenal erti putus asa.

Wednesday, March 6, 2013

Jangan bangga dengan ilmu kita!



ALLAH AL-'ALIIM (العليم)
YANG MAHA MENGETAHUI
Allah Al-‘Alim mengetahui setiap sesuatu yang berlaku, Dia mengetahui perkara-perkara yang ghaib yang di luar jangkauan manusia & Dia mengetahui apa yang akan berlaku. Tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa pengetahuanNya. Ilmu Allah sangat hebat. Kehebatan ilmuNya terserlah dalam kesempurnaan penciptaan makhluqNya. Al-`Alim memberikan ilmuNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Hamba Allah Al-`Alim akan membuka fikirannya untuk dialirkan Ilmu Allah Al-`Alim untuk digunakan bagi kesejahteraan sejagat, rela menimba ilmu daripada Allah melalui makhluq-makhluqNya tanpa merasa dirinya hebat dengan sedikit ilmu yang Allah berikan. IlmuNya juga perlu disebarkan kepada orang lain agar dapat dimanafaatkan bersama.

Orang yang dikurniakan ilmu sewajarnya lebih takut kepada Allah kerana mengetahui kehebatan & sifat-sifatNya. Allah mengarahkan kita mencari ilmuNya   bersungguh-sungguh & tanpa henti. Dalam mencari ilmu, kita harus merenungi, mengkaji, menganalisis dan mengamati serta mengambil pengajaran dari      semua itu & seterusnya sujud kepada Allah apabila    dapat melihat kehebatanNya melalui penciptaanNya.

Tuesday, March 5, 2013

Ketika kita rasa sangat sempit....



ALLAH AL-QOOBIDH (القابض)
YANG MAHA MENYEMPITKAN

Allah Al-Qoobidh mampu menggenggam, menyempitkan, menghalang. Dia mampu menyempitkan rezeki seseorang sekiranya Dia merasakan perlu sebagai peringatan dan hukuman kepada hambaNya. Dia juga mampu      menghalang atau menangguhkan seseorang daripada mendapat sesuatu seperti jawatan, harta, kasih Sayang dan sebagainya. Tetapi setiap ketentuan Allah Al-Qoobidh mempunyai Kebaikan yang seringkali tidak mampu difikirkan oleh manusia dan dia juga menutup dosa hamba-hambaNya dengan menyempitkanNya.

Hamba Allah Al-Qoobidh adalah seorang yang redha atas setiap ketentuanNya dan mengambil pengajaran atas setiap yang berlaku, memohon ampun diatas setiap      kesalahan yang disedarinya. Ketika diuji oleh Allah Al-Qoobidh, haruslah memerah tenaga dan aqal untuk menghadapinya dengan usaha dan tawakkal. Setiap ujian yang diberikan untuk membuktikan nilai seseorang di sisi Allah. Dalam menghadapi ujian Al-Qoobidh, hendaklah redha dan tunjukkan kesenangan dengan ketentuanNya dan memohon pertolonganNya dan mengharapkan       semata-mata dariNya.

Monday, March 4, 2013

ALLAH AL BAASITH



ALLAH AL-BAASITH (الباسط)
YANG MAHA MELAPANGKAN

Allah Al-Baasith mampu melapangkan rezeki             seseorang setelah disempitkanNya. Allah melapangkan rezeki seseorang mengikut keperluannya dan    kesesuaiannya.disebalik kelapangan itu tersirat ujian daripada Allah. Setiap kelapangan harus diiringi    dengan syukur, menafkah sebahagianNya dan alat untuk mendekatkan diri kepadaNya. Hamba Allah Al-Baasith adalah orang yang yakin diri, mempunyai harga diri dan berdikari. Mereka berusaha tanpa henti mengejar cita-cita, cekal dan sabar.

Hamba Al-Baasith suka melapangkan orang lain, memberi apa yang ada padanya demi menolong orang yang memerlukan. Kita harus mentauladani Nabi yang menjadikan hidup dan hartanya diabdikan untuk kepentingan manusia dan keselamatan dunia dan akhirat. Orang yang dilapangkan pangkat dan  kekuasaan menggunakannya untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah hidup. Ingatlah            kelapangan itu adalah amanah yang akan            dipersoalkan.

Wednesday, February 27, 2013

Kenapa kita rasa sedih direndahkan???



ALLAH AL-KHOOFIDH (الخافض)
YANG MAHA MERENDAHKAN

Allah Al-Khoofidh berhak merendahkan atau menghinakan makhluqNya sekiranya Dia     merasakan perlu bagi memberi peringatan kepada      hambaNya yang lalai. Allah juga mampu    menghinakan tempat kembali diakhirat di neraka disebabkan dosa-dosa. Orang yang dipandang hina oleh manusia mungkin dipandang mulia oleh Allah dan sebaliknya.

Manusia harus berhati-hati dalam mempergunakan amanah Allah dalam bentuk kemuliaan seperti harta, pangkat, anak-anak kerana Dia boleh     merendahkan pada bila-bila masa. Dan hamba Al-Khoofidh tidak akan menghina sesama makhluq apatah lagi manusia, terutama orang-orang miskin yang dimuliakan Allah.