~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 19, 2008

Santapan pagi

Wasiat Ibnu Taimiyyah..

-segala pujian bagi Allah tuhan semesta Alam….

Setiap perkara yang tidak di mulai dengan pujian kepada Allah,dia akan terputus(tidak mendapat keberkatan)

-berbudi pekerti yang luhur,

‘bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada,kerjakanlah amalan yang baik

Setiap kali kamu melakukan amalan yang buruk,nescaya amalan yang baik itu akan menghapus amalan yang buruk dan bergaullah sesame manusia yang berperkerti luhur.

-berbudi pekerti yang luhur juga adalah kamu memberi derma kepada yang tidak memberikan kepadamu, dan kamu memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu,serta kamu menyambung sillaturrahim bagi yang telah memutuskan terhadapmu.

-sebaiknya keburukan itu mesti setara dengan keburukan,kerana hal itu lebih kuat untuk menghapuskannya.

-cara kamu ingin menebus dosa dan kesalahan,

Apabila kamu bertaubat dengan bersungguh-sungguh

Apabila kamu beristighfar dan meminta ampun

Apabila kamu insaf dan menghadiri majlis-majlis soleh dan belajar agama dan menuntut ilmu.

Tuesday, November 18, 2008

Doa Keampunan Bagi Hamba yang sentiasa lalai dan leka

Ya Alah ya Affuw Yang Mana Pemaaf, Ya Ghafur Yang Maha Pengampun, Ya Tawwab Yang Maha Menerima Taubat, maafkan, ampuni dan terimalah taubat kami yang sentiasa lalai kepadaMu dan seringkali merasa bangga dengan amalan kami padahal dosa dosa kami bagai lautan tak kami sedari,hanya rahmatMu ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang akan menyelamatkan kami kerana manusia selalu lalai dan lupa kepadaMu sedangkan Engkau tidak pernah lupa, Kau Ya Roqib sentiasa mengawasi kami dan Engkau Ya Muhsyi Yang Maha Menghitung sentiasa menghitung setiap perbuatan kami, janganlah Kau menghukum kami ya Allah Ya Muntaqim Yang Maha Menyiksa kerana siksaanMu terlalu keras dan kami tak akan sanggup menghadapi nerakaMu yang siksaan paling ringan apabila menggelegak otak manusia apabila dipakaikan selipar neraka.

Tundukkan jiwamu kepada Allah sentiasa agar jiwa sentiasa sedar siapa kita dan siapa Allah...

Doa harian Asma Ul Husna

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi, semoga hari ini Ya Alim memberikan kita sedikit lagi ilmuNya, sesungguhnya ilmuNya tidak bertepi...

Doa rintihan 1:
Bangkitlah sahabatku dengan bantuan Ya Ba'its ya Maha Membangkitkan Semangat. Serahkan dirimu untuk diagendakan oleh ya Baari’ yang maha Mengatur agenda manusia. Terangi jiwamu dengan An Nur Allah agar mampu melihat petunjuk dari Ya Haadi yang maha Memberi hidayah dan Petunjuk agar diri sentiasa berada diatas orbit ihsan-iman-islam.

Doa rintihan 2:
Ya Allah Ya Rahman ya Rahim,alirkan rasa kasih sayang sesama kami kerana kami ingin menyintai kebenaran dan berbuat baik di jalanMu,wahai sebaik-baik pemberi ganjaran, berkatilah setiap kebaikan kami sebagai ‘ibadah’, rahmatilah kami semua dengan syurgaMu. Ya Wasi’. Limpahi kami dengan kurniaan Mu yang meluas kemudahan dan kesenangan dunia kerana kami akan meninggikan syiarMu. Makbulkan lah sega doa-doa dan hajat kami, berkati hidup kami semua agar sentiasa dalam ihsan-iman-islam, Jadikanlah amal kami cahaya,di hari pertemuan denganMu Ya Allah. Ya Allah Ya ‘Aliy yang Maha Tinggi, tinggikanlah darjat kami di sisiMu dan kumpulkan kami juga bersama seluruh insan yang kami sayangi bersama kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh AbidMu dan orang-orang yang mendapat kecintaanMu serta pejuangMu. PadaMu kami berserah dan bakal kembali.
Merintihlah, merayulah kepada Dia Ya Sami', sesungguhnya Dia Maha MendengarMu walaupun tiada siapa yang ingin mendengarmu, Dia Ya Sami' akan sentiasa mendampingi hamba-hambaNya yang ingin berbicara denganNya, merayu dan merintih dengan penuh kerendahan hati...

Monday, November 17, 2008

Tips menjadi anak cemerlang (11)


Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk dan tidak mampu mengurus masa..


Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha Perancang, Engkau sesungguhnya adalah Perancang yang terbaik dan sudah pasti Engkau akan membantuku membuat perancangan yang terbaik. Sifat Ya AwalMu sudah pasti akan membantuku menyiapkan kerja tepat pada masanya dan sifatMu Ya Akhir akan pasti akan membantuku ketika aku sudah terlewat dalam melaksanakan kerja-kerjaku. Engkau Ya Mubdi’ Yang Maha Memulakan, sudah pasti akan membantukan membuat permulaan yang terbaik dalam apa-apa saja kerja yang ku lakukan. Engkau Ya Fattah Yang Maha Pembuka, sudah pasti akan membuka jalan-jalan kemudahan bagiku dalam apa sahaja rintangan yang ku tempuhi sepanjang hidup ini.


Friday, November 14, 2008

Tips menjadi anak cemerlang (10)


Ketika Diriku Merasa Buntu, Tidak Pandai dan Kehabisan Idea..


Ya Allah Ya Alim Yang Maha Memiliki Ilmu, ilmuMu terlalu luas tidak bertepi, Engkau pasti akan memberi daku ilmuMu agar daku akan mampu keluar dari kebuntuanku. Engkau Ya Hakim Yang Maha Bijaksana tentu mampu memberiku kebijaksanaan yang tidak ada tolok bandingnya agar daku mampu memikirkan dengan begitu mendalam ilmu yang Engkau kurniakan dan Engkau Ya Rasyid Yang Maha Pandai dan Cerdas, Engkau pasti akan membantuku memproses dan menganalisa ilmu yang Engkau berikan agar daku mampu menghasilkan sesuatu yang terbaik dan Engkau Ya Musowwir Yang Maha Kreatif akan memberikanku keupayaan mencipta sesuatu yang baru dengan sifat kreativitiMu dan Engkau Ya Badi’ Yang Maha Pencipta Keindahan akan memberiku sifat keindahan agar setiap apa yang ku lakukan pasti yang terbaik disisimu dan mampu memberi manafaat kepada manusia.


Thursday, November 13, 2008

Tips menjadi anak cemerlang (9)


Ketika Diriku Merasa Ditinggalkan, Tidak disayangi dan dihargai..


Diriku sedar, Ya Allah Ya Muhaimin, Ya Wadud dan Ya Syakur akan sentiasa memeliharaku, menyayangiku dan menghargaiku walaupun ibubapa, adik beradikku dan rakan-rakanku meninggalkanku dan sudah tidak menyayangi dan menghargaiku. Engkau ya Rahman dan ya Rahim sentiasa akan sentiasa menjagaku dan mencurahkan kasih dan sayangMu kepada diriku melimpah ruah dan tidak ada tolok bandingnya. Engkau Ya Majid Yang Maha Mulia yang akan sentiasa memuliakanku walaupun orang lain menghinaku.


Ya Wadud, curahkanlah sedikit sifat WadudMu, SyakurMu dan MajidMu kepada ibubapaku dan orang-orang di kelilingku agar mereka mampu mencintaiku, menyayangiku dan menghargaiku kerana dengan cinta dan penghargaan dan penghormatan itulah menjadikan kami sentiasa berkasih sayang dan menghormati satu sama lain.

Wednesday, November 12, 2008

Tips Menjadi anak cemerlang (8)



Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya

Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya, diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa, ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya. Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi dan mengabulkan segala permintaanku.


Ketika diriku merasa kesempitan hidup, kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan, diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith yang akan pasti mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin.