~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, December 23, 2013

Sifat mulia 9: ALLAH AL-JABBAR



Sifat Mulia 9
Sentiasa Tegas Menegakkan Kebenaran
Al Jabbar

Sifat sentiasa tegas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan hasil kurniaan Allah Al Jabbar dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Berani menegakkan kebenaran dan keadilan berasaskan kebenaran Islam dalam kehidupan seharian
ü Tidak takut dicemuh apabila terpaksa memperkatakan kebenaran walaupun dibenci oleh orang lain
ü Mampu memaksa diri untuk memperjuangkan kebenaran walaupun nafsu sendiri tidak menyukainya
ü Mampu memaksa diri untuk disiplin yang tinggi bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat


ü Sentiasa tegas dan berani bagi mengelak diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang haram dan syubahat
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan amal ibadah dan amal soleh walaupun nafsu sendiri ingin berehat dan bersantai
ü Mampu memaksa diri untuk melakukan perkara yang sukar demi kejayaan dan kecemerlangan
ü Rela dipaksa untuk sesuatu kebaikan dan usaha demi kejayaan dan kecemerlangan masa depan

Saturday, November 16, 2013

Sifat mulia 8: kurniaan Allah Yang Maha Perkasa



Sifat Mulia 8
Sentiasa perkasa jiwa, emosi dan jasmani
Al ‘Aziz


Sifat sentiasa memperkasa jiwa, emosi dan jasad hasil kurniaan Allah Al ‘Aziz dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa memperkasa jiwa dan emosi dengan kemampuan mengharungi ujian, kegagalan dan kesulitan hidup

ü Sentiasa berkeupayaan untuk menerima kegagalan-kegagalan sebagai langkah-langkah kejayaan

ü Sanggup melalui kehidupan yang sukar demi meraih sebuah kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat

ü Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

ü Rohaninya cukup kuat untuk melakukan ibadah yang berterusan
ü Tidak mudah putus asa dan kecewa dalam mengharungi ujian kehidupan

ü Cepat sembuh sebarang penyakit kerana keperkasaan menerima dan mencari penyembuhan

ü Tidak mudah kalah dengan kata-kata manusia

ü Sentiasa berusaha mencari pelbagai jalan hidup tanpa jemu sekiranya tidak Berjaya

ü Sanggup berhadapan dengan sesiapa sahaja demi untuk mencari kebenaran dan kejayaan

Monday, November 4, 2013

Allah lah sebaik-baik pemelihara: AL MUHAIMIN



Sifat Mulia 7
Sentiasa memelihara hati, fikiran, emosi dan jasad dari kejahatan dan dosa
Al Muhaimin

Sifat sentiasa memelihara hati, fikiran, emosi dan jasad dari kejahatan dan dosa hasil kurniaan Allah Al Muhaimin dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa memelihara hati dan fikiran daripada dosa dan niat-niat kejahatan dan kerosakan

ü Sentiasa memelihara diri dari kejahatan mulut, telinga, tangan, kaki dan anggota tubuh yang lain

ü Sentiasa memelihara harta benda diri sendiri dan orang-orang sekeliling

ü Sentiasa memelihara diri dari bisikan nafsu dan syaitan dengan membanyak mujahadah melawan nafsu

ü Sentiasa memelihara akhlaq dan kata-kata yang baik dengan manusia sekeliling

ü Sentiasa memelihara diri dari kehidupan dunia yang melalaikan dan melekakan

ü Sentiasa memelihara diri dari kejahatan manusia dengan membina sistem-sistem perlindungan dan kawalan

Friday, October 11, 2013

99 SIFAT MULIA: AL-MUKMIN



Sifat Mulia 6
Keamanan Hati, fikiran dan Jasmani
Al Mukmin


Sifat aman di hati dan fikiran yang tidak merasa bahaya dan terancam yang lahir hasil kurniaan Allah Al Mukmin dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa aman hati dan fikiran yang akan menghilangkan rasa bahaya dan terancam

ü Sentiasa yakin bahawa Allah Al-Mukmin sentiasa memberi keamanan kepadanya dalam kehidupannya

ü Rasa aman di hati dan fikiran kerana yakin dengan perlindungan dan keamanan dari Allah Al-Mukmin

ü Sentiasa merasa aman di hati kerana kurniaan rasa keimanan yang tinggi dari Allah Al-Mukmin

ü Sentiasa merasai ketinggian tahap iman sehingga membolehkan seseorang sentiasa mampu melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah

ü Jasmani, harta benda, keluarga dan persekitaran yang sentiasa dipelihara keamanan oleh Allah Al-Mukmin

ü Sentiasa bersedia membantu mewujudkan keamanan dan keimanan kepada orang-orang lain sekeliling kita dengan menjalankan kerja-kerja amal ma’ruf nahi mungkar

ü Sentiasa bersikap jujur, amanah dan bercakap benar dalam segala hal dan keadaan