~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, November 4, 2013

Allah lah sebaik-baik pemelihara: AL MUHAIMIN



Sifat Mulia 7
Sentiasa memelihara hati, fikiran, emosi dan jasad dari kejahatan dan dosa
Al Muhaimin

Sifat sentiasa memelihara hati, fikiran, emosi dan jasad dari kejahatan dan dosa hasil kurniaan Allah Al Muhaimin dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa memelihara hati dan fikiran daripada dosa dan niat-niat kejahatan dan kerosakan

ü Sentiasa memelihara diri dari kejahatan mulut, telinga, tangan, kaki dan anggota tubuh yang lain

ü Sentiasa memelihara harta benda diri sendiri dan orang-orang sekeliling

ü Sentiasa memelihara diri dari bisikan nafsu dan syaitan dengan membanyak mujahadah melawan nafsu

ü Sentiasa memelihara akhlaq dan kata-kata yang baik dengan manusia sekeliling

ü Sentiasa memelihara diri dari kehidupan dunia yang melalaikan dan melekakan

ü Sentiasa memelihara diri dari kejahatan manusia dengan membina sistem-sistem perlindungan dan kawalan

Friday, October 11, 2013

99 SIFAT MULIA: AL-MUKMIN



Sifat Mulia 6
Keamanan Hati, fikiran dan Jasmani
Al Mukmin


Sifat aman di hati dan fikiran yang tidak merasa bahaya dan terancam yang lahir hasil kurniaan Allah Al Mukmin dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa aman hati dan fikiran yang akan menghilangkan rasa bahaya dan terancam

ü Sentiasa yakin bahawa Allah Al-Mukmin sentiasa memberi keamanan kepadanya dalam kehidupannya

ü Rasa aman di hati dan fikiran kerana yakin dengan perlindungan dan keamanan dari Allah Al-Mukmin

ü Sentiasa merasa aman di hati kerana kurniaan rasa keimanan yang tinggi dari Allah Al-Mukmin

ü Sentiasa merasai ketinggian tahap iman sehingga membolehkan seseorang sentiasa mampu melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah

ü Jasmani, harta benda, keluarga dan persekitaran yang sentiasa dipelihara keamanan oleh Allah Al-Mukmin

ü Sentiasa bersedia membantu mewujudkan keamanan dan keimanan kepada orang-orang lain sekeliling kita dengan menjalankan kerja-kerja amal ma’ruf nahi mungkar

ü Sentiasa bersikap jujur, amanah dan bercakap benar dalam segala hal dan keadaan

Wednesday, October 9, 2013

Allah As-Salaam, Penenang hati yang agung



Sifat Mulia 5
Kesejahteraan dan Ketenangan
Hati, Fikiran, Emosi dan Jasad
As Salam

Sifat sejahtera, tenang dan damai dirasai dihati, fikiran, emosi dan jasad yang lahir hasil kurniaan Allah As Salam dan melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa tenang hati dan fikiran yang akan melahirkan seorang yang sentiasa rasional dalam setiap tindakan

ü Sentiasa merasa damai di hati dan fikiran sehingga mampu menikmati kehidupan dengan rasa bahagia tanpa rasa derita

ü Emosi yang sentiasa stabil dan tidak panik ketika dalam kesusahan

ü Badan yang sentiasa sihat yang memberi kemampuan bagi mengerjakan amal ibadat dan amal soleh yang berterusan

ü Hati yang sejahtera dan tenang akan sentiasa ingat kepada Allah dalam apa jua keadaan

ü Emosi yang sejahtera dan tenang akan melahirkan kekuatan menanggung ujian dan kesusahan

ü Fikiran yang sejahtera dan tenang akan melahirkan seorang yang bijak merenung Allah di sebalik alam, makhluq dan peristiwa


ü Sentiasa bersedia memberi rawatan kepada orang-orang sekeliling ketika mereka sakit (samada sakit dihati, fikiran atau jasad)

Friday, September 27, 2013

SIFAT MULIA 4: AL-QUDDUS



Sifat Mulia 4
Suci/Bersih Hati dan Fikiran
Al Quddus

Sifat suci dan bersih hati serta fikiran lahir dari kesucian kurniaan Allah Al Quddus yang melahirkan seorang insan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

ü Sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain

ü Sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan dan kematian

ü Sentiasa berfikiran positif terhada cubaan dan halangan hidup

ü Sentiasa berfikiran postif terhadap kesakitan dan musibah

ü Sentiasa memikirkan hikmah di sebalik ujian dan musibah

ü Sentiasa redha di atas setiap ketentuan Allah

ü Sentiasa memberi peluang kepada setiap orang untuk berubah dan menerima mereka seadanya

ü Sentiasa memberi maaf dan peluang untuk kembali kepangkal jalan
ü Tidak berburuk sangka terhadap sesiapapun

ü Fikiran dan hati yang bersih melahirkan ketenangan pada wajah, perbuatan dan perkataan

ü Yakin bahawa selepas kesusahan pasti ada kemudahan

ü Memikirkan bahawa setiap perbuatan manusia merupakan ujian, ketentuan dan takdir Allah yang memerlukan rasa redha dan syukur.

ü Bebas dari perasaan benci dan dendam serta berburuk sangka