~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Monday, August 19, 2013

DIALAH YANG MAHA PENYAYANG...



ALLAH AR-ROHIIM  (الرحيم)
YANG MAHA PENYAYANG

Allah Ar-Rahim Maha Penyayang. Allah penyayang kepada hambaNya yang beriman. Dengan sayangNya Dia memelihara hamba pilihanNya untuk tetap berada di dalam redhaNya. Sayang Allah akan berakhir dengan balasan    syurga di akhirat.

Sifat Ar-Rahim yang ada pada manus membolehkan manusia mendidik, membimbing untuk membawa manusia lain kepada Allah Ar-Rahim., menegur sekiranya tersilap, memberika perhatian dan sokongan didalam apa yang    diperjuangkan.

Menunjukkan sifat Rahim pada orang yg lalai  melalui teguran dan nasihat  secara lembut dan     bukannya kasar. Orang derhaka dipandang dengan penuh kasih dan bukan dengan pandangan hina.

Tuesday, July 16, 2013

HAYATI RAMADHAN 1



HAKIKAT PUASA ANGGOTA
TUBUH BADAN
*        Puasa LIDAH dari perbuatan2 yang tidak baik
*        Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
*        Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada lidahku agar lidah ini hanya memperkatakan yang benar, membaca kalam2Mu dalam ayat Al Quran, Hadis2 NabiMu, zikir menyebut nama2Mu, membaca kitab2 ulama’Mu, menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran demi meneruskan perjuangan NabiMu
*        Ya Hafiz Ya Muhaimin
*        lindungi lidah ini dari mengumpat mengata, merendah2 orang, menghina orang, memarahi anak2 dan orang sekeliling dan kata2 yang sia2.
*        Ya Quddus Ya Jalil
*        bersihkan lidah ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini, dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah lidah ini lakukan.

*        Puasa MATA dari perbuatan2 yang tidak baik
*        Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
*        Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada mataku agar mata ini hanya memandang yang benar
*        Ya Hafiz Ya Muhaimin
*        lindungi mata ini dari lihat perkara2 yang haram dari TV, internet, hp, iklan dan pandangan yang sia2.
*        Ya Quddus Ya Jalil
*        bersihkan mata ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini, dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah mata ini lakukan.

Puasa TELINGA dari perbuatan2 yang tidak baik
*        Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
*        Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada telingaku agar telinga ini hanya mendengar yang benar, mendengar kalam2Mu, zikir2 nama2Mu dan nasihat ulama2Mu.
*        Ya Hafiz Ya Muhaimin
*        lindungi telinga ini dari mendengar umpat keji, kata2 nista dan fitnah, lagu2 yang melalaikan dan haram dari TV, internet, hp, iklan dan pendengaran yang sia2.
*        Ya Quddus Ya Jalil
*        bersihkan telinga ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini, dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah telinga ini lakukan.

Puasa TANGAN dari perbuatan2 yang tidak baik
*        Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
*        Pancarkan cahaya kebenaranMu kepada tanganku agar tangan ini sentiasa melakukan yang benar, menghulur bantuan kepada anak yatim, fakir miskin, orang sakit dan orang yg memerlukan
*        Ya Hafiz Ya Muhaimin
*        lindungi tangan ini dari suka memukul anak2 tanpa sebab, suka mengambil hak orang lain, menaip mesej2 yang tidak baik dan sia-sia dan melakukan perkara2 haram
*        Ya Quddus Ya Jalil
*        bersihkan tangan ini dari dosa2 yang ianya lakukan selama ini, dan padamlah catitan2 kejahatan yang pernah tangan ini lakukan.

Tuesday, July 9, 2013

DIALAH PEMILIK SEGALANYA...

ALLAH AL-MALIK (الملك)
YANG MAHA BERKUASA

Allah Al-Malik Yang Maha Memiliki. Dia memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak. Dan Dia memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak-anak kita, suami/isteri kita. Dia boleh memberi dan mengambil apa sahaja daripada manusia pada bila-bila masa.Tiada siapa yang mampu menghalang        sekiranya Allah Al-Malik ingin memberi atau mengambil, Setiap pemberian adalah amanah dan pinjaman dan akan ditanyai semuanya.

Menghayati sifat Al-Malik membuatkan seseorang sedar   dirinya bukan pemilik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan Allah dan menjaga anugerah Allah sebaik mungkin. Tidak ada seorang pun yang dapat mendakwa diri sebagai penguasa tertinggi. Tugas pemerintah mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara-saudaranya.


Tuesday, July 2, 2013

PENYUCIAN SEGALANYA...



ALLAH AL-QUDDUUS (القدوس)
YANG MAHA SUCI

Al-Quddus bererti Allah suci, bersih atau sempurna dari segala kesalahan, kecacatan atau kekurangan.          Penciptaan langit dan bumi membuktikan                 kesempurnaan penciptaanNya dan kekuasaanNya. Al-Quddus juga membawa makna mempunyai pekerti yang sangat     mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian.

Penghayatan Al-Quddus dalam diri dengan     menyucikan jiwa daripada sembahan-sembahan lain daripada Allah (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, kata-kata manusia).      Menyucikan jiwa daripada penyakit-penyakit hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dan lain-lain). Dan sucikan hidup daripada dosa dan noda. Sucikan   mulut, telinga, mata,       anggota tubuh dan sebagainya.

Thursday, June 27, 2013

PENYEMBUH UNIVERSAL: ALLAH AS-SALAAM...



ALLAH AS-SALAM  (السلام)
YANG MAHA SEJAHTERA

As-Salam bererti Yang Maha sejahtera, tenang,    menyelamatkan, damai. Dia yang memberi            kesejahteraan, ketenangan, keselamatan dan         kedamaian kepada manusia. Dia memberi              kesejahteraan jiwa, pemikiran, emosi dan tubuh badan.    Untuk mendapat kesejahteraan dari As-Salam, hendaklah mendekatkan diri denganNya dengan melakukan ketaatan dan ibadah sunat.

Penghayatan kepada As-Salam melahirkan manusia yang mengorbankan diri bagi kesejahteraan dan    keselamatan orang lain dengan membantu mengikut kemampuan, memberi ketenangan melalui            motivasi, nasihat dan pandangan. Menjaga            kesejahteraan badan dengan mengikut sunnah nabi (makan, tidur,bermuamalat dan lain-lain).

Saturday, June 22, 2013

KENALI ALLAH AL-MU'MIN



ALLAH AL-MU'MIN (المؤمن)
YANG MAHA MENGAMANKAN

Al-Mukmin memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani, dibebaskan dari rasa takut dan bimbang. Allah menjaga keamanan kehidupan manusia dan Dia juga mampu memberikan bahaya dan ancaman (Ad-Dharr). Ia juga membawa Untuk mendapat keamanan dari Al-Mukmin, hendaklah beriman kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, hari akhirat, qada’ dan qadar.

Penghayatan kepada Al-Mu’min adalah seseorang harus ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan demi kerana Allah, bersemangat dan tidak putus asa, tidak takut Menghadapi cabaran kehidupan kerana berdamping dengan Allah Al-Mu’min

Friday, June 14, 2013

PEMELIHARA YANG ABADI



ALLAH AL-MUHAIMIN (المهيمن)
YANG MAHA MEMELIHARA

Allah Al-Muhaimin Yang Maha Memelihara. Dia memelihara hidup manusia daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada  tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta memelihara hamba-hamba yang beriman daripada api neraka. Menghayati sifat Al-muhaimin akan menjadikan seseorang cuba sedaya upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan akhirat. Memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan kerja-kerja da’wah.

Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah daripada bencana dunia dan akhirat, makhluq tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan izin Allah Al-Muhaimin. Manusia harus bergantung     penuh kepada Allah Al-Muhaimin demi kesejahteraan dunia dan akhirat.