~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Tuesday, July 9, 2013

DIALAH PEMILIK SEGALANYA...

ALLAH AL-MALIK (الملك)
YANG MAHA BERKUASA

Allah Al-Malik Yang Maha Memiliki. Dia memiliki seluruh isi langit dan bumi secara mutlak. Dan Dia memiliki diri kita, tubuh badan kita, anak-anak kita, suami/isteri kita. Dia boleh memberi dan mengambil apa sahaja daripada manusia pada bila-bila masa.Tiada siapa yang mampu menghalang        sekiranya Allah Al-Malik ingin memberi atau mengambil, Setiap pemberian adalah amanah dan pinjaman dan akan ditanyai semuanya.

Menghayati sifat Al-Malik membuatkan seseorang sedar   dirinya bukan pemilik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan setiap amanah yang diberikan Allah dan menjaga anugerah Allah sebaik mungkin. Tidak ada seorang pun yang dapat mendakwa diri sebagai penguasa tertinggi. Tugas pemerintah mewujudkan rasa aman, damai, sejahtera dan bahagia kepada saudara-saudaranya.


Tuesday, July 2, 2013

PENYUCIAN SEGALANYA...



ALLAH AL-QUDDUUS (القدوس)
YANG MAHA SUCI

Al-Quddus bererti Allah suci, bersih atau sempurna dari segala kesalahan, kecacatan atau kekurangan.          Penciptaan langit dan bumi membuktikan                 kesempurnaan penciptaanNya dan kekuasaanNya. Al-Quddus juga membawa makna mempunyai pekerti yang sangat     mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian.

Penghayatan Al-Quddus dalam diri dengan     menyucikan jiwa daripada sembahan-sembahan lain daripada Allah (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, kata-kata manusia).      Menyucikan jiwa daripada penyakit-penyakit hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dan lain-lain). Dan sucikan hidup daripada dosa dan noda. Sucikan   mulut, telinga, mata,       anggota tubuh dan sebagainya.

Thursday, June 27, 2013

PENYEMBUH UNIVERSAL: ALLAH AS-SALAAM...



ALLAH AS-SALAM  (السلام)
YANG MAHA SEJAHTERA

As-Salam bererti Yang Maha sejahtera, tenang,    menyelamatkan, damai. Dia yang memberi            kesejahteraan, ketenangan, keselamatan dan         kedamaian kepada manusia. Dia memberi              kesejahteraan jiwa, pemikiran, emosi dan tubuh badan.    Untuk mendapat kesejahteraan dari As-Salam, hendaklah mendekatkan diri denganNya dengan melakukan ketaatan dan ibadah sunat.

Penghayatan kepada As-Salam melahirkan manusia yang mengorbankan diri bagi kesejahteraan dan    keselamatan orang lain dengan membantu mengikut kemampuan, memberi ketenangan melalui            motivasi, nasihat dan pandangan. Menjaga            kesejahteraan badan dengan mengikut sunnah nabi (makan, tidur,bermuamalat dan lain-lain).

Saturday, June 22, 2013

KENALI ALLAH AL-MU'MIN



ALLAH AL-MU'MIN (المؤمن)
YANG MAHA MENGAMANKAN

Al-Mukmin memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani, dibebaskan dari rasa takut dan bimbang. Allah menjaga keamanan kehidupan manusia dan Dia juga mampu memberikan bahaya dan ancaman (Ad-Dharr). Ia juga membawa Untuk mendapat keamanan dari Al-Mukmin, hendaklah beriman kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, hari akhirat, qada’ dan qadar.

Penghayatan kepada Al-Mu’min adalah seseorang harus ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan demi kerana Allah, bersemangat dan tidak putus asa, tidak takut Menghadapi cabaran kehidupan kerana berdamping dengan Allah Al-Mu’min

Friday, June 14, 2013

PEMELIHARA YANG ABADI



ALLAH AL-MUHAIMIN (المهيمن)
YANG MAHA MEMELIHARA

Allah Al-Muhaimin Yang Maha Memelihara. Dia memelihara hidup manusia daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada  tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta memelihara hamba-hamba yang beriman daripada api neraka. Menghayati sifat Al-muhaimin akan menjadikan seseorang cuba sedaya upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan akhirat. Memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan kerja-kerja da’wah.

Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah daripada bencana dunia dan akhirat, makhluq tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan izin Allah Al-Muhaimin. Manusia harus bergantung     penuh kepada Allah Al-Muhaimin demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Thursday, May 16, 2013

HANYA ALLAH PALING PERKASA!!



ALLAH AL-'AZIIZ (العزيز)
YANG MAHA PERKASA

Allah Al-Aziz Yang Maha Perkasa. Dia lebih perkasa daripada seluruh makhluq di dunia ini. KeperkasaanNya dapat dilihat dalam penciptaan langit dan bumi serta makhluqNya. Dia perkasa dalam menguasai setiap  makhluqNya seperti matahari, bulan, bintang, binatang gunung serta manusia. Seluruh keperkasaan makhluqNya samada manusia, binatang dan sebagainya adalah keperkasaanNya.

Dia juga mampu memperkasakan jiwa manusia agar cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Menghayati sifat Al-Aziz akan melahirkan manusia yang kuat semangat dalam mengharungi kehidupan,    tidak mudah putus asa ketika kecewa dan berusaha    bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dan  kecemerlangan. 15 dugaan hidup. Dia yakin semakin diuji semakin cinta Allah kepadanya dan dia akan redha dan sabar atas ujian itu.

Wednesday, May 15, 2013

ALLAH AL-JABBAR



ALLAH AJ-JABBAAR (الجبار)
YANG KEHENDAKNYA TAK DAPAT DIINGKARI

Allah Aj-Jabbar  Yang Maha Memaksa yang          kehendakNya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. PemaksaanNya tanda kasihsayangNya kepada hamba-hamba pilihanNya kerana manusia sering lupa dan lalai. Hanya dengan pemaksaan dan       kehendakNya manusia akan ingat kepada Allah ketika diri lalai.

Menghayati Aj-Jabbar  akan menjadikan manusia syukur dan redha atas setiap kehendakNya dan     pemaksaanNya kerana kehendak Allah itu tanda kasihsayangNya dan kerana ingin menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kemurkaan    Allah. Seringkali manusia disempitkan rezekiNya atau diberikan ujian kesakitan dan kehinaan kerana ingin manusia ingat dan insaf setiap kesalahannya dan kembali ke jalan yang benar.