~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Thursday, June 27, 2013

PENYEMBUH UNIVERSAL: ALLAH AS-SALAAM...



ALLAH AS-SALAM  (السلام)
YANG MAHA SEJAHTERA

As-Salam bererti Yang Maha sejahtera, tenang,    menyelamatkan, damai. Dia yang memberi            kesejahteraan, ketenangan, keselamatan dan         kedamaian kepada manusia. Dia memberi              kesejahteraan jiwa, pemikiran, emosi dan tubuh badan.    Untuk mendapat kesejahteraan dari As-Salam, hendaklah mendekatkan diri denganNya dengan melakukan ketaatan dan ibadah sunat.

Penghayatan kepada As-Salam melahirkan manusia yang mengorbankan diri bagi kesejahteraan dan    keselamatan orang lain dengan membantu mengikut kemampuan, memberi ketenangan melalui            motivasi, nasihat dan pandangan. Menjaga            kesejahteraan badan dengan mengikut sunnah nabi (makan, tidur,bermuamalat dan lain-lain).

Saturday, June 22, 2013

KENALI ALLAH AL-MU'MIN



ALLAH AL-MU'MIN (المؤمن)
YANG MAHA MENGAMANKAN

Al-Mukmin memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani, dibebaskan dari rasa takut dan bimbang. Allah menjaga keamanan kehidupan manusia dan Dia juga mampu memberikan bahaya dan ancaman (Ad-Dharr). Ia juga membawa Untuk mendapat keamanan dari Al-Mukmin, hendaklah beriman kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, hari akhirat, qada’ dan qadar.

Penghayatan kepada Al-Mu’min adalah seseorang harus ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan demi kerana Allah, bersemangat dan tidak putus asa, tidak takut Menghadapi cabaran kehidupan kerana berdamping dengan Allah Al-Mu’min

Friday, June 14, 2013

PEMELIHARA YANG ABADI



ALLAH AL-MUHAIMIN (المهيمن)
YANG MAHA MEMELIHARA

Allah Al-Muhaimin Yang Maha Memelihara. Dia memelihara hidup manusia daripada bahaya dan bencana. Dia memelihara manusia daripada  tergelincir dari jalan kebenaran dan daripada mengikut bisikan syaitan serta memelihara hamba-hamba yang beriman daripada api neraka. Menghayati sifat Al-muhaimin akan menjadikan seseorang cuba sedaya upaya memelihara kesejahteraan manusia lain agar manusia selamat dunia dan akhirat. Memelihara manusia lain daripada terpesong dari kebenaran dengan kerja-kerja da’wah.

Manusia harus memohon pemeliharaan daripada Allah daripada bencana dunia dan akhirat, makhluq tidak mampu memelihara melainkan dengan pertolongan dan izin Allah Al-Muhaimin. Manusia harus bergantung     penuh kepada Allah Al-Muhaimin demi kesejahteraan dunia dan akhirat.

Thursday, May 16, 2013

HANYA ALLAH PALING PERKASA!!



ALLAH AL-'AZIIZ (العزيز)
YANG MAHA PERKASA

Allah Al-Aziz Yang Maha Perkasa. Dia lebih perkasa daripada seluruh makhluq di dunia ini. KeperkasaanNya dapat dilihat dalam penciptaan langit dan bumi serta makhluqNya. Dia perkasa dalam menguasai setiap  makhluqNya seperti matahari, bulan, bintang, binatang gunung serta manusia. Seluruh keperkasaan makhluqNya samada manusia, binatang dan sebagainya adalah keperkasaanNya.

Dia juga mampu memperkasakan jiwa manusia agar cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Menghayati sifat Al-Aziz akan melahirkan manusia yang kuat semangat dalam mengharungi kehidupan,    tidak mudah putus asa ketika kecewa dan berusaha    bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dan  kecemerlangan. 15 dugaan hidup. Dia yakin semakin diuji semakin cinta Allah kepadanya dan dia akan redha dan sabar atas ujian itu.

Wednesday, May 15, 2013

ALLAH AL-JABBAR



ALLAH AJ-JABBAAR (الجبار)
YANG KEHENDAKNYA TAK DAPAT DIINGKARI

Allah Aj-Jabbar  Yang Maha Memaksa yang          kehendakNya tidak dapat diingkari oleh sesiapa pun. PemaksaanNya tanda kasihsayangNya kepada hamba-hamba pilihanNya kerana manusia sering lupa dan lalai. Hanya dengan pemaksaan dan       kehendakNya manusia akan ingat kepada Allah ketika diri lalai.

Menghayati Aj-Jabbar  akan menjadikan manusia syukur dan redha atas setiap kehendakNya dan     pemaksaanNya kerana kehendak Allah itu tanda kasihsayangNya dan kerana ingin menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kemurkaan    Allah. Seringkali manusia disempitkan rezekiNya atau diberikan ujian kesakitan dan kehinaan kerana ingin manusia ingat dan insaf setiap kesalahannya dan kembali ke jalan yang benar.

Thursday, May 2, 2013

KITA ADA ALLAH YANG MAHA BESAR

ALLAH AL-MUTAKABBIR (المتكبر)
YANG MEMILIKI KEBESARAN

Allah Al-Mutakabbir Yang Maha Memiliki Kebesaran,  seluruh kebesaran di atas dunia ini adalah milikNya seperti gelaran kemuliaan dan jawatan. KebesaranNYa juga membawa erti Dia zat yang Maha Besar yang     kebesaranNya meliputi kebesaran alam ini. Manusia dan alam semesta sangat kerdil berbanding dengan           kebesaran Allah.

Menghayati Al-Mutakabbir akan menjadikan manusia sedar akan kekerdilan diri, tidak menyombong diri,     sentiasa merendah diri dan menginsafi diri. Hamba      Al-Mutakabbir akan bergantung penuh kepada Allah dalam setiap yang dilakukan dengan menyedari akan kedhaifan dan kekurangan diri. Hamba Al-Mutakabbir juga menggunakan kebesaran Allah untuk mencapai   kemuliaan dan keyakinan diri dalam kehidupan dalam menjalankan tugas penghambaan dan khalifatullah di dunia ini.


Wednesday, May 1, 2013

ALLAH AL-KHOOLIQ



ALLAH AL-KHOOLIQ (الخالق)
YANG MAHA PENCIPTA

Allah Al-Khooliq Yang Maha Pencipta menciptakan alam semesta ini serta seluruh isi langit dan bumi tanpa    bantuan sesiapa. Dia pencipta dan pemilik mutlak ke atas segalanya. PenciptaanNya sangat sempurna, indah dan harmoni. Manusia adalah ciptaan Allah dan sebagai pencipta, Allah mengetahui keperluan manusia dan mengatur segala keperluan manusia di atas dunia ini.Untuk mencapai kesempurnaan penciptaan Ya Kholiq, manusia harus kembali kepada fitrah kesempurnaan  ciptaan yang dialirkan dengan sifat2 Allah yang Maha Hebat.

Penghayatan kepada sifat Al-Kholiq akan menjadikan manusia suka mencipta perkara dan idea baru, sentiasa membuat perubahan kearah kebaikan dan memikirkan teknik dan kaedah baru yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain.Mereka tidak mengenal putus asa dan kecewa kerana bergantung penuh dengan Allah            Al-Kholiq, 



(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan         semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah    Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran: 191)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada)   kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia         biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis           binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah)     terapung-apung di antara langit Dengan bumi;     Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah              kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran.  (Al-Baqarah: 164)