~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Saturday, December 26, 2009

MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA MELALUI PENGHAYATAN ASMA’UL HUSNA (4)


HATI YANG BERSIH DAN SUCI MAMPU MENJANA KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Wanita yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya semua manusia ingin melakukan kebaikan kerana sememangnya kita dilahirkan dengan fitrah yang baik dan bersih.


Namun, kita menghadapi kehidupan yang penuh ujian kerana iman, cinta dan kasih kepada Allah s.w.t. itu harus dibuktikan Oleh itu sekiranya jiwa dikotori dengan dosa dan kemungkaran, mohonlah keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun dan Menerima Taubat.

Dalam mengharungi bahtera rumahtangga, hati yang bersih dan suci sangat perlu bagi melahirkan suasana positif, kasih sayang, menghargai dan menghormati antara ahli keluarga. Apabila hati kotor, maka kita akan berprasangka negative kepada suami dan anak-anak, maka akan timbullah syak wasangka dan bibit kebencian sesame ahli keluarga. Diantara tips untuk menjadikan hati yang bersih dan suci ialah:

1) Berprasangka positif

Hati yang bersih akan menjadikan kita mampu memikirkan kebaikan kepada suami dan anak-anak. Walaupun seringkali datang bisikan syaitan yang sering membisikkan perkara negatif terhadap suami dan anak-anak, tetapi tolaklah dengan memikirkan kebaikan mereka. Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan masalah yang sedang mereka hadapi dan bertanyalah dengan penuh kasihsayang dan kata-kata yang lembut agar kita mampu membantu mereka. Janganlah mudah membuat andaian-andaian tanpa berbincang dan usul periksa kerana prasangka buruk itu sesungguhnya daripada syaitan dan hawa nafsu.


2) Menerima kelemahan seorang manusia sebagai hamba yang tidak sempurna dan memaafkan kesalahan

Sifat insan itu tidak sempurna, yang sempurna itu hanyalah Allah Ya Quddus Yang Maha Suci yang menjadikan sesuatu dengan penuh kesempurnaan. Insan itu lemah dan sering melakukan dosa dan kesalahan dan kekuatan itu hanyalah milik Allah.


Oleh itu manusia semua perlu bergantunglah kepada kekuatan dan pertolongan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Kuat (Ya Qowiy) dan Maha Memberi Pertolongan (Ya Wahhab). Apabila manusia tidak bergantung kepada Allah, maka akan terserlahlah kelemahan manusia, maka berilah peringatan kepada suami dan anak-anak kita untuk memohon ampun dan maaf serta bertaubat diatas kesilapan yang dilakukan dan nasihatilah mereka untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. InsyaAllah dengan hati yang bersih ini, kita mampu member peringatan yang baik untuk suami dan anak-anak dan mereka akan menerimanya dengan baik.

3) Percaya dan yakin manusia boleh dibimbing dengan bantuan Allah s.w.t.

Sesungguhnya Allah Maha Memberi Petunjuk (Ya Haadi) kepada hambaNya yang sering melakukan kesalahan. Oleh itu mohonlah bimbingan dan petunjukNya agar dibimbing suami dan anak-anak kita ke jalan yang lurus dan yakinlah bahawa mereka mampu dibimbing dan diberi petunjuk oleh Allah. Serahlah kepada Allah untuk membimbing mereka, kerana hanya Allah sahaja yang mampu member petunjuk dan bimbingan, kita hanya memberikan nasihat semata-mata.


4) Fikirkan kebaikan yang banyak yang telah dilakukan oleh suami

Hati yang bersih juga adalah hati yang sentiasa merenungi dan ingat akan kebaikan-kebaikan yang banyak dan sudah sekian lama diberikan oleh suami atau anak-anak. Manusia sering lupa akan kebaikan sesama manusia apabila hati sedang marah atau sesuatu hajat tidak dapat ditunaikan. Syaitan akan mendekati seseorang ketika dia marah. Oleh itu disamping cuba sedaya upaya untuk mengatasi marah, seorang isteri dan ibu harus banyak berfikir tentang kebaikan dan jasa mereka terhadap kita. Suami juga banyak jasa dan kebaikan menjaga kita, memberikan nafkah dan cinta kasihsayang kepada kita selama ini. Begitu juga anak-anak, pandanglah kebaikan dan kekuatan potensi dirinya dan pupuk potensi itu. Janganlah hanya menunding jari kepada kelemahan-kelemahan mereka sahaja. Mereka juga ingin dihargai dan dihormati. Kesilapan dan kelemahan adalah proses pembelajaran kepada anak-anak dan perlukan nasihat dan bimbingan ibu dan bapa.

InsyaAllah dengan membersihkan hati dan jiwa, seseorang wanita mampu mengharungi ombak dan gelombang rumahtangga dengan penuh ketenangan dan ketabahan dan akhirnya lahirlah keluarga yang mempunyai jiwa yang tenang dan bahagia.

Saturday, December 19, 2009

MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA MELALUI PENGHAYATAN ASMA’UL HUSNA (3)


HIDUP UNTUK MENJALANKAN AMANAH ALLAH – MERASAI SEMUANYA MILIK ALLAH

Wanita yang dikasihi dan dihormati,

Cabaran kehidupan hari ini yang terlalu mementingkan material sebagai survival kehidupan secara tidak langsung mewujudkan suasana cintakan dunia dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah orang lain. Keperluan hidup yang berteraskan kepada kemewahan dunia telah memerangkap manusia ke dalam penyakit cinta dunia dan lupa peringat Allah tentang hakikat dunia.

Kecintaan kepada dunia melupakan manusia bahawa setiap pemberian Allah adalah amanah dan ujian samada ianya berbentuk harta, pangkat, wang ringgit, anak-anak, suami, rumah, kenderaan, perhiasan, barang kemas hatta tubuh badan seluruhnya. Manusia sering merasai semua nikmat yang mereka kecapi adalah hasil daripada kehebatannya dan usahanya semata-mata. Tetapi sesungguhnya setiap apa yang ada pada kita adalah kepunyaan Allah Ya Malik, Yang Maha Memiliki.


Dengan merenungi dan merasai semua yang ada pada kita adalah milik Allah Ya Malik dan Dia memberikan sebagai amanah dan ujian, sudah tentulah kita akan menjaga amanah ini dengan baik sebelum diambil kembali oleh tuannya iaitu Allah s.w.t. Dan setiap jiwa akan ditanyai akan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Oleh itu marilah kita sebagai seorang wanita merenungi akan amanah-amanah ini. Diantaranya ialah:

1) Suami – suami merupakan amanah dan milik Allah kepada seorang isteri. Suami perlu diberikan hak-haknya, dijagai harta bendanya, maruah dan nama baiknya serta anak-anaknya. Menjaga amanah ini menuntut kita taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syara’. Binalah keluarga bahagia bersama suami dengan memperingatkannya tentang Allah, tujuan kita hidup diatas dunia ini, Islam dan Iman sebagai landasan hidup manusia.Suami juga adalah amanah Allah untuk bersama-sama melahirkan zuriat yang diciptakan oleh Allah Ya Kholiq Yang Maha Mencipta. Dan isteri juga harus menyedari suami itu milik Allah Ya Malik, bukanlah miliknya. Oleh itu hendaklah redha ketika Allah mengambil suami daripada kita samada melalui kematian, perceraian dan sebagainya.

2) Anak-anak – anak-anak merupakan amanah Allah yang akan dipersoalkan oleh Allah tentang pendidikannya dan agamanya. Adakah kita memperkenalkan Allah, Islam, Iman, matlamat kehidupannya didunia ini kepada anak-anak kita. Adakah kita membimbing anak-anak kita menjadi hamba kepada Allah, atau membiarkannya menjadi hamba kepada hawa nafsu dan dunia. Dan seorang ibu harus menyedari bahawa anak-anaknya bukan miliknya tetapi milik Allah Ya Malik Yang Maha Memiliki. Kita harus redha ketika dia mengambil anak-anak kita melalui kematian dan sebagainya.

3) Tubuh-badan – tubuh badan adalah amanah Allah s.w.t. yang akan ditanya apakah yang kita lakukan dengan aqal, penglihatan, pendengaran, tangan dan kaki. Adakah aqal dan penglihatan digunakan untuk merenungi ciptaan dan kehebatan Allah dalam mengatur ala mini? Adakah pendengaran kita gunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah serta menghayatinya? Adakah tangan dan kaki digunakan untuk beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh? Ataukah semuanya digunakan untuk melanggar perintah Allah, mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan. Gunakan sebaik mungkin tubuh badan yang dikurniakan sebelum Allah Ya Malik mengambilnya kembali.

Oleh itu wanita yang dikasihi sekalian, renungilah apa sahaja yang kita miliki dan syukurilah semua pemberian Allah itu dan sentiasa ingat bahawa semuanya itu milik Allah Ya Malik dan pasti akan diambil kembali olehNya, dan tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin agar kita terselamat di hari akhirat ketika tiada siapa yang mampu menyelamatkan kita melainkan Allah s.w.t.

Thursday, December 17, 2009

MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA MELALUI PENGHAYATAN ASMA’UL HUSNA (2)



2) Tips Mengalirkan Kasihsayang kepada anak-anak

Fitrah anak-anak perlukan kasihsayang, daripada bayi yang baru dilahirkan hinggalah kepada anak-anak yang dewasa. Seorang ibu yang bijak harus membahagikan masa dengan seimbang untuk mengalirkan kasihsayang kepada anak-anak samada yang kecil atau yang sudah meningkat dewasa. Anak-anak kecil lebih memerlukan sentuhan fizikal sedangkan anak yang besar memerlukan sentuhan rohani dan minda. Seorang ibu harus meluangkan masa bermain-main dengan anak-anak kecil dan bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, banyak masa perlu diluangkan untuk memberikan nasihat dan pendapat, bertukar-tukar fikiran, menunjukkan jalan keluar kepada masalah mereka dan seterusnya membantu dan membimbing mereka dalam segala masalah hidup mereka. Tugas penting seorang ibu adalah mengajarkan kepada anaknya tentang Allah s.w.t. Contoh nasihat Luqman kepada anaknya:



3) Tips Bermohon kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim (Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)
Sesungguhnya Allahlah sumber kasihsayang yang terdapat pada manusia. Allah Ya Rahman Ya Rahim mampu mengalirkan kasihsayang antara ahli keluarga. Firman Allah s.w.t:

Diantara permohonan yang boleh diajukan kepada Allah untuk mendapatkan kasihsayang ialah:
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alirkan kasihsayangMu buat kami sekeluarga agar dengan kasihsayangMu kami mampu hormati menghormati, nasihat menasihati, bantu membantu, harga menghargai, bertolak ansur dan tolong menolong sesama kami. Sesungguhnya kasihsayang itu milikMu dan Engkau berhak menanamkannya kedalam hati sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Penutup


Semoga dengan beberapa tips diatas, dapat memberikan sedikit panduan kepada wanita Malaysia dalam menghadapi kemelut masalah social hari ini yang dilanda dengan masalah perceraian dan gejala sosial di kalangan anak-anak.

Wednesday, December 16, 2009

MEWUJUDKAN KEBAHAGIAAN KELUARGA MELALUI PENGHAYATAN ASMA’UL HUSNA (1)

CINTA DAN KASIH SAYANG VITAMIN JIWA - KEPERLUAN KEPADA KEHIDUPAN BERKELUARGA

Wanita Yang Dikasihi sekalian,

Kehidupan masa kini secara tanpa disedari telah merubah fungsi dan struktur rumahtangga sehingga seringkali rumahtangga menjadi tempat yang membosankan dimana anak-anak sering merasa kekosongan dan kesunyian. Begitu juga suami, seringkali ditinggalkan isteri tanpa teman disini. Tidak kurang juga isteri, sering keseorangan dan kesepian ketika suami sibuk mencari rezeki. Suasana yang meletakkan kepentingan material dalam kehidupan sebagai kepentingan utama telah mewujudkan sebuah rumahtangga yang kekeringan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, maka jiwa akan sakit dan lemah dan mencari-cari vitamin untuk menguatkan jiwa. Maka wujudlah keadaan dimana anak-anak mencari kawan-kawan untuk melepaskan kesunyian dan kekosongan jiwa. Suami mencari wanita lain yang boleh memberikan perhatian dan kasihsayang buatnya dan begitu juga isteri, senang bersama lelaki lain yang sering menceriakannya dan mengambil tahu masalah hidupnya. Oleh itu untuk mengembalikan fungsi rumahtangga sebagai tempat dialirkan cinta dan kasihsayang sesama ahli keluarga, maka kita seharusnya merenungi akan peranan kita masing-masing dan cuba sedaya upaya melaksanakan tugas mengalirkan kasihsayang ini. Diantara Tips yang boleh digunakan oleh seorang isteri adalah seperti berikut:

1) Jadilah Penyenang Hati Suami dengan Membajai Hubungan Cinta

Cinta merupakan keperluan kepada fitrah manusia berumah tangga. Ianya mesti dipupuk, dibelai dan dibaja. Kehidupan suami isteri tanpa cinta ibarat tanah yang kering kontang dan akhirnya menyakitkan jiwa. Cinta biasanya dipupuk dengan menzahirkan tingkah laku yang menyenangkan dan mententeramkan hati suami. Firman Allah s.w.t:

Diantaranya cara menjadi penenang hati suami ialah memberikan perhatian ketika diperlukan, melayan dengan penuh ikhlas dan ceria, menjadi teman berbicara, menjadi tempat meluahkan perasaan dan masalah dan membantu suami ketika diperlukan. Allah juga mengurniakan satu mekanisma membaja cinta suami isteri dengan hubungan intim. Suami dan isteri harus menggunakan hubungan ini untuk membajai rasa cinta dan kasihsayang. Penampilan dan kecantikan akhlaq dan fizikal harus dijaga oleh seorang isteri bagi merangsang suami untuk melaksanakan amanah Allah ini.

2) Tips Mengalirkan Kasihsayang kepada anak-anak

Fitrah anak-anak perlukan kasihsayang, daripada bayi yang baru dilahirkan hinggalah kepada anak-anak yang dewasa. Seorang ibu yang bijak harus membahagikan masa dengan seimbang untuk mengalirkan kasihsayang kepada anak-anak samada yang kecil atau yang sudah meningkat dewasa. Anak-anak kecil lebih memerlukan sentuhan fizikal sedangkan anak yang besar memerlukan sentuhan rohani dan minda. Seorang ibu harus meluangkan masa bermain-main dengan anak-anak kecil dan bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, banyak masa perlu diluangkan untuk memberikan nasihat dan pendapat, bertukar-tukar fikiran, menunjukkan jalan keluar kepada masalah mereka dan seterusnya membantu dan membimbing mereka dalam segala masalah hidup mereka. Tugas penting seorang ibu adalah mengajarkan kepada anaknya tentang Allah s.w.t. Contoh nasihat Luqman kepada anaknya:

3) Tips Bermohon kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim (Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)

Sesungguhnya Allahlah sumber kasihsayang yang terdapat pada manusia. Allah Ya Rahman Ya Rahim mampu mengalirkan kasihsayang antara ahli keluarga. Firman Allah s.w.t:

Diantara permohonan yang boleh diajukan kepada Allah untuk mendapatkan kasihsayang ialah:

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alirkan kasihsayangMu buat kami sekeluarga agar dengan kasihsayangMu kami mampu hormati menghormati, nasihat menasihati, bantu membantu, harga menghargai, bertolak ansur dan tolong menolong sesama kami. Sesungguhnya kasihsayang itu milikMu dan Engkau berhak menanamkannya kedalam hati sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Penutup
Semoga dengan beberapa tips diatas, dapat memberikan sedikit panduan kepada wanita Malaysia dalam menghadapi kemelut masalah social hari ini yang dilanda dengan masalah perceraian dan gejala sosial di kalangan anak-anak.

Tuesday, June 23, 2009

Konsert Antara Dunia 2009 (KAD`09)

Para peminat dan penyokong industri nasyid kini berpeluang menikmati persembahan mega nasyid yang memukau apabila empat buah gabungan kumpulan nasyid gergasi tempatan dan antarabangsa bertembung dalam sebuah konsert yang paling menggegarkan pada tahun ini dalam Konsert Antara Dunia ’09 (KAD’09). Dengan menampilkan ‘otai-otai’ nasyid seperti Rabbani (Malaysia), Hijjaz (Malaysia), Raihan (Malaysia) dan Shoutul Harokah (Indonesia), konsert mega tersebut bakal berlangsung pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam.

KAD ’09 berkonsepkan laluan kehidupan manusia melalui lima dunia (alam) iaitu roh, rahim, dunya, barzakh dan akhirat. Kelima-limanya dunia tersebut diadun dalam satu persembahan yang cukup menarik menerusi lagu-lagu nasyid, audio dan tayangan video, pentomin dan lain-lain lagi. Sudah pasti ia akan menghadirkan rasa bertuhan serta menyedarkan diri betapa dunia ini terlalu panjang untuk ditempuh dan kini kita berada di tengah-tengah persinggahan perjalanan antara dunia dan kita bakal meneruskan perjalanan tersebut pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, secara tidak langsung, persoalan dari mana manusia datang, apa tujuannya hidup dan bernafas di atas muka bumi dan ke mana manusia itu seterusnya, akan terungkai sedikit demi sedikit, memperlihatkan hikmah Allah dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56.

Tiket boleh didapati serendah RM 5 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, RM 10 untuk remaja dan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, dan RM 100 untuk pakej keluarga vip iaitu 2 orang masing-masing ibu dan bapa serta 4 orang anak. Tiket boleh didapati daripada sesi-sesi roadshow promoter KAD ’09, wakil-wakil GAMIS di setiap IPT, wakil-wakil GAMIS di setiap zon dan pejabat Rabbani Production (M) Sdn. Bhd. Anda juga boleh mendapatkan tiket di kaunter terbuka berdekatan pintu masuk Stadium Tertutup Melawati Shah Alam pada 31 Julai dan pada hari konsert iaitu 1 Ogos bermula jam 10 pagi-7 malam.

Pengarah Eksekutif Rabbani Production (M) Sdn. Bhd., Encik Azadan apabila diminta mengulas tentang konsert yang bakal berlangsung ini menyatakan bahawa beliau sangat berbesar hati apabila dapat menjalinkan gergasi-gergasi kumpulan nasyid tempatan dan antarabangsa dalam satu konsert yang boleh dikatakan gilang gemilang ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur utama KAD ’09 iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kerana bertungkus lumus setiap hari selama 3 bulan bagi menjayakan konsert tersebut sekaligus memartabatkan industri nasyid tanah air dan antarabangsa.

Pengurus kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia apabila dihubungi untuk mendapatkan ulasannya pula melahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana berpeluang mengadakan konsert di Malaysia, sebuah negara yang makin maju dan berkembang dengan kebudayaan Islamnya. Beliau berharap konsert ini akan mewujudkan hubungan yang lebih sihat dalam industri nasyid Malaysia dan Indonesia khususnya dan antarabangsa umumnya.

Justeru, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput seluruh pencinta dan penggemar nasyid seluruh negara untuk hadir menjayakan KAD ’09 yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ini. Semoga dengan kehadiran para pencinta dan penggemar nasyid akan mengangkat martabat serta menyemarakkan lagi industri nasyid tempatan dan antarabangsa di mata masyarakat.

(untuk maklumat lanjut, layari gamisconcert.blogspot.com)

thanks to: http://www.nurulimanz.blogspot.com/

Tuesday, June 9, 2009

Doa pengurusan


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sesungguhnya bebanan dan amanah yang berikan kepada kami ini terlalu berat dan kami hanyalah hambaMu yang diciptakan olehMu yang tidak punya apa2 keupayaan melainkan keupayaanMu yang Kau berikan kepada kami. Kami merayu dan memohon kepadaMu Ya Baari’ Yang Maha Perancang agar Kau berikan perancangan yang baik buat kami menguruskan aktiviti penyelidikan difac kami ini kerana sesungguhnya perancanganMu lah yang paling hebat. Ya Allah Ya Alim Yang Maha Berilmu, Ya Hakim Yang Maha Bijaksana dan Ya Rasyid Yang Maha Pandai, berikanlah kami ilmuMu yang tidak bertepi itu, agar dengan ilmuMu kami mampu melaksanakan tugas ini dengan cara terbaik.

Sunday, April 19, 2009

Kecerdasan I.E.S


Kecerdasan Intelektual yang lebih dikenali sebagai IQ ditemui pada tahun 1905 di Paris oleh Binet

Penemuan ini di bawa ke US dan kaedah mengukur IQ dicipta

IQ adalah kebolehan untuk memikir secara intelektual, kemampuan numerikal (berhitung), spasial (ruang) dan linguistik (bahasa)

Didapati wujud di fungsi otak Neocortex

Apakah EQ?

Kemampuan untuk memahami dan ikut merasakan apa yang dialami oleh diri sendiri dan juga orang lain serta kemampuan untuk membaca emosi orang lain atau situasi sosial tempat kita berada dan menanggapinya dengan tepat

Kecerdasan emosional juga adalah kebolehan untuk mengawal emosi atau mengendalikan dorongan hati (kegembiraan, kemarahan dan lain-lain)

Kemampuan seseorang untuk memotivasikan diri sendiri, bertahan menghadapi kekecewaan

Kecerdasan Emosional adalah fungsi otak pada Lymbic System yang ditemui pada tahun 1995 oleh Daniel Goleman

IQ, EQ sahaja tidak akan cukup di dalam membangun manusia secara seimbang

Contoh-contoh di mana seseorang yang mempunyai IQ tinggi tetapi tanpa SQ yang mantap ia menggunakan IQnya untuk mencipta perisian komputer yang boleh mencuri duit di dalam bank tanpa disedari.

Contoh-contoh di mana seseorang yang tinggi EQnya contohnya penyokong bola sepak tetapi dengan SQ yang rendah mereka sanggup bergaduh apabila pasukannya kalah di dalam pertandingan

Kecerdasan Spiritual adalah kecerdasan yang dijumpai baru-baru ini di fungsi otak yang ketiga di Temporal Lobe oleh V.S Ramachandran.

Fungsi saraf ini di namakan God Spot di mana manusia akan mencari makna kehidupan; untuk apa ia hidup.

Apabila manusia bekerja, pada masa itu fungsi saraf God Spotnya mencari tujuan ia bekerja

Apabila fungsi saraf ini tidak tersentuh, seseorang manusia akan menderita


To be continued....