~Asmaul Husna~

asmaul husna Pictures, Images and Photos

Thursday, March 19, 2009

Modul Pembinaan Insan (5)

Matlamat

Matlamat Program Pembinaan Modal Insan 3i ialah:

3.1 Melahirkan Guru, Pelajar dan Pekerja yang ikhlas melakukan kerja kerana Allah

3.2 Melahirkan Guru, Pelajar dan Pekerja yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan mampu merasai kehadiran Allah dan pengawasan Allah dalam setiap masa samada semasa bekerja atau diluar kerja.

3.3 Melahirkan Guru, Pelajar dan Pekerja yang memberikan komitmen kepada kerja dan pelajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan mempunyai perasaan kepunyaan dan kebersamaan (Sense of Belonging dan Team Work).

3.4 Melahirkan Guru, Pelajar dan Pekerja yang sentiasa memberikan sumbangan idea kepada KAFA dalam menjana kecemerlangan.

CADANGAN PROGRAM

Tarikh

Tajuk

Kumpulan Sasaran

Bilangan

7 Feb

8

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

14

15

Pengurus 3i dan Pekerja 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Pengurusan & Sokongan

Pelajar Tahun 6

50

100

21

Guru 3i – Asas dan Konsep

Guru

100

28

29

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

7 Mac

8

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

14

15

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

21

22

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

28

29

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

4 April

5

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

11

12

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

18

19

Guru 3i – Asas dan Konsep

Pelajar 3i – Asas dan Konsep

Guru

Pelajar Tahun 6

100

100

25

26

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

2 Mei

Pengurus 3i dan Pekerja 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pengurusan & Sokongan

50

9

10

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

16

17

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

23

24

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

30

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

6 Jun

7

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

13

14

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

20

21

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

27

28

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

4 Julai

5

Guru 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pekerjaan & Kehidupan

Pelajar 3i – Ihsan & Penghayatan Asmaul Husna dalam Pelajaran & Kehidupan

Guru

Pelajar

Tahun 6

100

100

11

12

Guru 3i – Nilai-nilai Rukun Iman & Penghayatan dalam Pekerjaan dan Kehidupan

Pelajar 3i – Nilai-nilai Rukun Iman & Penghayatan dalam Pekerjaan dan Kehidupan

Guru

Tahun 6

100

100

18

Pengurusan & Pekerja 3i – Nilai-nilai Rukun Iman & Penghayatan dalam Pekerjaan dan Kehidupan

Pengurusan & Sokongan

50

25

26

Guru 3i – Nilai-nilai Rukun Iman & Penghayatan dalam Pekerjaan dan Kehidupan

Pelajar 3i – Nilai-nilai Rukun Iman & Penghayatan dalam Pekerjaan dan Kehidupan

Guru

Tahun 6

100

100

1 Ogos

2

5 Sep

6

Atas permintaan

3 Okt

Atas permintaan

10

Atas permintaan

17

Atas permintaan

24

Atas permintaan

31

Atas permintaan

7 Nov

Atas permintaan

14

Atas permintaan

21

Atas permintaan

28

Atas permintaan

5 Dec

Atas permintaan

12

Atas permintaan

19

Atas permintaan

26

Atas permintaan

Penutup

Kejayaan sesebuah KAFA dalam melahirkan pelajar cemerlang dunia dan akhirat banyak bergantung kepada ilmu dan keyakinan kepada Allah s.w.t serta penghayatan kepada asas kehidupan yang telah digariskan oleh Allah iaitu Islam, Iman dan Ihsan (3i).

Wednesday, March 4, 2009

Modul Pembinaan Insan (4)

Rukun Islam Sebagai Gaya Bekerja

Pembentukan Pekerja Bermatlamat Unggul melalui Penghayatan Kalimah Syahadah

Pembentukan matlamat melalui penghayatan Kalimah Syahadah yang akan melahirkan manusia yang mempunyai matlamat yang jelas iaitu berpusatkan kepada pengabdian kepada Allah dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan dalam kehidupan.

Pembentukan Peribadi Pekerja Melalui Penghayatan Solat

Pembentukan peribadi melalui rukun islam kedua iaitu solat yang akan melahirkan manusia berdisiplin, taat, bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan

Pembentukan Benteng Diri Pekerja Melalui Penghayatan Puasa

Pembentukan benteng diri melalui rukun Islam ketiga iaitu Puasa yang akan melahirkan manusia yang kuat yang mampu bertahan dengan segala cabaran dan dugaan hidup umpama penciptaan Berlian yang dicipta melalui tekanan yang sangat tinggi.

Pembentukan Keseimbangan Pekerja Melalui Penghayatan Zakat

Mekanisma keempat adalah pembentukan kesatuan melalui nilai zakat yang akan melahirkan manusia yang bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain demi kebenaran dan keadilan.

Pembentukan Pekerja Progresif Melalui Penghayatan Haji

Pembentukan tindakan melalui nilai rukun haji yang akan melahirkan manusia progresif, inovatif dan mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi

l Qurban – melambangkan Sembelihan Cinta kepada Dunia yang akan melahirkan pekerja yang tidak mementingkan wang ringgit, harta, nafsu, kebendaan tetapi lebih mementingkan perintah Allah.

l Tawaf - melambangkan kesatuan dengan Alam dalam sujud dan tasbih kepada Pencipta yang akan melahirkan pekerja yang sentiasa taat kepada Allah s.w.t.

l Jamrah – Melontar segala belenggu, penyakit hati, tuhan-tuhan lain bagi melahirkan pekerja yang berhati suci dan tolong menolong antara satu sama lain.

Sa’i – Berusaha tanpa henti untuk kesejahteraan manusia

Tuesday, February 24, 2009

Modul Pembinaan Insan (3)

Prinsip Penghambaan – Beriman Kepada Allah

Beriman kepada Allah akan melahirkan modal insan yang sedar akan dirinya sebagai hamba kepada Allah Ya Kholiq yang menciptakannya. Hidupnya diserahkan sepenuhnya kepada Allah. Matlamat hidupnya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah, melakukan setiap perkara kerana Allah, bukan kerana inginkan harta, jawatan, gelaran dan kemahsyuran. Apabila seseorang pekerja bekerja kerana taat kepada Allah dan cinta kepada Allah Ya Wadud, maka ia akan bekerja bersungguh-sungguh kerana yakin Allah Ya Muhsyi akan menghitung setiap kebaikannya dan akan diberi ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya dengan nikmat dunia. Dia tidak akan menunggu-nunggu untuk diarah atau mencuri tulang atau memberi pelbagai alasan kerana tumpuannya kepada yang Maha Esa semata-mata. Pekerjaannya adalah sebagai alat baginya untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjalankan tugas khalifah Allah di bumi ini.

Prinsip Keikhlasan – Beriman Kepada Malaikat

Beriman kepada Malaikat akan melahirkan modal insan yang berprinsipkan kepada keikhlasan. Dia sedar dirinya dicatit oleh Malaikat Roqib dan Atiq yang sentiasa merakam setiap perbuatannya setiap saat tanpa tertinggal. Rakaman Allah bukan hanya perbuatan fizikal, tetapi ianya mampu merakam apa yang ada dihati. Dengan merasa kehebatan Allah ini, maka seseorang akan berusaha untuk menjaga setiap perbuatannya mengikut landasan yang ditetapkan oleh Allah.

Prinsip Kepimpinan – Beriman Kepada Rasul

Beriman kepada Rasul akan melahirkan modal insan yang berprinsipkan kepimpinan melalui contoh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. merupakan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul iaitu kemampuan menjalinkan hubungan, kemampuan mempamirkan integriti, kemampuan membantu, kemampuan melahirkan pelapis dan kemampuan membangunkan polisi, sistem dan prosidur dan meninggalkan legasi atau warisan yang baik, mampu melaksanakan pengurusan secara kolektif dan mampu mewujudkan ketaatan dikalangan pekerja. Prinsip kepimpinan yang berasaskan contoh kepimpinan Rasulullah s.a.w. akan melahirkan seorang pemimpin yang unggul dan dapat membuat perubahan dan menggerakkan organisasi bagi mencapai visi dan misi organisasi.

Prinsip Pembelajaran – Beriman Kepada Kitab

Beriman kepada Kitab akan melahirkan modal insan yang berprinsipkan pembelajaran. Dia akan menjadi seorang yang sentiasa mengejar ilmu kerana dia sedar ilmulah yang akan menjadikan seseorang itu cemerlang dunia dan akhirat. Kitab-kitab Allah merupakan panduan hidup daripada Ya Kholiq Yang Maha Mencipta, yang mencipta manusia, dan Dia Maha Mengetahui apa yang diperlukan sebagai panduan hidup bagi manusia untuk selamat dan sejahtera di dunia dan akhirat. Oleh itu apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pekerja yang berprinsipkan pembelajaran berasaskan Beriman kepada Kitab Allah akan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama sebagai asas cara bekerja.

Prinsip Wawasan – Beriman Kepada Akhirat

Prinsip wawasan melalui rukun iman kelima iaitu beriman kepada hari akhirat yang akan melahirkan manusia yang sentiasa menghitung setiap perbuatan bagi memastikan ianya mendapat ganjaran jangkapanjang yang berbentuk pahala sebagai tiket untuk kesyurga yang penuh dengan kenikmatan yang abadi.

Prinsip Keredhaan – Beriman Kepada Qada’ dan Qadar

Prinsip keredhaan melalui rukun iman keenam yang akan melahirkan manusia yang redha dengan segala ketetapan Allah, syukur atas setiap kebaikan dan redha atas setiap kesulitan dan dugaan. Akan melahirkan insan yang mengenal diri sendiri, rendah diri sesama manusia apalah lagi sesama ahli organisasi dan hanya taat dan takut kepada yang Maha Pencipta dan Berkuasa.

Sunday, February 22, 2009

Modul Pembinaan Insan (2)

Ihsan Sebagai Pengawal Dalaman Pekerja

Ihsan membawa erti merasa kehadiran Allah Ya Khobir yang sentiasa mengawasi makhluqnya. Implikasi daripada Ihsan akan melahirkan seorang pekerja yang mampu mengawal diri daripada sebarang dosa, maksiat, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana dia merasakan Allah Ya Sami dan Ya Bashir sentiasa mendengar dan melihatnya. Samaada dia berseorangan dimana sahaja dia bekerja, bosnya tidak perlu mengawasinya dan tidak perlu bimbang akan dirinya samada dia jujur menjalankan tugas atau tidak, tetapi sesungguhnya dia menjadikan Allah Ya Hafiz Ya Maha Memelihara dan Ya Muhaimin Yang Maha Melindungi untuk memelihara jiwanya daripada godaan nasfu dan syaitan dan melindungi jiwa dan dirinya daripada sebarang marabahaya. Pekerja yang mampu menghayati ihsan akan berusaha untuk mengenal siapa Allah Ya Kholiq Yang Menciptakannya, berusaha untuk membesar dan mengagungkannya walau apa pun jawatan yang dipikulnya. Dia mampu merasa jawatan itu adalah amanah Allah dan merasa dirinya menjalankan tugas khalifah Allah di atas mukabumi.

Kesan Ihsan Kepada Guru KAFA

Sebagai contoh sekiranya dia seorang guru, dia adalah wakil kepada Ya Alim, Yang Maha Berilmu, Ya Hakim Yang Maha Bijaksana, dan Ya Rashid yang Maha Pintar dan Cerdas. Dengan bantuan Ya Alim, dia mampu memberi ilmu Allah kepada anak-anak murid dengan baik dan penuh keikhlasan, dengan bantuan Ya Hakim, dia menggunakan seluruh kebijaksanaan yang dikurniakan Allah untuk merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan pelajar mendapat hasil daripada pengajaran dan menjadi hamba kepada Allah dan khalifah Allah di dunia ini dan dengan bantuan Ya Rashid, guru dapat menggunakan kecerdasan aqal dan kepintaran untuk menjadikan anak-anak murid juga cerdas dan pintar.

Kesan Ihsan Kepada Pemimpin Organisasi

Sebagai contoh sekiranya dia seorang pemimpin, dia adalah wakil kepada Ya Baari Yang Maha Perancang, Ya Razaq Yang Maha Memberi Rezeki, Ya Alim Yang Maha Berilmu dan Ya Rashid yang Maha Cerdas. Dengan bantuan Ya Baari, dia mampu merancang visi dan misi organisasi, dengan bantuan Ya Hakim, dia menggunakan seluruh kebijaksanaan yang dikurniakan Allah untuk merangka strategi dan mekanisma bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Dan dengan bantuan Ya Rasyid, dia mampu menguruskan organisasi dengan cekap.

Rukun Iman Sebagai Prinsip Bekerja

Manusia diciptakan oleh Allah Ya Kholiq dengan dilengkapi prinsip hidup untuk pekerja yang perlu dijadikan panduan dan prinsip didalam setiap gerakkerja dimana sahaja berada samada di rumah atau pejabat. Setiap pekerja perlu menghayati setiap prinsip yang ditetapkan oleh Allah melalui Rukun Iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Sesungguhnya kita manusia adalah ciptaanNya dan Dia Ya Kholiq(Yang Maha Pencipta) sudah tentu memutuskan prinsip hidup yang sesuai dengan ciptaanNya. Sudah terbukti prinsip-prinsip hidup yang dicipta oleh manusia tidak mampu mengendali hidup manusia.